Perjalanan berhari raya berakhir tragedi, empat sekeluarga meninggal dunia. Hari raya yang sepatutnya hari bergembira menjadi berita duka buat dua keluarga apabila kenderaan dinaiki bertembung hingga mengakibatkan enam meninggal dunia.
Dalam kejadian petang semalam, dua buah kenderaan bertembung secara berhadapan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dan kebanyakan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Perjalanan Berhari Raya Berakhir Tragedi
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa maut adalah empat penumpang di dalam Proton Persona yang pertama iaitu Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Tuan Yah Dollah, 61; dan Rosliza Mat Hussin, 38.
Memetik laporan Harian Metro, pertembungan terjadi apabila pemandu kenderaan Pesona, Shah Rezzal Zanzalani, gagal mengawal kenderaan dipandu sebelum merempuh kereta dari hadapan.
Sekeluarga Meninggal Dunia
Dalam kejadian itu, menurut pihak polis, Shah Rezzal Zanzalani, 27, dan tiga penumpang lain iaitu Wan Muhamad Adam Wan Muhamad Khalil, 11; Wan Alya Farhana Wan Muhamad Khalil,15; dan Nur Syafana Nasha Saiful Azwan, 2, mengalami kecederaan.
“Manakala di dalam Proton Persona kedua pula, mangsa yang maut adalah Abd Halim Ismail, 71 dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2. Pemandu kereta Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26 dan dua penumpang lain Nurul Fatihah Azman, 28, dan Zaiton Mohamad, 57, mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Saksi Menggigil Tengok Jenazah Pelajar Kolej Terlibat Kemalangan Ngeri, Kereta Hampir Terputus Dua
Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi
“Ibu Dah Tak Ada Kan?” Kemalangan Di Setiawan 2 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata
“Ayah Jaga Diri, Yusuf Bawa Mak Sekali..” Kata Yusuf Sebelum Kemalangan Maut 4 Beranak
Hanyan berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku kira-kira 5 petang semalam itu berpunca apabila kereta dipandu Shah Rezzal yang dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun ke Cheneh dekat sini, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Situasi itu menyebabkan kenderaan dipandu Muhammad Ubaidillah Zikri dari Perasing dekat sini menghala ke Batu Rakit, Kuala Nerus, tidak dapat mengelak kerana jarak yang dekat dan menyebabkan kedua-dua kereta bertembung secara berhadapan, katanya.
“Empat mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua mangsa iaitu Alisha Mardhiah dan Rosliza meninggal dunia di Hospital Kemaman.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI