Perkara yang sering menjadi perbualan bila sudah mendirikan rumah tangga adalah penerimaan mentua dan ipar duai dalam keluarga. Beruntungnya bagi kita mempunyai mentua baik dan layan menantu seperti anak sendiri. Namun, ia juga boleh jadi sebaliknya. Mungkin.
Menambat hati mentua dan ipar duai bukanlah sesuatu yang mudah. Punyai mentua baik sudah cukup bersyukur. Mungkin pada awalnya sebelum ‘masuk’ dalam keluarga itu, segalanya nampak baik. Tapi, bila dah kenal hati budi, mungkin ada yang dah berubah dan tidak sama seperti mula-mula kenal.
Walau bagaimanapun, tak semua mentua baik dan mempunyai menantu itu tak semuanya buruk pada pandangan mentua. Kena terima dan layanlah orang baru yang hadir dalam keluarga kita. Inilah yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin tentang hal ini.
Bukan semua mertua baik, tak semua menantu buruk dan bukan semua ipar boleh terima kedatangan orang lain dalam keluarga itu.
Ads
Ada saja mentua yang dengki dan iri hati dengan menantu sendiri. Malah ada juga mentua yang kawal dan buat keputusan dalam rumah tangga menantu. Sesetengah mentua ada yang cuba pisahkan menantu dari anaknya dan tidak kurang juga yang sihirkan menantu sendiri.
Mungkin ada juga menantu yang cuba untuk ikut kepala mentua, cuba menangi hati mentua. Ada menantu yang selalu mengalah dengan mentua, selalu bagi muka pada mentua dan ada menantu yang baik dengam mentua.
Begitu juga, ada ipar yang bersangka buruk dengan orang baru dalam keluarga itu. Ada saja ipar yang bercakap belakang, mengumpat tentang orang baru dalam keluarga itu, ipar yang menghasut sesama sendiri untuk membenci orang baru dalam keluarga itu.
Memang ada, bukan tak ada orang macam ini dalam masyarakat kita.
Usah Salahkan Menantu
Kita beranggapan, kalau mentua tak ngam dengan menantu, maka salah menantu dan menantu tak buat apa yang sepatutnya dia buat untuk memenangi hati mentua. Walhal menantu sudah buat macam-macam tapi sudah mentua tidak suka. Orang kalau tak suka, buat apa pun, dia tetap tidak suka dan tetap tak nampak.
Ads
Kalau menantu pulak tak boleh masuk dengan mentua, orang kata mentua salah, puaka, mentua tak terima seadanya, sedangkan ada mentua yang baik tapi menantu hantu.
Ada mentua yang baik, tapi menantu pandang seolah-olah ada udang di sebalik batu, sesetengah mentua yang layan menantu lebih dari anaknya sendiri, ada mentua yang excited bila menantu nak balik tapi menantu pulak yang banyak ‘cekadak’.
Pokok pangkalnya, baik mentua, menantu serta ipar, ini bergantung sepenuhnya pada sikap individu itu sendiri, Bukan taraf mentua, menantu atau ipar yang layak dipersalahkan, tapi individu yang menjadi mentua, menantu dan ipar.
Pembawakan Diri dalam Keluarga
Bagaimana kita sebagai seorang mentua, menantu dan ipar, pembawakan diri kita dengan kedudukan kita dalam keluarga.
Ads
Fikir-fikir balik, kita sebagai mentua, kenapa erlu tak suka menanti sebab menantu itu pilihan anak kita.
Begitu juga bila difikirkan balik, kita sebagai menantu tak boleh nak terima mentua kita sebab itu orang tua pasangan kita. Malah, kalau kita jadi ipar, kenapa dengki, iri hati. Tak puas hati dengan orang baru yang hadir dalam keluarga kita. Sebab itu, pilihan dan pasngan adik beradik kita.
Jangan jadi selfish dengan fikir tentang diri sendiri sahaja. Nak apa yang kita suka saja, yang boleh masuk kepala kita. Jika dia tidak macam itu, kita benci, tak suka, anggap seperti orang luar dan layan endah tak endah saja.
Jumud dah mentaliti macam ini, kuno. Simplekan hidup dengan tidak mengeruhkan keadaan. Buat baik dengan orang, orang akan baik dengan kita.
MW: Betul tu, tak perlulah rasa nak dengki atau benci. Dia sudah jadi ahli keluarga kita dan pilihan pasangan keluarga kita. Terima kelebihan dan kekurangan.
Tak baik pandang serong pada golongan ibu tunggal, dia sendiri tak pernah meminta untuk bertukar status sekelip mata. Tetapi kalau itu satu takdirnya, dia terima dengan redha demi anak-anak.
Sebagai orang luar, kita tak berhak memandang sinis pada golongan ibu tunggal atau janda. Apa lagi bergurau senda tantang statusnya.
Kita sendiri tak tahu apa yang membuatkan dia terpaksa memilih untuk menjadi ibu tunggal a.k.a janda. Untuk lebih dekat, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin tentang ibu tunggal atau janda.
Bila Wanita Bertukar Status Jadi Ibu Tunggal
“Hati-hati, dia tu janda…”
“Tengok yang putih duduk kat hujung tu, dia tu janda anak 1… muda lagi dah jadi janda kan…” kata seorang kawan sambil menunjukkan ibu tunggal tu kepada saya.
“So what…?” balas saya…”Tak la, hati-hati la, dia tu kan janda.”
Janda ni orang yang senang dihampiri ke? Janda ni, terdesak sangat nak cinta? Janda ni, tak ada maruah? Tak ada harga diri? Jadi janda itu satu dosa?
Hmm… ini pandangan dan perspektif masyarakat terhadap janda a.k.a ibu tunggal. Kalau dia tahu yang dia akan jadi ibu tunggal, agak-agak dia akan berkahwin tak dengan lelaki yang “menghadiahkan” dia status tu?
Perempuan bergelar ibu tunggal disebabkan lemahnya lelaki dalam menjadi suami.
Dalam rumahtangga, sepatutnya hanya perlu ada siapa? Suami dan isteri… tapi bila lemahnya si suami dalam memerintah, rumah tangganya ada suami, isteri dan mertua. Mertua yang menentukan hala tuju rumah tangga, mertua yang membuat keputusan, mertua yang memastikan rumah tangga anaknya mengikut apa yang dia nak.
Isteri mana yang tahan? “Orang luar” masuk campur dalam urusan rumah tangganya.
Suami jadi bisu, hilang kebebasan untuk bersuara disebabkan tak faham apa maksud perkahwinan, siapa yang bertanggungjawab menentukan hala tuju keluarga itu dan bila sepatutnya “orang luar” itu masuk campur dalam hubungannya dengan isteri.
Punca Wanita Jadi Janda?
Suami tak betul-betul jadi suami sebab tak ada ilmu.
Then datang bab suami abai tentang nafkah, culas tentang kewajipan, dah kawin, tapi malas nak kerja. Kerja tak tetap, sekejap stay sekejap tukar dan selalu harap bantuan dan pertolongan dari isteri. Siapa KETUA KELUARGA sekarang ni? Sesebuah hubungan akan pincang bila mana fitrah tu kita tak ikut. Ketetapan dan panduan yang agama dah gariskan.
Suami asyik dengan kawan-kawan, suami addicted to benda terlarang.
Bila dah kawin, buat macam cara dah kawin. Bukan dok rasa diri tu bujang, boleh keluar sesuka hati melepak main game sana sini. Solat tunggang langgang then mula terjebak dengan benda terlarang. Iman tak kuat, senang ikut pengaruh rakan-rakan dan syaitan.
Belum sentuh lagi bab pukul isteri, bab layan isteri macam hamba, bab tak bagi isteri balik jumpa keluarganya dan sebagainya. Berlakunya kes penceraian untuk sesebuah rumah tangga itu adalah disebabkan lemahnya lelaki dalam menjadi suami. Lelaki yang tahu tanggung jawab, ada ilmu, pandai menggunakan akal dengan baik, dia akan jadi suami yang baik dan “perempuan” yang berkahwin dengannya tak dapat title “ibu tunggal”. Dia akan dapat title isteri solehah dan ibu mithali disebabkan suaminya pandai membimbing dan membentuk dirinya.
Menjadi ibu tunggal itu adalah pilihan yang terbaik untuk mereka berdasarkan apa yang mereka hadapi dan apa yang mereka lalui. Jadi siapa kita untuk nak mempersoalkannya?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap pasangan mengharapkan perkahwinan yang dibina dapat memberi kebahagiaan dan memperoleh keberkatan daripadaNya. Namun asam garam dalam rumahtangga pasti ada ketika datang badai melanda. Apa yang penting setiap kali ujian menimpa, suami isteri haruslah kembali kepada Allah dan tidak terburu-buru mengikut perasaan dalam membuat keputusan.
“Dalam rumahtangga, soal bahagia dan barakah sangat subjektif. Tak dapat diukur dengan banyaknya harta, cantiknya rupa, ramainya anak, tingginya pangkat atau apa saja yang zahir semata-mata….tetapi bahagia dan barakah ada pada kebaikan, ketulusan, ketaqwaan, ketenangan, keimanan, qanaah, tanggungjawab, ihsan dan segala sifat yang Allah redho.”
“Langkah dalam rumahtangga adalah langkah kembali kepada Allah. Semakin dekat dengan Allah. Ada masalah atau ujian rumahtangga, baik suami atau pun isteri harus jujur untuk kembali pada Allah.”
“Sebab itu Rasulullah SAW anjurkan berwuduk dan solatlah dua rakaat…angkat segala hajat dan permasalahan kepada Allah. Jangan nafsu jadi konsultan..apatah lagi iblis yang suka menjauhkan manusia dari nilai SYUKUR dan menyesatkan.”
“Seorang suami yang berusaha menyenangkan hati isterinya, percayalah itu adalah ibadah. Seperti itu juga untuk seorang isteri. Ustazah percaya Allah beri bahagia pada sikap kita yang suka membahagiakan.Dan pasangan kita yang bersama kita susah dan senang adalah insan yang paling berhak untuk kita bahagiakan mereka dengan izin Allah.”
“Apapun keputusan dalam hidup berumahtangga ingatlah ” Terburu-buru itu dari Syaitan, tenang itu dari Allah”. Elakkan gelojoh dalam membuat keputusan. Kerana yang datang dari syaitan selalu berakhir dengan penyesalan.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat kita dalam melayari rumahtangga yang banyak cabarannya.Semoga keluarga yang dibina mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah daripadaNya.
Ramai salahkan isteri bila dia beremosi, sedangkan segalanya berpunca daripada sikap suami.
Bukan sengaja isteri emosi tak tentu hala, sebaliknya pencetus emosi tak stabil isteri adalah suaminya juga. Selama berkongsi hidup, pada suamilah isteri harapkan.
Kadang-kadang sengaja beremosi agar suami perasan yang isteri perlukan perhatian dan kasih sayang. Tetapi bukanlah mengada-ngada.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan ini:
Ramai Salahkan Isteri
Saya ada terbaca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak…
Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok?
Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia ok atau tidak kerana suami lebih mengenali isteri luar dan dalam…
Susah isteri hendak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya…
Sedangkan Segalanya
Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya…
Sebab itulah suami kena ambil berat, malah ambil tahu dan peka dengan keadaan sekeliling…
Bukan sebab kita ini ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara di luar dan di dalam rumah. Tapi sebab kita ini suami dan kita tak nak isteri tertekan atau isteri stres.
Juga tidak mahu isteri moody, dan isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain…
Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan…
Memahami ini nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk memahami…
Ramai yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami…
Mingguan Wanita : Suamikan BFF isteri, jadilah pada suamilah seorang isteri berharap. Kalau bukan suami sendiri, siapa lagi yang ada untuk memahami emosi seorang isteri.
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya,...