Penyakit kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal peringkat usia. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak terkecuali boleh menghidapi penyakit ini.
Besar dugaan yang dihadapi oleh pelakon cilik berbasar besar, Puteri Balqis Azizi, 11, atau lebih dikenali dengan nama Aqish apabila disahkan mempunyai penyakit kanser. Sebelum ini, bermula dari awal tahun lagi kesihatan Aqish sering tidak menentu. Selalu demam berterusan, pengsan dan muntah berdarah hampir setiap hari, sehingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
#fightcancer
Baru-baru ini, pelakon drama Dipinggir Neraka ini ada memuatnaik gambar memakai topeng mulut dalam keadaan ceria beserta kapsyen sedang menjalani rawatan dan kesihatannya semakin pulih. Namun perkara yang menimbulkan tanda tanya buat para pengikutnya, kapsyen tersebut turut mempunyai hashtag #fightcancer. Ia seolah-olah memberi bayangan mengenai penyakit sebenar yang dihidapi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) ini, walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Ads
Sementara itu, memetik laporan Bharian berkaitan perkara tersebut, ibunya Norashikin Mohd Aziz, mengesahkan Aqish disahkan menghidap kanser, namun enggan mengulas lanjut dan terperinci jenis kanser yang dihidapi oleh anaknya.Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
Ads
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
“Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya ringkas.
Didalam posting yang berbeza sebelum ini, tanpa menyatakan penyakit dihidapi Aqish, Norashikim menyarankan mereka yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.
Mingguan Wanita mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat besar ini. Semoga selamat menjalani segala rawatan serta diberikan kesembuhan kesihatan seperti sedia kala hendaknya.
Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.
Pernah menjadi Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015),Tokoh Ilmuwan Selangor (2010) dan Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015), Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad,58 memang sering memuat naik video dan kata-kata motivasi didalam akaun instagram beliau sendiri. Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam bidang motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi diberikan.
Baru-baru ini, Pakar Motivasi dan Pakar Bedah Mata ini ada berkongsi ilmu, 9 tanda-tanda yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupan.
Menurut wanita berasal dari Kuala Terengganu ini, nukilan tersebut diperolehi daripada rakannya, dan beliau kongsikan bersama buat para pengikutnya di Instagram sebagai panduan.
1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.
Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.
Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 tanda-tanda ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan buat orang lain, sekaligus merubah diri menjadi individu yang lebih baik.
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Memang risau bila anak tak sihat.Lebih-lebih jika kena demam panas dan suhu badan tinggi, mak ayah memang kena selalu pantau perkembangan mereka.Bukan apa, jika dibiarkan atau terlepas pandang anak berisiko boleh kena sawan secara tiba-tiba. Inilah yang terjadi pada penyanyi Nurul semalam.
Pemilik nama Nurul Huda Abdul Wahab,41 atau kini dikenali dengan nama nouruldepp mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan lelaki dari Perancis, Eric Daniel Depp iaitu Zachary Depp,4 dan Raphael Depp.Malah Nurul juga mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan yang terdahulu.
Baru-baru ini, Penyanyi lagu Kerana Terluka ini ada berkongsi detik cemas didalam posting di Instagramnya apabila anak lelaki bongsunya Raphael Depp,3 diserang sawan secara tiba-tiba .Ia berpunca daripada demam panas dan suhu badan yang tinggi.Menurut Nurul, ia kejadian kali ketiga anaknya kena serangan sawan malah turut berkongsi tip yang diajar doktor, perkara yang perlu dilakukan ketika ia terjadi.
Si #raphaeldepp ni memang betul-betul european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure. Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah. Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah. #pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.
Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure, kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam. @ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak-kanak. Memang sedikit terkejut.
Malah, Nurul juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada yang terlibat membantunya sewaktu berada dalam detik kecemasan tersebut.
Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan. Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.
Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam.
Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Moga kisah Nurul ini boleh menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain agar selalu memantau suhu badan anak ketika demam, bagi mengelakkan terkena sawan secara tiba-tiba. Malah jangan mudah panik sekiranya anak kena sawan serta ikut tip yang dikongsikan oleh Nurul seperti diatas untuk mengatasinya.
Buat Nurul, tahniah diucapkan kerana bertindak pantas serta semoga Raphael kembali cepat sembuh seperti sedia kala.
Ujian yang berat buat pasangan berkahwin, tiba-tiba isteri kena strok dan terlantar di katil sahaja. Tidak semua mampu berdepan dengan situasi ini, Norizan Harun, 54, reda dan terpaksa berhenti kerja.