“Mencari itu tidak, tetapi dianugeraghan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak dipetik dari melakahariini.my.
Pelakon Remy Ishak antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Foto: kredit www.melakahariini.my
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Remy yang juga merupakan anak kelahiran Melaka, menerima anugerah itu yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi kedua istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri.
Tak Sangka Terima Anugerah
Remy, ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.
“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.
Ads
“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.
Turut digelar sebagai ‘Hero Malaya’, Remy berkata, meskipun kini sudah bergelar Datuk namun dia tetap seperti dirinya yang dulu selain gelaran diterima tidak akan mengubahya.
“Saya tetap akan menjadi Remy Ishak dan saya adalah Remy Ishak kerana darjah kebesaran Datuk ini dikurniakan oleh negeri Melaka kepada saya.
Ads
“Saya amat menghormati penganugerahan ini dan ia adalah suntikan untuk saya lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.
Ads
Remy Ishak hadir ke istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri ditemani isteri tersayang, Ezza Yusof yang anggun mengenakan kurung moden rona biru.
Ayu Raudhah tak serik, anggap ujian mujur tiada barang peribadi yang hilang. Pelakon Ayu Raudhah yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak ketujuh begitu terkejut apabila mendapat tahu dua pembantu rumahnya melarikan diri.
Isteri kepada pemain bola speak, Zaquan Adha itu juga akui dirinya tidak pernah serik dengan ujian yang menimpa dek kerana sebelum ini mereka pernah ada pembantu yang baik dan amanah.
Sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram Stories, Ayu mewar-warkan dua pembantu rumahnya telah lesap. Ketika kejadian Ayu berada di rumah kakaknya yang juga pelakon Rozita Che Wan bagi menjalani proses berpantang anak ketujuhnya.
Walaupun berlakunya kejadian tersebut namun Ayu bersikap positif dan tidak serik untuk mengupah pembantu rumah yang lain.
“Sikap manusia itu berbeza-beza. Sebelum ini saya ada pembantu yang baik dan amanah.
“Sejak berkahwin dengan Zaquan, saya tak pernah tiada pembantu rumah. Sebelum dapat anak lagi Zaquan sudah ambil pembantu,” luah Ayu.
Menerusi laporan media juga Ayu menyatakan suaminya ada menerima mesej daripada suami kepada pembantu rumahnya yang melarikan diri.
“Lelaki berkenaan mesej Zaquan minta kami berhati-hati sebab dia dapat tahu isterinya mahu melarikan diri selepas mendapat gaji.
“Suami pembantu saya ini berada di Indonesia dan dakwa dia isterinya itu curang dan mahu lari bersama kekasih gelapnya.
“Tapi masalahnya dia hantar mesej itu selepas pembantu saya itu melarikan diri. Kalau kami tahu lebih awal mungkin saya sudah ambil telefon dia dan tahan dia,” kongsi Ayu seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Ayu turut meluahkan rasa syukurnya dek kerana tiada barang peribadi milik keluarganya yang hilang namun tetap akan membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.
“Dua pembantu rumah ini mula bekerja dengan kami sejak empat bulan lalu selepas orang gaji lama berhenti untuk berkahwin.
“Pihak agensi pada awalnya tidak mahu kami buat laporan polis sebab takut kalau mereka akan pulang ke rumah tapi suami tetap akan buat report,” kongsi Ayu yang bergegas pulang ke Seremban sejurus mendapat tahu kejadian tersebut.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Drama tempatan telah lama menjadi cerminan kehidupan sehari-hari, menangkap rencah pengalaman manusia dengan segala liku-likunya. Khususnya bagi wanita, drama-drama ini sering kali menggambarkan perjalanan penuh dugaan yang mereka lalui, dari cerita penderaan dan pengkhianatan hingga pengorbanan dan ketabahan yang luar biasa.
Setiap episod bukan hanya menghibur, tetapi memberi peluang bagi penonton untuk melihat refleksi dari realiti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Antara garapan kisah kehidupan yang menjadi sebutan ialah drama rantaian Dedaun Hijau di Angin Lalu yang telah meraih penonton sebanyak 1.135 juta di mana satu episod dan rating sebanyak 849 ribu.
Dalam dunia penulisan yang sering digambarkan sebagai lautan tanpa tepi,penerbit drama tersebut, Siti Rosmizah memilih untuk terus merentasi arus dengan kisah-kisah yang menggugat emosi dan memperjuangkan nasib wanita.
Melihat perspektif dirinya yang berubah haluan daripada seorang peguam kepada novelis terkenal, Siti Rosmizah menterjemahkan pengalaman pahit menyaksikan kezaliman yang menimpa seorang wanita, seperti yang beliau saksikan dalam kes penderaan.
Ini membawanya kepada penulisan novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya, yang meraih sambutan hangat dan menjadikan namanya sinonim dengan advokasi melalui penulisan.
Siti Rosmizah memilih genre yang memberi fokus terhadap rumah tangga dan cabaran kehidupan sehari-hari kerana ia merupakan cerminan realiti yang sering diabaikan. Dari kes penderaan hingga pengorbanan, setiap naratifnya menawarkan wawasan yang mendalam tentang ketahanan dan keberanian wanita dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjalani liku kehidupan.
Malah, karyanya seperti Lafazkan Kalimah Cintamu dan 7 Hari Mencintaiku bukan hanya kisah, ia adalah suara bagi yang bisu dan pengajaran bagi yang buta.
Dalam drama terbaru, “Dedaun Rindu Di Angin Lalu,” adaptasi dari karya Manaf Hamzah, dapat dilihat refleksi karya Siti Rosmizah melalui watak Intan yang teraniaya kerana stigma sosial.
Sama seperti watak Aleya dalam Andai Itu Takdirnya dan Riyana dalam Jangan Mencintai Aku, Intan menghadapi rintangan yang menekan jiwa tapi tetap berdiri kukuh menghadapi gelombang kehidupan yang tak pernah reda.
Menonton adaptasi karyanya di Astro bukan hanya tentang hiburan, ia merupakan pelajaran kehidupan. Drama-drama ini bukan sekadar cerita tetapi alat untuk membuka mata masyarakat terhadap realiti penderaan dan kezaliman yang masih berlaku, seringkali di belakang pintu tertutup.
Mega Drama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ yang menggandingkan pelakon utama Redza Rosli dan Harissa Adlynn ini membawa penonton menyelami ketabahan seorang isteri dalam melayari kehidupan bersama suami yang tinggi egonya.
Siti Rosmizah mempunyai harapan yang tinggi untuk penonton dan pembaca, terutamanya wanita iaitu untuk mendapatkan kekuatan dan inspirasi daripada kisah-kisah ini.
Wanita harus berani mempertahankan hak dan membebaskan diri dari belenggu kezaliman. Untuk para lelaki, ini adalah peluang untuk merenung dan menghargai wanita dalam hidup mereka, mengingatkan bahawa setiap perlakuan kejam memiliki akibat yang jauh lebih dalam daripada yang terlihat.
Siti Rosmizah tetap unggul untuk terus menghasilkan karya yang tidak hanya memperjuangkan wanita tetapi juga menginspirasi masyarakat untuk melihat lebih jauh dari yang permukaan, membuktikan bahwa penulisan boleh menjadi lebih dari sekedar kata-kata, tapi juga tindakan.
Kepada para wanita yang mungkin berada dalam situasi seperti watak-watak dalam novel dan dramanya, Siti Rosmizah turut menitipkan pesanan.
“Jangan mengalah. Anda adalah pemilik takdir anda sendiri, dan anda lebih kuat dari apa yang anda percaya.”
Dengan setiap lembar yang dibuka dan setiap episod yang ditayangkan, Siti Rosmizah tidak hanya menceritakan kisah, ia mengubah kehidupan, satu kata pada satu waktu. Sebagai jendela ke dalam kehidupan wanita yang melalui pelbagai dugaan, drama tempatan mengajarkan kita tentang kekuatan, kasih sayang, dan pentingnya mendukung satu sama lain dalam perjuangan kita masing-masing.
Hari ini, episod akhir Dedaun Hijau di Angin Lalu bakal melabuhkan tirainya. Saksikan episod akhir yang menjanjikan babak dramatik yang lebih mendebarkanserta kesan emosi yang mendalam. Adakah kebahagiaan Intan dan Assad akan bertahan atau takdir akan memisahkan mereka?
Nidza Afham yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjogging.Bagaimanapun, dia gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.
Namun begitu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan satu mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang semalam adalah Nidza Afham Mokhtar. Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
“Ya. Dipercayai adalah abang penyanyi yang dilaporkan hilang semalam,” katanya ketika dihubungi media.
Sebelum ini, dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.
Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.
Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang petang semalam telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata ia selepas proses pengecaman mayat selesai dilakukan oleh ahli keluarga mangsa di lokasi kejadian malam tadi.
Terdahulu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran jambatan Sungai Klang semalam. Mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Kehilangan Nidza Afham Mokhtar didakwa berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai. Manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.