Rezeki dapat mentua baik. Tak semua dapat rasai sebegini. Beruntunglah bagi yang mempunyai mentua yang sangat memahami walaupun berlainan agama.
Kisah tentang satu keluarga yang mempunyai tiga agama dan tiga bangsa ini tidak asing di media sosial. Sebelum ini pernah viral tentang mak mentua yang sanggup datang menjaga cucu semasa menantu dalam pantang.
Kali ini, video perkongsian di media sosial cukup membuatkan sesiapa saja akan mengatakan ‘beruntungnya dapat mentua yang baik’.
Apa tidaknya, mentua sanggup datang dari Perak ke KL dan tinggal seminggu bersama anak menantu untuk sama-sama sambut puasa, walhal dia berlainan agama dan tidak berpuasa pun.
Ads
Menariknya, sepanjang berada di rumah anak menantu, dialah yang memasak, menjaga cucu ketika bersahur dan cucu ketika anak menantu solat terawih.
Dalam perkongsian video tersebut:
“Masak untuk orang berpuasa dan sambut anak menantu berpuasa walaipun diri sendiri tidak berpuasa kerana berbeza agama dan bangsa.
Seronoknya, mentua siap tanya menu apa untuk dia masak dan sediakan untuk berbuka.
Ads
Lebih menyentuh perasaan, seminggu berada di rumah anak menantu, sebelum pulang ke Perak pun masih sempat untuk masak dan sediakan lauk berbuka puasa buat anak dan menantu.
.
Ads
Mingguan Wanita : Rezeki setiap orang berbeza. Alhamdulillah diberi mentua yang baik dan memahami walaupun bukan satu agama.
Bekas ratu cantik dedah gugur kandungan kembar luar nikah, saya sudah kehilangan segala-galanya. Setiap manusia tidak sempurna dan melakukan kesilapan. Mengakui kesilapan dan bertaubat adalah jalan terbaik.
Satu pengakuan dari pelakon yang juga bekas ratu cantik, Nor Shakila Mohammad Saiful Islam yang mendakwa menggugurkan kandungan kembar hasil hubungan bersama teman lelaki yang kemudian mengahwininya jelas mengejutkan.
Kata pelakon ini, apa juga tindakannya agar memberi keberanian kepada wanita lain untuk melakukan tindakan yang dilakukannya jika berdepan masalah sama seperti memberi saya,” katanya dalam satu temubual bersama Malaysia Gazatte.
Memetik lanjut pendedahannya itu, pelakon ini mengakui dirinya sudah kehilangan segala-galanya dalam hidup.
“Saya tidak kehilangan apa-apa, saya sudah kehilangan segala-galanya,” itu jawapan seorang bekas ratu cantik yang juga pelakon, Shakila Saiful.
Wanita berusia 27 tahun itu berkata demikian ketika ditanya kenapa dia berani mendedahkan pengalaman menggugurkan kandungan anak luar nikah dengan teman lelakkinya awal tahun lalu.
Pemilik nama sebenar Nor Shakila Mohammad Saiful Islam itu menambah, dia bukan mahu mengaibkan maruah dan dirinya tetapi hanya ingin bersuara agar masalahnya didengari pelbagai pihak.
Malah dia sedar, sekiranya terus berdiam banyak lagi perkara buruk seperti ugutan yang akan menimpanya pada masa akan datang.
“Setakat maruah saya, nama saya dan bukan saya mengaibkan diri saya tetapi saya tidak hilang apa-apa lagi. Saya tahu kalau terus mendiam diri banyak lagi benda yang akan terus berlaku lagi selepas ini.
“Saya harap apa yang saya suarakan boleh keberanian kepada wanita lain untuk melakukan tindakan ini jika berdepan masalah sama seperti memberi saya.
“Saya juga berharap kisah hidup saya ini akan memberi inspirasi kepada mereka di mana adalah betul untuk bersuara dan jangan takut,” katanya.
Shakila menegaskan, dia memilih untuk bersuara di media sosial walaupun sedar kesan yang lebih buruk yang menimpanya.
“Saya tahu akan teruk kena kecam. Apa yang saya lakukan demi anak kembar yang saya gugurkan kerana mereka perlu diberi peluang untuk hidup. Saya perlu melepaskan segala-galanya untuk kesakitan yang saya lalui,” katanya.
Shakila juga memberitahu sudah bersedia untuk menerima ancaman lebih buruk selepas pendedahannya ini.
“Saya tidak hilang apa-apa lagi, mereka sudah rampas semua yang saya ada. Jika dengan bersuara ini dapat memberi kesan untuk mengubah keadaan dan orang lain, saya berserah,” katanya.
Semalam, Shakila membuat pendedahan berani apabila mendakwa diperdaya dalam perkahwinannya biar pun sanggup berkorban nyawa menggugurkan kandungan anak luar nikah sebelum ini.
Dia menggugurkan janin anak kembar berusia sebulan pada awal tahun lalu walaupun pada awalnya enggan melakukan perbuatan terkutuk itu.
Shakila memberitahu, dia melakukan perbuatan tersebut selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.
Sebelum itu dia dan suami berkahwin pada 22 Mei tahun lalu sebagai janji menggugurkan janin itu.
Namun, kata wanita berusia 27 tahun itu, pada 24 November tahun lalu, suaminya telah memfailkan cerai di mahkamah syariah iaitu kira-kira enam bulan selepas mereka berkahwin.
Shakila berkata, selepas terasa diabaikan, dia cuba berhubung dengan bapa mentua di media sosial selain turut meluahkan perasaannya dan menceritakan segala cerita sebenar termasuk penguguran bayi yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Sebagai tindak balas kepada tindakan saya cuba mengadu nasib kepada bapa mertua sendiri, saya telah diugut oleh individu-individu tidak dikenali termasuk dibunuh,” katanya yang telah membuat beberapa laporan sejak awal tahun ini. Terkini,
Kes laporan polis seorang bekas ratu cantik yang mendakwa mendapat ugutan termasuk bunuh kini di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, ini kerana pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Beranang.
Selalu perpisahan antara pasangan disebabkan oleh bekas mentua yang tidak suka dengan menantu. Begitu juga sebaliknya. Tak kurang juga bekas mentua terlalu cerewet , pasangan jenis ‘anak mak’ yang boleh menyebabkan rumahtangga tak bahagia.
Jangan terus beranggapan begitu sebab tak semua bekas mentua dan menantu begitu. Walaupun berlaku perpisahan antara suami isteri, hubungan dengan bekas mentua tetap baik seperti mak kandung sendiri.
Inilah bezanya dengan Nurul Ain Shuhaidah Othman, 33 tahun yang mempunyai hubungan baik dengan bekas mentua seperti yang dikongsikan olehnya.
Lebih selesa dipanggil dengan nama Yuen, dia menceritakan tentang kisah di sebalik video yang menunjukkan keakraban hubungan mereka walaupun sudah berpisah dengan suami lebih kurang tiga tahun lalu.
“Saya memang rapat dengan ibu mentua. Saya layan dia seperti mak kandung sendiri hinggakan sudah tidak ada rahsia antara kami. Dari mula saya berkahwin, dia jaga saya dengan baik dan dia jugalah yang jaga saya semasa berpantang anak pertama.
“Walaupun, sudah lama berpisah dengan suami, saya tidak pernah bermusuh atau putuskan hubungan silaturrahim sebab dia terlalu baik,” katanya.
.
Baru-baru ini, Yuen telah berongsi video di mana dia bersama bekas mentuanya keluar bersama anak-anak meluangkan masa bersama di pusat membeli belah.
Sepanjang 6 tahun perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata.
Saya dan bekas suami masih lagi berhubung baik atas urusan anak-anak. Selama berpisah, saya selalu berjumpa dengan mentua untuk hantar dan ambil anak-anak.
.
“Sebelum ini, kami tidak pernah keluar bersama. Ada juga cakap rindu sebab lama tak jumpa. Mestilah rindu sebab rapat dan sering bertukar-tukar resipi masakan.
“Jadi, kami rancang keluar bersama. Tunaikan hajat dia untuk bawa cucubermain di plaground indoor dalam mall. Insya Allah lepas ini kami rancang untuk keluar bersama-sama sebulan sekali,” katanya lagi.
Apapun Yuen merasakan itu adalah rezeki dapat mentua macam mana.
.
“Kalau dapat yang tak berapa ok, kita buatlah sampai jadi baik. Kena belajar ambil hati, beralah dan bersabar. Orang tua ni, kalau kita tahu macam mana nak ambil hati, lama-lama ‘cair’ juga.
“Kenang jasa dan pengorbanan mereka juga. Anggap mereka seperti mak ayah kandung sendiri. Kita pun akan tua suatu hari nanti, mestilah nak dilayan menantu dengan baik,” katanya.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, rezeki dapat mentua yang baik. Moga hubungan berterusan.
Tular video wanita kena tomoi, dibelasah ala perlawanan wrestling tanpa belas kasihan. Tular di media sosial, satu video memaparkan seorang wanita meraung kesakitan saat dirinya dibelasah bertubi-tubi.
Apa yang membuatkan ramai geram saat menonton video tersebut, lelaki yang didakwa sebagai pengajar kelas menyelam itu mengambil kesempatan di atas sikap tidak melawan orang wanita.
Lagaknya membelasah wanita dipercayai isteri seumpama dirinya sedang bertarung dalam perlawanan wrestling. Jelas wanita itu dipijak tanpa belas kasihan bertubi-tubi. Tidak cukup memijak dengan penuh geram, lelaki ini seolah menerkam sebelum mendaratkan kakinya ke tubuh wanita tersebut.
Video ini didedahkan oleh seorang pengguna fb menggunakan nama FatinO a yang memaklumkan dirinya adalah rakan yang mengenali mangsa. Katanya dia menyebarkan video ini untuk memberi kesedaran kepada wanita lain untuk menjauhi lelaki toksid begini (lelaki yang memukul wanita).
Trigger Warning : Violent content. Sorry for sharing such negative content. But I feel the need to do so. Kepada semua LADY DIVER terutamanya, tolong jangan ambil apa-apa course dengan instructor dengan nama HABANG OSTAT.
Dia instructor diving dan freediving. Dia ni women beater. Dia akan bagi ayat-ayat manis lepas tu bila dah dapat dia jadikan punching bag. Yang dibelasah dalam video tu adalah ex dia yang dia jumpa melalui diving class.
Saya kenal mangsa personally. Kenal melalui dive trip. Mangsa salah seorg assistant coach swimming Ghazi. Paling kesian, duit dah bayar kena belasah lesen tak dapat.
Kalau tak kisah kena belasah, sila la kisah kena kelepet duit. HARAP DAPAT TOLONG SHARE.
Current update : Dia dah kena panggil IO. Report polis dah buat. Sementara polis buat kerja, let spread this for the safety of our fellow ladies. Jom boikot dia. Sampah masyarakat yamg bebas macam ni memang layak dikecam.
Dalam pada itu, di akaun Tik Tok @ciknin-bungatulip, mangsa turut berkongsi info-penting untuk memberi kesedaran kepada para gadis dan ibu tunggal menjauhi lelaki yang bertindak membelasahnya dahulu.
Tulisnya, semoga Allah lindungi para wanita esp single mother, janda (30 an) area Semenanjung/Indonesia/Sabah/Sarawak. Jauhi dari lelaki ni. Jangan makan pujuk rayu dia.
Kaki pukul, kaki perempuan, kaki hutang, kaki menipu sana sini. Kahwin cerai dah 7 kali. Rekod jenayah banyak polis.
Dia active di tiktok, instagram, dia akan mengorat perempuan ajak minum, ajak jumpa mak dia. Bagi duit, tolong, etc. Dia akan tipu cakap bujang/duda, tengah cari isteri, minta mak cari isteri, isteri mati kena covid, anak mak dia jaga.
Dalam pada itu, katanya dari video berasingan, wanita ini berkongsi kecederaan hidung dialaminya kesan digigit lelaki tersebut. Akibat kecederaan teruk dialaminya, dia ke hospital dan masih cuba untuk tidak menceritakan hal sebenar kepada doktor sebelum dipaksa menceritakan hal sebenar.