Nabila Razali mohon maaf. Terbaru menerusi hantaran yang diberikan oleh wakil penyanyi dan pelakon Nabila Razali membuat permohonan maaf menerusi kenyataan media berhubung isu memandu kereta dengan Lesen Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Nabila Razali Mohon Maaf
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Nabila Enggan Panjangkan Isu
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
Ads
“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).
“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.
“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Ads
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beruntungnya Hannah Delisha, kehadirannya sentiasa pukau orang ramai. Mana tidaknya figura yang juga anak kelahiran Kota Singa ini cukup beruntung kerana memiliki raut wajah yang jelita.
Kulitnya yang mulus menarik perhatian ramai hingga ada desas desus yang menyatakan dirinya sebagai pelaris pada jenawa produk kecantikan.
Bergelar penyanyi dan pelakon juga sebagai ikon fesyen dan personaliti media sosial bukanlah satu perkara yang mudah.
Wanita yang juga isteri kepada Imam Shah ini sebenarnya mengamalkan gaya hidup sihat disamping sangat mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah.
Selain daripada bakat dalam nyanyian dan lakonan, Hannah Delisha juga mendapat kepercayaan pelbagai jenama dan produk bagi melantiknya menjadi duta. Malah pengaruh Hannah dalam industri hiburan tempatan menjadikannya pilihan untuk pelbagai jenama dan kempen, menambah lagi kepada kredibilitinya sebagai seorang artis serba boleh.
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” kongsi Hanna yang terkenal dengan sikapnya yang merendah diri.
Menurut Hannah, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif. Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak.
“Conboo adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda.
“Paling penting produk ini melangkah masuk dengan visi untuk melahirkan generasi individu yang yakin dengan kecantikan dari dalam ke luar. Ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma dan krimer, kepada stevia.
“Dengan jadual yang padat sebagai pelakon, penyanyi, dan model profesional, Beau3 Milk by Conboo sememangnya bantuan yang besar ke arah gaya hidup sihat saya,” kongsi Hannah yang semakin terserlah kejelitaannya.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Drama tempatan telah lama menjadi cerminan kehidupan sehari-hari, menangkap rencah pengalaman manusia dengan segala liku-likunya. Khususnya bagi wanita, drama-drama ini sering kali menggambarkan perjalanan penuh dugaan yang mereka lalui, dari cerita penderaan dan pengkhianatan hingga pengorbanan dan ketabahan yang luar biasa.
Setiap episod bukan hanya menghibur, tetapi memberi peluang bagi penonton untuk melihat refleksi dari realiti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Antara garapan kisah kehidupan yang menjadi sebutan ialah drama rantaian Dedaun Hijau di Angin Lalu yang telah meraih penonton sebanyak 1.135 juta di mana satu episod dan rating sebanyak 849 ribu.
Dalam dunia penulisan yang sering digambarkan sebagai lautan tanpa tepi,penerbit drama tersebut, Siti Rosmizah memilih untuk terus merentasi arus dengan kisah-kisah yang menggugat emosi dan memperjuangkan nasib wanita.
Melihat perspektif dirinya yang berubah haluan daripada seorang peguam kepada novelis terkenal, Siti Rosmizah menterjemahkan pengalaman pahit menyaksikan kezaliman yang menimpa seorang wanita, seperti yang beliau saksikan dalam kes penderaan.
Ini membawanya kepada penulisan novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya, yang meraih sambutan hangat dan menjadikan namanya sinonim dengan advokasi melalui penulisan.
Siti Rosmizah memilih genre yang memberi fokus terhadap rumah tangga dan cabaran kehidupan sehari-hari kerana ia merupakan cerminan realiti yang sering diabaikan. Dari kes penderaan hingga pengorbanan, setiap naratifnya menawarkan wawasan yang mendalam tentang ketahanan dan keberanian wanita dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjalani liku kehidupan.
Malah, karyanya seperti Lafazkan Kalimah Cintamu dan 7 Hari Mencintaiku bukan hanya kisah, ia adalah suara bagi yang bisu dan pengajaran bagi yang buta.
Dalam drama terbaru, “Dedaun Rindu Di Angin Lalu,” adaptasi dari karya Manaf Hamzah, dapat dilihat refleksi karya Siti Rosmizah melalui watak Intan yang teraniaya kerana stigma sosial.
Sama seperti watak Aleya dalam Andai Itu Takdirnya dan Riyana dalam Jangan Mencintai Aku, Intan menghadapi rintangan yang menekan jiwa tapi tetap berdiri kukuh menghadapi gelombang kehidupan yang tak pernah reda.
Menonton adaptasi karyanya di Astro bukan hanya tentang hiburan, ia merupakan pelajaran kehidupan. Drama-drama ini bukan sekadar cerita tetapi alat untuk membuka mata masyarakat terhadap realiti penderaan dan kezaliman yang masih berlaku, seringkali di belakang pintu tertutup.
Mega Drama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ yang menggandingkan pelakon utama Redza Rosli dan Harissa Adlynn ini membawa penonton menyelami ketabahan seorang isteri dalam melayari kehidupan bersama suami yang tinggi egonya.
Siti Rosmizah mempunyai harapan yang tinggi untuk penonton dan pembaca, terutamanya wanita iaitu untuk mendapatkan kekuatan dan inspirasi daripada kisah-kisah ini.
Wanita harus berani mempertahankan hak dan membebaskan diri dari belenggu kezaliman. Untuk para lelaki, ini adalah peluang untuk merenung dan menghargai wanita dalam hidup mereka, mengingatkan bahawa setiap perlakuan kejam memiliki akibat yang jauh lebih dalam daripada yang terlihat.
Siti Rosmizah tetap unggul untuk terus menghasilkan karya yang tidak hanya memperjuangkan wanita tetapi juga menginspirasi masyarakat untuk melihat lebih jauh dari yang permukaan, membuktikan bahwa penulisan boleh menjadi lebih dari sekedar kata-kata, tapi juga tindakan.
Kepada para wanita yang mungkin berada dalam situasi seperti watak-watak dalam novel dan dramanya, Siti Rosmizah turut menitipkan pesanan.
“Jangan mengalah. Anda adalah pemilik takdir anda sendiri, dan anda lebih kuat dari apa yang anda percaya.”
Dengan setiap lembar yang dibuka dan setiap episod yang ditayangkan, Siti Rosmizah tidak hanya menceritakan kisah, ia mengubah kehidupan, satu kata pada satu waktu. Sebagai jendela ke dalam kehidupan wanita yang melalui pelbagai dugaan, drama tempatan mengajarkan kita tentang kekuatan, kasih sayang, dan pentingnya mendukung satu sama lain dalam perjuangan kita masing-masing.
Hari ini, episod akhir Dedaun Hijau di Angin Lalu bakal melabuhkan tirainya. Saksikan episod akhir yang menjanjikan babak dramatik yang lebih mendebarkanserta kesan emosi yang mendalam. Adakah kebahagiaan Intan dan Assad akan bertahan atau takdir akan memisahkan mereka?
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak terfikir untuk membawa anaknya iaitu Siti Aafiyah Khalid untuk bergiat secara aktif dalam industri muzik.
Malah Siti tidak berselindung bahawa suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, juga agak keberatan untuk membenarkan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah, 6, bergelar penyanyi.
Meskipun Siti Aafiyah buat kali pertamanya muncul mengiringi persembahan Siti dengan bermain keyboard, menerusi lagu Nadi di Konsert Siti Nurhaliza: Cinta Di Awan, Sabtu lalu, ia bukanlah ‘tiket’ untuk Aafiyah menceburkan diri dalam dunia seni. Aafiyah muncul di pentas ditemani adiknya, Muhammad Afwa.
Siti berkata tujuan dia memberi peluang kepada Aafiyah bermain piano sewaktu Konsert Cinta di Awan pada 10 Ogos lalu adalah kerana ingin mendedikasikan lagu baharu berjudul Nadi itu kepada dua anaknya itu.
“Cuma untuk konsert itu saja sebab saya sampaikan lagu itu adalah untuk anak saya. Menurut Siti lagi, buat masa ini, minat Aafiyah lebih cenderung ke arah bermain alat muzik, manakala adiknya, Muhammad Afwa, 3, pula suka menyanyi.
“Semasa raptai dia menangis selama setengah jam tetapi Alhamdulillah, terima kasih Aafiyah. Terima kasih Afwa,ujar Siti Nurhaliza.
“Permulaan dan muzik dia (lagu) Aafiyah belajar bersama gurunya itulah yang mencipta lagu itu,” katanya kepada Mingguan Wanita ketika ditemui di sidang akhbar sempena konsert Festival Hausboom yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober di KL Base, Kuala Lumpur.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.