Kata-kata meruntun jiwa itu disuarakan Attar Azim Syukran Jamil, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.
Foto: NSTP
Menurut Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, perasaan sebak itu diluahkan murid Tahun Tiga tersebut sebaik dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan dua adiknya.
Menurutnya, pada mulanya Attar Azim yang cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra tidak percaya dan hanya menganggap kematian ahli keluarganya sebagai gurauan.
Umi Salwa Ab Hamid
“Sehinggalah pagi tadi, pak longnya beritahu sekali lagi. Kenyataan itu membuatnya terdiam, dia hanya memandang ke atas seolah sedang menahan sebak.
“Apabila dia menyebut ‘semua dah tak ada’, itu membuatkan kami bertambah pilu dan sedih,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda Trolak Utara dekat Sungkai di sini pada Ahad, memetik sumber Sinar Harian.
Punca Kemalangan
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama bayi mereka, Lufya Adeena berusia setahun maut di lokasi kejadian.
Ads
Seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi, 6, pula disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Umi Salwa berkata, keadaan kesihatan Attar Azim menunjukkan perkembangan positif dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Ads
Katanya, keadaan itu memberi kesempatan kepada anak yatim piatu itu mengiringi jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di sini hari ini.
“Proses mandi dan kafan jenazah diselesaikan di hospital. Insya-ALLAH kesemua jenazah akan tiba di sini (Sungkai) lewat petang ini untuk pengebumian,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Umi Salwa berkata, pemergian Syukran Jamil amat dirasai ahli keluarga terutama ibu bapa mereka apatah lagi anak kelapan daripada sembilan beradik itu seorang yang ceria dan suka bergurau.
Katanya, Allahyarham yang berkhidmat sebagai guru Kafa Ar Raudhah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam juga mempunyai hubungan rapat dengan anak saudara dan menjadi antara orang kuat dalam penganjuran hari keluarga.
“Kami adik-beradik memang rapat, setiap tahun ada sahaja acara supaya kami dapat berkumpul dan selalunya memang arwahlah paling teruja.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Januari lepas sewaktu hari pertunangan anak saudara kami. Arwah dan keluarga nampak biasa sahaja dan ceria seperti selalu.
“Arwah ada sediakan hadiah kelahiran anak kepada adik bongsu kami lebih awal, seolah-olah macam tahu dia akan pergi,” katanya.
Jenazah empat beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 tahun bergelar Datuk. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, adalah antara 17 penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari jadi yang ke-85.
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 Tahun Bergelar Datuk
Paling membahagiakan, atlet wanita ini beranggapan anugerah yang diberikan sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Anak kelahiran Sarawak ini merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.
Malah dirinya juga pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016. Manakala pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.
Janggal Bila Bergelar Datuk
Wanita ini juga berasa cukup janggal apabila bergelar ‘Datuk’. Namun Pandelela mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari Sarawak yang dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran datuk, pada usia semuda 28 tahun.
Malah Pandelela juga sangat menghargai anugerah yang diberikan dan beranggapan anugerah berkenaan merupakan sebuah memori yang terindah. Penganugerahan itu juga sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Seperti mana yang dilaporkan SinarPlus, Pandelela berkata, gelaran yang diterima memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara.
Untuk rekod Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Pandelela Rinong
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jue Aziz kembali bergelar isteri. Tahniah diucapkan buat Jue Aziz yang baru saja kembali bergelar isteri. Selepas Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman namun bercerai pada 2019. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12 tahun.
Kini Jue Aziz selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien, 34, yang berlangsung tanggal 18 Ogos lalu.
Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri
Pemilik nama sebenar, Zuliana Abdul Aziz menyatakan mereka terpaksa mempercepatkan pernikahan dek kerana memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat. Malah Jue juga menerangkan dirinya tidak punya niat merahsiakan pernikahan.
“Saya tiada niat untuk merahsiakan majlis pernikahan kami kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
“Saya juga bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah S.W.T. Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran sekali gus untuk membawa ahli keluarga bercuti,” ungkap Jue seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Sudah Lama Kenal
Jue juga memberitahu suaminya merupakan orang biasa. Namun seorang yang sangat rajin bekerja.
“Kami sudah kenal lama selepas saya bercerai pada 2018. Suami saya hanya orang biasa dan dia juga bekerja dengan abangnya.
“Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang yang bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan sebelum ini.
“Anak saya juga sangat gembira saya sudah berkahwin semula dan dia dapat bapa baru,” kongsi Jue lagi yang merancang mengadakan majlis resepsi tahun hadapan.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ini ada mak-mak yang siap hantar kedai sebab malas nak lipat kain. Bukan nak membazir duit tapi kalau kain baju pun dah nak macam kubu perang, upah orang melipat lagi bagus.
Ini ikut poket masing-masing lah ya. Sekurang-kurangnya mata tak sakit dan kain baju tak berlonggok dan menimbun.
Haaa… tetapi ada juga mak-mak yang jenis letak dalam bakul siap-siap. Hujung minggu baru tarik bakul sebab nak lipat. Ok lah daripada main longgok atas sofa!
Jangan biasakan ya mak-mak walau suami OK je, seeloknya mak-mak cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kain baju ni secepat mungkin. Atau mak-mak boleh ikut idea yang dikongsikan kali ini…
Idea Lipat Kain Baju
Baju dan Seluar
Tudung dan Shawl
Pakaian Dalam
Peraturan Lipat Kain
1. Letak phone jauh-jauh, kalau melipat kain sambil main phone memang hasilnya kelaut. Kerja yang patut settle 15 minit pun boleh bertukar sejam kalau hadap phone.
2. Asing dulu kain besar dan kecil ikut kategori. Lepas itu, sila fokus kain besar-besar dulu. Yang ecil-kecil pungut letak BOX.
3. Gantungkan kain baju yang patut digantung, contoh mudah jubah, baju kurung dan kemeja suami. Haaa… tak payah lipatlah kemeja, senang nak gosok kalau dah gantung.
4. Boleh lipat cara gulung dan masukkan dalam kotak. Kemudian masukkan dalam laci almari.
Ok, kalau nak kemas dan cantik mak-mak boleh tiru cara lipat kain guna Teknik KonMari. Nak tahu apa itu Teknik Konmari boleh baca artikel ini:
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...