Melihat kredibiliti dan integriti seorang penyanyi bernama Ziana Zain sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Apatah lagiĀ pelantun Puncak Kasih ini sudah acapkali mencipta sejarah dalam dunia hiburan tempatan.
Tidak hairanlah mengapa CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.
Reputasi Baik Ziana Zain
CSA Academy meminjam liku perjalananĀ Diva Pop ini dalam mencapai kegemilangan kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.
āMengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.
Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.
Pilihan Tepat
āReputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,ā ujar Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.
Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.
Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jaya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mac 2024 lalu.
Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah. Semangat Wira bakal dilancarkan pada Mei 2024.
āSemangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,ā ujar Dr Jay lagi.
Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua.
Hidup Bebas Hutang
āSaya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.
āSejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.
āMaklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.
āDengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.
Ads
āTentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.
āApa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,ā ujar Ziana Zain.
Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse. Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.
Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.
Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/Ā mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman webĀ www.ticketu.com.my/zianazain.
Pembelian tiket menggunakan sistem āBuy Now Pay Laterā BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahang sambutan Aidilfitri sememangnya sudah dapat dirasai apabila gedung membeli-belah mula mempamerkan koleksi pakaian Raya untuk seisi keluarga. Begitu juga gedung beli belah terkemuka, AEONĀ yang memperkenalkan koleksi fesyennya melalui acaraĀ Pratonton Fesyen AEON yang berlangsung 3 kali setahun atau lebih dikenali sebagai
AEON Fashion Preview (AFP).
AFP Edisi Februari 2024 melakar naratif baharu dalam cita rasa fesyen gaya hidup
kali ini. Sentiasa tampilĀ rare dan berani tidak mengikut kelaziman bagi memberi nafas baru dalam pertunjukan fesyen, setiap acara AFP mencipta kelainan dan memiliki keunikan tersendiri. Mana tidaknya, ruang parkir atas bumbung Pusat Beli-belah AEON Taman Maluri menjadi medan runway untuk memperkenalkan koleksi terbaharu AFP Edisi Februari 2024.
Bukan sekadar pakaian, fesyen mempengaruhi gaya hidup dan ekspresi diri, AEON
beraspirasi mengetengahkan nilai kontemporari dan inklusif dalam berfesyen bagi
memperkasakan keperibadian setiap individu untuk menyatakan secara autentik diri mereka sendiri.
Koleksi Lebaran Sedondon
Menampilkan 3 koleksi utama baharu, AFP Feb24 membawakan Koleksi Lebaran Sedondon
dan Kunjung Lebaran dibawah Koleksi Raya AEON 2024, Lebarankan Lebaran oleh jenama-jenama house brand AEON yang tidak asing lagi iaituĀ Puteri, PlusCollection, Guysā Vision,
ARCADIA dan JKids.
Koleksi raya ini masih mengekalkan elemen reka bentuk tradisional yang diberikan nafas moden untuk tampak lebih elegan dan terkini. Setiap helaian dipilih dengan teliti, bersesuaian dengan pelbagai cita rasa setiap individu, untuk setiap peringkat umur dan reka bentuk. Bersifat menyeluruh, AEON pastikan ekslusiviti dan inklusiviti dalam
koleksinya.
Selain koleksi Aidilfitri, sorotan utama di AFPFeb24, AEON memperkenalkan jenama house brand baharu, stads yang menampilkan fesyen outdoor. Kolaborasi bersama pereka fesyen Indonesia, Miptah Alfarizhi merupakan koleksi istimewa sempena sambutan Ulang Tahun AEON ke-40 tahun ini.
stads meraikan gaya hidup outdoor dan active bagi mereka yang mencari functionality dan practicality dalam berfesyen, namun kekal bergaya, tampak minimalis dan lasak. stads direka dengan fabrik berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan optimum dan keyakinan untuk bergerak bebas. stads akan berada di pasaran AEON terpilih bermula 18 Mac 2024.
Selain itu, AEON SELECT juga membawakan koleksi eksklusif kolaborasi bersama siri manga Jepun, Spy X Family yang dikaryakan oleh Tatsuya Endo khusus buat peminat manga. Setiap gaya menggambarkan kepelbagaian karakter perisik dalam manga tersebut, yang boleh disuaipakai harian. Serlahkan identiti perisik anda dengan koleksi ini!
Jadi, dapatkan koleksi istimewa ini hanya di AEON seluruh Malaysia!
Hari yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia dalam hidupnya bertukar menjadi perpisahan yang paling menyayat hati.
Siti Nur Syamira Samsol, gadis manis yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan dengan lelaki pujaannya, tidak sempat mengecap manisnya hidup berumah tangga. Cinta yang diimpikan, kasih yang disulam bertahun-tahun, semuanya terhenti sekelip mata apabila dia pergi buat selama-lamanyaāhanya dua hari sebelum hari persandingannya.
Sabtu ini sepatutnya menjadi hari paling membahagiakan buat Siti Nur Syamira Samsol. Hari di mana dia bakal bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwa. Namun, siapa sangka, takdir Ilahi mengubah segalanya.
Syamira pergi dijemput Tuhan dua hari lebih awalādalam satu kemalangan tragis yang meragut nyawanya di Kilometer 93.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, sekitar jam 8.30 pagi Khamis lalu.
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kampung Benaung, Mersing bersama tunangnya, Muhammad Aiman Abdul Rashid, arwah berhasrat memenuhi janji kepada ibunya untuk membeli persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka, selain menghadiri majlis tahlil arwah bapanya.
āDua tahun lalu kami kehilangan abah⦠kini adik pula,ā luah Siti Nor Syamila Samsol, kakak kepada arwah, dalam nada sebak yang sukar disembunyikan. āKesedihan kami belum sembuh sepenuhnya, tiba-tiba diuji lagi dengan kehilangan orang yang kami sayang.ā
Syamira, gadis yang penuh kelembutan dan sopan santun, sempat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun takdir lebih awal menjemputnya. Hati mana yang tidak luluh apabila insan yang begitu teruja menanti hari bahagia akhirnya dijemput pulang ke negeri abadi.
Menurut kakaknya lagi, segala persiapan perkahwinan telah pun siap sepenuhnyaādari barang hantaran, pelamin hingga ke kad undangan digital yang dibuat sendiri oleh arwah. Malah, kad jemputan itu sudah pun diedarkan kepada para tetamu.
āDia uruskan semuanya sendiri. Dia teruja sangat, makin dekat hari majlis makin berseri wajahnya. Tapi bila dapat berita ni⦠kami semua hilang kata.ā
Kini, hanya kenangan dan doa yang mampu mengiringi pemergian Syamira. Seorang anak, adik dan bakal isteri yang tidak sempat bergelar ratu sehari.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan insiden tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kenduri Tahlil
Menurut laman Facebook Alwiyah Talib yang menziarahi keluarga mangsa di Kampung Benaung, Mersing, Majlis esok (3hb Mei) tetap diteruskan kerana ibu arwah memberitahu memang hajat arwah hendak menjamu orang makan.
Pejam celik, penghujung tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya dalam masa 2 minggu lagi. Tiada yang lebih indah selain dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang, menikmati hidangan yang menyelerakan dan merasai kemeriahan perayaan.
Sempena cuti hujung tahun ini, apa kata berkumpul bersama keluarga sambil menikmati bufet yang enak dengan pelbagai jenis makanan.
Latest Recipe menyediakan bufet perayaan yang pastinya memuaskan selera. Malah, setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Chef Eksekutif Antoine dan pasukannya yang berbakat.
Ditambah pula gabungan dekorasi yang meriah dan penuh dengan semangat perayaan, pastinya menjamu selera di Latest Recipe menjanjikan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang tahun.
Jamu Selera
Pencinta hidangan berasaskan daging,Ā bahagian Carving Station yang menghidangkan menu seperti Baked Chicken Berbera, Roasted Mediterranean Style Ribs and Ribeye, Oven Roasted Lamb and Baked Garlic-Parsley Seabass pastinya tidak mengecewakan untuk dinikmati. Malah setiap potongan daging disediakan dengan sempurna, memenuhi cita rasa setiap pengunjung.
Pencinta makanan laut pula usah bimbang kerana hidangan ini turut tersedia di Seafood Bar.Ā Nikmati kepuasan dengan ketam, kupang, scallops, dan udang segar yang pasti akan memuaskan selera. Selain itu, di bahagian On Tray, hidangan seperti salmon salai,itik & ayam salai, serta pilihan makanan laut segar turut menggamit perhatian.
Penulis sememangnya menggemari hidangan Jepun. jadiĀ Teppanyaki yang dimasak secara langsung pastinya menjadi pilihan. Di sini, anda boleh memilih sama ada menikmati menu berasaskan daging lembu, ayam, udang, scallops, sayuran, dan ikan yang dimasak di depan mata.
Selain itu, deretan Sushi, sashimi, temaki rolls, serta udon dengan kuah Miso atau soya turut tersedia untuk dinikmati. Pendek kata, seronoknya menjamu selera!
Hidangan ala Barat yang lain turut disediakan di meja buffet di Latest Recipe ini. Jamu selera dengan hidanganĀ seperti Oven-Baked Stuffed crab shell, mackerel goreng, dan pelbagai jenis pasta termasuk carbonara, pesto, pomodoro, aglio e olio dan bolognese.
Manisan Tidak Dilupa
Tidak lengkap rasanya tanpa hidangan yang manis kan, turut disajikan pelbagai jenis pemanis mulut pelbagai rasa seperti cranberry baked cheesecake, cinnamon. Churros with chocolate sauce, Christmas Forest Raspberry Chocolate Cake dan the classic panettone. Buat pencinta keju, terdapat pelbagai jenis keju import bersama makanan sampingan yang lain di Fine Cheese Platter.
Kemeriahan Krismas tidak lengkap tanpa chocolate fountain with fresh berries, grapes and marshmallows, soft serve ice cream dan yoghurt kegemaran yang pastinya membuatkan mereka teruja. Bagi mereka yang tak sabar nak menikmati hidangan lazat ini, boleh mula rancang tarikh sesuai.
Tempah tempat anda hari ini dan rasai keindahan Krismas dan Tahun Baharu yang penuh dengan hidangan lazat dan kemeriahan yang tiada tandingan. Pastikan detik-detik indah ini menjadi kenangan yang kekal sepanjang hayat.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...