Rezeki pembantu rumah dapat bonus RM10,000, siap pakej healing dibawa naik helikopter & tidur hotel mewah. Rezeki setiap insan sudah ditetapkan Yang Maha Esa.

Ada lapan jenis rezeki yang sudah dijamin dan disebut dalam Al-Quran. Antaranya rezeki yang sudah dijamin (Dalam surah Hud ayat ke 6 , Allah Ta’ala telah berfirman :”Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”.

Selain itu rezeki kerana usaha, rezeki kerana bersyukur, rezeki tidak terduga, rezeki kerana istigfar, rezeki kerana berkahwin, rezeki kerana anak dan terakhir rezeki kerana bersedekah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Sanggup Masak Untuk Anak Menantu Berbuka Puasa, Rezeki Dapat Mentua Baik Walaupun Berbeza Agama

“Saya Hanyalah Lelaki Tumpang Rezeki Isteri…” Kejayaan Demi Kebahagiaan Buat Hafiz Mahamad

ASBAB Belanja Isteri & Anak-Anak RM800, REZEKI Khai Dapat Cek RM80,000!

IKLAN

Wawa & Aeril Zafril Kongsi Rezeki, Sedekah Air Balang Sepanjang Ramadan

Rezeki Pembantu Rumah Dapat Bonus RM10,000

Jika selama ini kita tidak membayangkan pembantu rumah, pekerjaan yang dianggap kelas kedua dan banyak dilakukan warga asing tetapi dengan pekerjaan itu membantu majikan menguruskan rumah dan menjaga anak-anak,  mereka memperoleh rezeki tidak tersangka-sangka.

Dalam satu tik tok @farahwen, untuk aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi telah membuat kejutan kepada tiga orang pembantu rumahnya.

IKLAN
@farahwen A day in their life 😱 Sayang banget sama kalian! #fyp ♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Siap Pakej Healing Dibawa Naik Helikopter & Tidur Hotel Mewah

Usahawan berjaya ini memberikan orang gajinya bonus sebanyak RM10,000 setiap seorang. Bukan saja dapat pakej duit berganda tetapi juga ada healing lain iaitu dibawa berjalan melalui udara iaitu menaiki helikopter.

Hal yang sama terjadi jika kita bukan siapa-siapa dan tidak punya wang yang banyak. Tidak hanya wang, dibawa menaiki helikoter tetapi pembantu rumah ini digembirakan dengan pakej bermanja diri di hotel mewah yang siap jakuzi dan bath tab.

IKLAN

Apa pun rezeki sudah tertulis untuk tiga pembantu rumahnya dan duit itu bolehlah dikongsi dengan keluarga jauh di seberang. Moga Allah terus memperluaskan rezeki buat kita juga, aamiin.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI