Ini Jawapan Peraih Getah Nikahi Budak 11 Tahun..

Viral dari semalam kisah seorang peraih getah berusia 41 tahun yang menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand. Akui suami berkenaan, pernikahannya dengan isteri ketiganya yang berlangsung di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.

Yang mana, dia tidak lagi tinggal bersama pasangannya. Sebaliknya, isteri ketiganya itu masih di bawah jagaan ibu mentuanya. Dengan kata mudahnya, mereka ‘nikah gantung’.

Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.”

Dan sebelum melangsungkan perkahwinan ini, dia dah siap-siap tanya pada mereka yang lebih arif di negara jiran itu.

Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami.

IKLAN

Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.

Isteri Ketiga Selalu Tidur Di Rumah Isteri Pertama

Pernikahan lelaki ini mula menjadi viral apabila isteri keduanya memuat naik status facebook dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suaminya itu, beserta gambar pernikahan mereka.

Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari perkahwinan bersama isteri pertama.

IKLAN

Dalam laporan Mstar menyebut “Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu.”

Hasil dari perkongsian perkahwinan sebelumnya lelaki ini mempunyai dua orang anak dengan isteri pertama dan empat orang anak dari isteri kedua. Difahamkan sebelum memuat naik status tersebut, isteri keduanya itu telahpun berbincang keizinan daripada isteri pertamanya.

Setelah kisah pernikahan suaminya menjadi viral, status berkenaan mula dipadamkan dari akaun facebook isteri keduanya itu.

IKLAN

Tindakan suami berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya menikahi gadis di bawah umur.

Sumber/Foto : Astro Awani, Mstar Online

Rupanya Dah Ada 2 Isteri, Aktivis Sosial Syed Azmi Dedah Cerita Sebenar Lelaki Kahwin Budak 11 Tahun

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI