Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
Ads
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
Ads
Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Namun dek kerana tidak ada lagi persefahaman ikatan yang dibina atas nama cinta terpaksa dileraikan. Walau pahit ditelan namuan terpaksalah menerima hakikat.
Itulah yang dialami oleh usahawan terkenal Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red apabila dua isteri memfailkan perceraian serentak. Akui usahawan itu dirinya cuba mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.
Malah dirinya turut akui kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, sebagai ketua keluarga dirinya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya.
“Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.
“Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.
“Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.
“Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?” ungkap Datuk Red.
Baru-baru ini Datuk Red telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira.
Namun poses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.
Sebagai manusia biasa, Datuk Red akaui dirinya lali namun sudah memohon kemaafan kepada dua orang isterinya.
“Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.
“Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga,” sambungnya.
Pada masa yang sama Peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.
Puteri Sarah tulis coretan khas untuk Bella, “dulu saya sangat takut untuk melepaskan…”. Sekian lama menahan sabar, akhirnya Bella Astillah nekad dengan keputusan iaitu mengakhiri perkahwinannya dengan perceraian.
Tidak mudah membuat keputusan yang melukakan hati banyak pihak tetapi itu mungkin jalan akhir difikirkan demi menjaga hati sendiri.
Di sebalik kemelut rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu banyak rakan artis memberikan sokongan padu buat Bella. Antaranya Puteri Sarah Liyana yang pernah melalui kemelut rumahtangga satu ketika dahulu bersama Syamsul Yusoff.
Dan bila mana rakan baiknya diuji, dirinya berkongsi coretan pengalaman lama pernah dilaluinya ketika membuat keputusan bercerai dengan Syamsul selepas dimadukan.
Menulis di insta storiesnya, Puteri Sarah mengakui tidak mudah membuat satu keputusan dalam hidup tetapi mempercayai sesuatu yang terjadi mempuyai sebab tersendiri.
“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.
“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.
“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan di situlah kesalahan saya selama ni takut akan segalanya, tulisnya.
Jelas ibu kepada dua anak ini, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun, mempercayai apa yang terjadi adalah qada dan qadar dari Allah yang sudah tertulis.
“Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.
“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu, titipnya lagi.
Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah semalam memaklumkan, dirinya nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk dirinya dan Aliff.
Jika sebelum ini Aliff bersetuju untuk pengesahan cerai tetapi sebaliknya pelakon ini tidak hadir ke mahkamah kerana mempunyai komitmen penggambaran.
“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar. Pada anak-anak saya selalu kata “Daddy work” dan Ayden sekolah Cina, jadi berita sebegitu tidak diketahui” kata Bella.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.
Bahang Ramadan yang bakal menjelang telah memberi inspirasi buat Ratu Rock, Ella melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ untuk tahun 2024. Ia merupakan satu penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.
Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
“Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, ia membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih,” ujar Ella.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran.
Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.
Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.
Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.
“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.
Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.
Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my
Hari ini tular keputusan dari Mahkamah Tinggi tentang Datin Seri Rosmah Mansor dapat penangguhan pelaksanaan bersyarat bagi pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan.