Pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.
Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
“Jabatan Peguam Negara merujuk kes kemalangan jalan raya berlaku Khamis lalu berhampiran dengan SMK Jati antara sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dengan sebuah motosikal yang menyebabkan kematian pelajar berusia 17 tahun.
“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap saspek,” katanya.
Pejabat Peguam negara berkata, saspek akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum mahkamah sama menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.
Ads
Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.
Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.
Pada hari sama, pegawai kanan polis ditahan selepas terbabit dalam kejadian itu, dengan hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematiannya adalah kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.
Pegawai polis langgar Zaharif
Ads
Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Yahaya Hassan berkata pegawai polis itu direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Sementara itu, keluarga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang maut akibat dilanggar pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru sudah melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa.
Ads
Bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata, ahli keluarga bersetuju melantik peguam dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) bagi memastikan kematian anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, mendapat pembelaan selayaknya.
Sementara itu, peguam dari HWAM, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, pihaknya akan mewakili keluarga Allahyarham Zaharif untuk melihat dua perkara utama iaitu ketelusan proses siasatan polis di pihak keluarga, serta tindakan perundangan sivil yang boleh dikenakan terhadap pelaku kes itu bahkan terhadap kerajaan Malaysia.
“Serta apa yang diminta oleh pihak kami ialah pampasan yang berkait dengan tindakan sivil susulan kematian arwah, supaya kami dapat memastikan pampasan sewajarnya diberikan kepada keluarga arwah,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata kes kematian pelajar itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain sudut lain termasuk jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber:www.bharian.com.my/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Bertahun berkongsi hidup tetiba suami nak cerai, itulah nasib penyanyi Deja Moss yang cukup kecewa apabila tidak mendapat penjelasan kenapa pilih berpisah.
“Saya reda dan terima penceraian ini tapi apa yang saya tidak puas hati masih belum menemui jawapan kenapa dia (suami) ingin bercerai dengan saya,” luahnya.
Sepuluh tahun berumah tangga, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, yang berusaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tetap tidak mahu berbaik-baik.
Kalau ikutkan sebenarnya dia sudah lama reda tapi dia nak tahu kenapa suaminya sudah tak mahu teruskan?
“Kenapa keluar rumah macam itu je? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai?”
“Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu!”
Deja diwakili peguam syarienya Halimatunsa’diah Abu Ahmad manakala Azfendy, 39, selaku plaintif diwakili peguam syarienya Ahmad Daud.
Hubungan dengan suaminya berjalan lancar sebelum Azfendy bertindak keluar dari kediaman mereka setahun lalu.
“Saya tak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan.
“Lepas itu dia block saya dan ketika itu barulah saya fikir bahawa ada yang tak kena dengan dia.”
Itulah sedikit luhan hati seorang isteri yang kecewa dengan keputusan suami. Tak tahu apa salah, tetiba mahu berpisah.
Permohonan cerai tersebut dibuat Azfendy mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Mac lalu.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shuhada sudah ‘terlampau move on’. Terbaru ibu Tunggal kepada dua orang cahaya mata yang juga bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada didakwa tidak boleh ‘move on’ dek kerana masih memuat naik gambar bersama bekas suaminya.
Hafidz sebelum ini telah menegur bekas isterinya untuk tidak lagi menggunakan gambarnya lama ketika mereka bersama sebelum ini. Malah pelakon itu juga dengan tegas minta segera dipadam sebelum tindakan diambil.
Shuhada Sudah ‘Terlampau Move On’
Menurut Shuhada pula, sebagai duta produk kelangsingan badan tujuan memuat naik gambar tersebut adalah kerana pihak syarikat mahu menunjukkan lemak di bahagian belakang tubuhnya.
“Saya nak jelaskan dan bagi keterangan, saya sebagai duta produk kelangsingan badan, saya memang sudah tandatangan kontrak dengan mereka. Segala konten, gambar itu memang semua daripada dia (produk) dan saya muat naik sahaja selesaikan kerja.
“Perjanjian memang saya akan ada posting secara berjadual. Saya cuma buat kerja saya. Saya memang tiada kena mengena dengan gambar dan sebagainya.
“Saya tidak tengok (bahan yang disediakan).. Saya post sahaja.
“Mereka guna gambar itu sebab nak tunjuk lemak belakang badan saya. Kalau nak buang gambar dia, takkan saya nak terapung, macam pelik pula kan?
“Saya memang tiada niat lain. Bukan tak move on ya, saya dah terlampau move on dah… tak terfikir nak ingat dekat dia,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Jadi Ketua Keluarga
Ibu Tunggal itu juga berasa sedih apabila diminta untuk memadam foto tersebut.
“Mungkin betul apa yang orang cakap, untuk jaga hati orang lain kot.
“Agak sedih la sebab saya sekarang ini dah jadi ketua keluarga. Cari rezeki dan dan jaga anak tapi pihak sana buat macam itu.
“Patutnya dia membantu senangkan anak-anak. Tidak sangkalah macam itu sekali (perangai) dia,” kongsinya.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...