“Apa kau buat dekat anak buah kami…pembunuh, kami mahu keadilan,” itu ungkapan yang kedengaran dilontarkan oleh beberapa individu dipercayai ahli keluarga bapa kandung mangsa melaungkan takbir dan berteriak pembunuh.
Seorang bapa tiri dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan membunuh anak sulung wanita itu, dua minggu lalu.
Tangsian Si Ibu
Pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan suri rumah, Norfazira Radzi, 30, yang memakai baju hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri berkenaan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize, 8, di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, pada jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang, 17 Ogos lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Ads
Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izariah Zainal manakala pasangan tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam.
Guan Hock tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes untuk laporan kimia serta bedah siasat, pada 16 Oktober depan.
Ads
Sebelum ini media melaporkan, hasil siasatan polis mendapati, kanak-kanak malang itu dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.
Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.
Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga meninggal dunia.
Hasil siasatan mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh. Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut.
Susulan itu, polis menahan bapa tiri dan ibu kandungnya di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Perkhabaran duka yang dikongsi oleh pelakon dan penyanyi yang lakonannya dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, Wafariena Roslan atau Wafa tentang pemergiaan kakak tercinta begitu menyentuh hati.
Seperti mana yang dikongsi menerusi Instagram Stories beberapa jam lepas, Wafa berkongsi beberapa keping gambar dan meluahkan;
“Pemergian Yang Dicemburui” Syahid Al-Fatihah.
“Allah bagi pinjam kakak tak lama. Baby comel sangat macam muka kakak”
“Wafa Cantikkan Lagi Kubur Kakak”
Selain itu Wafa juga turut berkongsi gambar tanah perkuburan;
“Nanti Wafa Cantikkan lagi kubur kakak nah. Al Fatihah”.
Ternyata kesedihan Wafa mengundang simpati para pengikutnya di Instagram apatah lagi pemergiaan kakaknya selepas melahirkan bayi kesayangan.
Mohon Doa Agar Baby Isma Zafri Anaqi Cepat Sembuh
Selain itu, Wafa juga turut memohon doa agar bayi arwah kakaknya yang sedang dirawat di wad bernama Isma Zafri Anaqi cepat sembuh.
“Adik baby kena kuat, adik baby ganti mamatau, semua orang tengah tunggu adik baby ni.
“Isma Zafri Anaqi, Nama yang diberikan oleh arwah. Hari ini baby dah bagi sikit tindak balas. Alhamdulillah mohon doa yang membaca. Terima kasih banyak-banyak”.
MW: Salam takziah buat Wafariena dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. Semoga roh arwah kakak Wafariena dicucuri rahmat. Kami juga doakan baby Isma Zafri Anaqi juga diberikan kesembuhan segera.
Penyanyi dan pelakon Ani Mayuni berkongsi kisah sedih tentang anak sepupunya yang berusia empat tahun positif Covid-19.
Seperti yang diketahui, wabak pandemik Covid-19 sedang menular dan virus itu juga tidak mengenal mangsa. Kecil, tua, muda, dewasa dan kanak-kanak terutama bawah umur mereka mudah dijangkiti virus ini.
Ani Mayuni Harap Adik Sepupu Kuat Menghadapi Ujian
Menurut Ani lagi, setelah disahkan positif, anak sepupunya itu dijemput dengan ambulan dari rumah untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun disebabkan anak sepupunya itu masih kecil, ibunya terpaksa mengiringinya ke hospital.
“Budak empat tahun, ambulan datang rumah nak bawa anak kecil yang tak tahu apa-apa pergi hospital. Nak berpisah dengan mak dan bapa, mestilah menangis.
“Pengorbanan seorang ibu. Adik sepupu saya berkorban naik ambulan itu demi anak.
“Kalau saya di tempat dia pun, saya juga akan buat perkara yang sama,” luahnya.
Disyaki Dijangkiti Dari Salah Seorang Attendant Dalam Bilik OTD
Menerusi perkongsiannya di Facebook semalam, pelantun lagu Sedap itu berkata, kanak-kanak itu disyaki mendapat jangkitan tersebut daripada doktor yang merawatnya.
“Anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun, positif Covid-19. Harap adik sepupu saya kuat menghadapi ujian ni.
“Nak tau tak macam mana dia boleh dapat benda ni? Pada asalnya anak buah saya kena bisul. Mak dia bawa pergi hospital untuk pembedahan.
“Selesai pembedahan itu, entah macam mana selang beberapa hari dapat tahu doktor yang buat pembedahan anak buah saya itu positif Covid-19,” kongsinya.
Namun sebentar tadi, Ani memuat naik entri terbaru dan menerangkan di mana jangkitan tersebut sebenarnya disyaki dari salah seorang attendant yang berada dalam bilik OTD dan bukannya daripada doktor yang merawat.
“Assalamualaikum pertama sekali ani nak ucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yg mendoakan anak kecil (anak adik sepupu ani)…ada sedikit pembetulan disini…anak buah ani terjangkiti covid 19 ni bukan dr doktor rupanya dr salah seorg attendant yg berada dlm OTD….ani baru dpt update ni….maaf skali lagi terima kasih pada rakan wartawan juga yg begitu peka dgn keadaan sekeliling…stay safe occeyy,” coretnya.
Doa Kembali Kuat & Sembuh
Dalam pada itu, Ani juga memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan anak sepeupunya itu kuat dan kembali sembuh seperti biasa.
Anak dan bekas isteri kepada Fizo Omar, Wan Maryam dan Mawar Karim disahkan positif Covid-19.
Perkhabaran tersebut disampaikan sendiri oleh pelakon, pengacara dan usahawan tersebut dan menyatakan Wan Maryam dan Mawar disahkan positif pada 1 Januari lalu.
Difahamkan, mereka berdua sedang menjalani rawatan di sebuah hospital dan Fizo sendiri sudah menjalani ujian saringan pada 2 Januari dan disahkan negatif.
Wan Maryam & Mawar Karim Kini Stabil & Berada Di Hospital
Menurut entri di laman sesawang Instagram, Fizo menerangkan anak dan bekas isterinya itu berada dalam keadaan stabil. Dan dia juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar mereka berdua pulih dari virus tersebut.
“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif Covid-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif.
“Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini,” ungkap Fizo.
Terima Kasih Kepada Semua Pekerja Barisan Hadapan
Pada perkongsian yang sama Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada barisan frontliner yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan Covid-19.
Fizo juga turut berpesan agar masyarakat tidak terus alpa dan mengambil mudah dengan jangkitan virus itu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua frontliners yang terlibat bertungkus-lumus untuk ‘berperang’ dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.
“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan Covid-19 dan patuhilah kepada segala SOP (Prosuder Operasi Standard) kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga anda,” tulisnya.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...