Berita baik buat menantikan pengambilan suntikan vaksin secara percuma, pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac depan.

5 Kaedah Pendaftaran

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lima kaedah pendaftaran telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Antara lima kaedah pendaftaran itu adalah melalui MySejahtera, laman sesawang dan telefon,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya pada Selasa.

Menurutnya, setiap vaksin yang diluluskan penggunaan adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan melihat kepada data kajian fasa tiga vaksin, keberkesanan dan keselamatan,” katanya.

Persediaan Sejak Ogos

Beliau berkata, sekiranya terdapat kesan sampingan, penggunaan terhadap vaksin itu akan dilakukan secara berhati-hati.

“Jika terdapat kesan sampingan, kita akan rekodkan dan sudah tentu juga melihat laporan kesan samping di negara lain selain memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

IKLAN

Dr Noor Hisham berkata, KKM telah melakukan kesiapsiagaan terhadap vaksin sejak Ogos tahun lalu.

“Dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kita telah menyediakan prasarana vaksin ini. Insya-ALLAH ini masanya,” katanya.

Tamatkan Penularan & Jangkitan COVID-19

Menurutnya, beliau optimis pandemik Covid-19 boleh ditamatkan dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan kaedah kesihatan awam.

“Kalau kedua-dua kaedah digunakan, Insya-ALLAH kita boleh tamatkan penularan dan jangkitan Covid-19,” katanya.

IKLAN

Sementara itu, ditanya mengenai syarikat pengeluar vaksin yang telah berdaftar dengan NPRA, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya telah menerima doseir daripada Sinovac, Astrazeneca dan Sputnik.

“Kita telah memberi maklum balas kepada Sputnik dan mereka boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kelulusan bersyarat mungkin akan diberikan kepada syarikat berkenaan.

IKLAN

“Sekiranya ada kesan sampingan atau data-data terkini mereka boleh menghantar semula kepada NPRA untuk penilaian,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:
PKP 4 Negeri Dilanjutkan Sehingga 4 Mac, Pergerakan Melebihi 10KM Dibenarkan!

Pasangan Suami Isteri Saintis Islam Hasilkan Vaksin COVID-19, 90 Peratus Berkesan!

Selepas Dos Kedua Vaksin Covid-19, Sasha & Suami Alami Letih, Mengantuk & Sakit Kepala

MW:Semoga dengan pengambilan vaksin yang mulai dibuka pendaftarannya pada 1 Mac ini, mampu menamatkan penularan dan jangkitan Covid-19 ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI