Kumpul Emas Tak Rugi, Sesak Berguna, Tak Sesak Jadi Perhiasan Diri

Tak rugi kumpul atau simpan emas. Ketika hidup diuji susah, emas inilah jadi penyelamat untuk melangsaikan hutang-hutang tertunggak, mahupun membolehkan seseorang menyimpan aset lain untuk dirinya mahupun keluarga.

Pengguna facebook Luna Ilyana Firhan ini berkongsi coretan bagaimana emas akhirnya menjadi penyelamat dirinya. Pernah sehingga ada 10 surat di Ar-Rahnu dan diselesaikan sedikit demi sedikit.

Malah, dengan simpanan emasnya ini jugalah dia mampu membayar downpayment rumahnya dan macam-macam kegunaan lain.

Jadi, bila ada dengar orang buat simpanan emas, belajarlah benda baik daripadanya. Jangan dipertikai, kerana siapa tahu itulah penyelamat diri ketika sesak.

Kumpul Emas TAK RUGI, Sesak BERGUNA Tak Sesak Jadi Perhiasan Diri

Umur 25 Dah Mula Simpan Emas

Coretan saya bukan lah nak menunjuk. Tetapi cerita perjalanan saya dalam emas. Saya mula beli emas dari muda seumur 25 tahun lepas habis belajar dan mula kerja. Sampai la sekarang umur saya 35 tahun dengan anak 2 pompuan.

Saya pernah masuk barang di bank rakyat selama 4 tahun. Pernah ada 10 surat di Ar Rahnu Yapeim. Hanya mampu bayar upah simpan selama 2 tahun lebih. Pernah 1 tahun iaitu 2016, dari barang saya banyak, 1 pun tak ada di badan sebab semua di pajak.

Kenapa jadi macam tu? Dugaan hidup. Susah.. emas lah jadi penyelamat ketika saya nak beli kereta. Duit muka beli rumah. Kereta rosak.. bantu suami saya. Nak balik kampung buat duit tambahan.

Kumpul Emas TAK RUGI, Sesak BERGUNA Tak Sesak Jadi Perhiasan Diri

Bila Pajak, Ada Duit Tebus, Tak Ada Lebur

Saya akan usaha juga untuk tebus. Sebab saya tahu. Itu barang saya. Nak beli baru saya tak akan mampu. Saya tak mahu susah kan keluarga saya. Nak pinjam orang. Sapa nak bagi.. sapa nak pinjam bila kita susah.

Sama je. Saya pinjam duit orang. Saya kena bayar hutang juga. Baik saya pajak. Ada duit.. tebus.. Tak ada duit.. saya leburkan je. Ni semua dapat tebus balik lepas dapat moratorium baru ni

Ada yang saya dah tukar baru.. kini ada lagi 2 surat di Ar Rahnu. Saya tak simpan dalam box. Tapi saya simpan dalam plastik je.

Kumpul Emas TAK RUGI, Sesak BERGUNA Tak Sesak Jadi Perhiasan Diri

Sebenarnya Tak Rugi Kumpul Emas

Bagi saya emas lah penyelamat. Dalam banyak barang tu, ada 1 rantai leher dengan loket pemberian mak saya. 2 cincin kahwin. Dan sekarang saya beli untuk 2 orang anak pompuan saya rantai leher dan loket love.

Kesimpulannya, kumpul emas tak rugi. Sesak berguna. Tak sesak menjadi perhiasan diri.

Sekarang tengah nak target emas design Itali pulak.

MW : Sungguh kan tak rugi sebenarnya jadi pengumpul emas ini. Bila sesak, emas inilah berguna. Dalam mak-mak gigih mengumpul itu, zakat emas perlu dibayar apabila cukup haulnya. Belajar caranya di sini : CARA KIRA ZAKAT EMAS PAKAI ATAU SIMPAN YANG MELEBIHI BERAT

Sumber/Foto : Luna Ilyana Firhan

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI