Tidak dinafikan memiliki anak berdarah kacukan, memang luarbiasa rupa paras kecomelannya.Masih ingat dengan jejaka ‘Mat Salleh’ yang cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu ni?

Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler,29 berasal dari Bristol, England ini cukup fasih bercakap dalam loghat Terengganu. Lelaki ‘Mat Salleh’ ini dikenali kerana videonya pernah viral satu ketika dahulu di media sosial.Mat Dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2009.Selepas beberapa tahun tinggal di Terengganu,Mat Dan mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah serta memilih pasangan hidup dikalangan gadis tempatan.

Berdarah Kacukan Melayu-Inggeris, Baru Usia 3 Bulan Kecomelan Anak Mat Dan Jadi Perhatian Ramai

Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan mendirikan rumahtangga pada 12 Mac tahun lalu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.Dan kini pasangan bahagia ini telah mendapat anak lelaki pada 5 Mei lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ialah berdarah kacukan Melayu-Inggeris kecomelan anak lelaki pasangan ini yang dinamakan Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini telah berusia hampir 3 bulan, menarik perhatian ramai.Ramai yang memuji kecomelan anak sulung pasangan ini.

Berdarah Kacukan Melayu-Inggeris, Baru Usia 3 Bulan Kecomelan Anak Mat Dan Jadi Perhatian Ramai

Antara komen yang diterima didalam instagram;

puteri jane comei ngguh, rupe mat dan!

IKLAN

dayang.i.am Awhhh… He’s adorable!

paehfaizpaeh SubhanAllah comey molek anak mu.Tahniah matdan dan isteri.

azizi jinggo aziz Muke dia pakat-pakat ade balake..muke pak die ade..muke mak die ade

kakyong fizdiandra Comelnye die…mat dan junior

IKLAN

merah7525 Geramnya rasa nak je cubit pipi..comel

shwxxlf Comey molek zayne

liz.249 MashaAllah comelnya…tahniah @mat_dan1 dan isteri…sila lahirkan lebih ramai anak-anak kacukan yang soleh dan solehah yer.Ameen

IKLAN

nurulnina Dah besar nanti handsome

cetakzofficial Adūhai anakanda syurga comel sangat.Semoga sêntiasa sihat selalu baby & keluarga.

Belajar Sesuaikan Diri Jadi Ayah

Sementara itu, Mat Dan berkata, dia masih belajar mengenai penjagaan bayi tetapi kian dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ayah.

“Mulanya bimbang juga untuk menghadapinya kerana pertama kali menimang cahaya mata tetapi selepas lebih sebulan menjaga Zayne, saya berasa seronok.

“Cuma rehat tidak cukup seperti dulu, saya pula menjaga Zayne pada waktu malam, setiap satu hingga dua jam sekali Zayne bangun menyusu selain menukar lampin,” katanya.

Mat Dan pernah tampil dengan rancangan TV dia sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Dia bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,000 kilometer. Malah cukup dikenali sebagai pengacara program Pengacara program, Mat Dan Kaki Jalan.

Mingguan Wanita ucapkan tahniah buat Mat Dan dan isteri.Semoga anak membesar dengan sihat,dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan dalam keluarga.

Sumber: Instagram Mat_Dan 1 & bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI