Malang tidak berbau. Niat murni seorang lelaki membantu mangsa kemalangan jalan raya turut meragut nyawanya. Seorang lelaki parah ketika membantu kemalangan melibatkan pasangan pengantin baharu di Kilometer 53 Jalan Klang – Teluk Intan sebelum ini, dilaporkan meninggal dunia semalam.
Pemuda bantu pengantin baharu kemalangan
Pemuda dikenali Mohd. Azizi Faez Mohamad Alias, 33, itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.22 petang selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ads
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati semasa kejadian lelaki itu memandu dari arah Teluk Intan menghala Klang.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian telah melihat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan pengantin baharu dalam keadaan terbalik kerana terlibat kemalangan.
Ads
“Lelaki itu cuba untuk bantu, namun tiba-tiba mangsa dan kereta telah dilanggar kereta jenis Nissan Almera. Akibatnya, lelaki itu tercampak ke atas jalan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Memetik laporan Kosmo, melaporkan usia perkahwinan sepasang suami isteri hanya bertahan sehari selepas seorang daripadanya maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bernam, Tanjong Karang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Allahyarham Norsyam Nassullah Rahim, 23, maut, manakala isterinya Aini Hayati Mohd. Radzi, 22, patah kaki kiri, manakala enam lagi mangsa cedera dan seorang lagi parah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jenama tudung terkenal Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani, hujung minggu lalu.
Menurut Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.
“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan serta menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.
“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya.
Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.
Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016. Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.
Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.
“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.
“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.
Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.
Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Emas atau sinonim disebut logam berharga merupakan aset yang sangat bernilai. Sejak ribuan tahun lalu, ia digunakan sebagai wang sebenar dan terbukti mengekalkan nilainya sehingga hari ini.
Atas kepentingan ini, Alpha Nagara, pembuat dan pengeluar logam berharga terkemuka di Malaysia mensasarkan pelaburan modal kerja berjumlah RM60 juta dengan langkah strategik penyediaan platform pendanaan dan pembiayaan P2P patuh Syariah pertama dunia, P2P Nusa Kapital.
Menerusi langkah strategik ini, ia akan dikawal seliaan oleh Rakyat Trustee Berhad dan di bawah pengurusan Alphacapital (M) Berhad. Ia akan menekankan kedudukan unik Alpha Nagara dalam sektor logam berharga.
Menurut Lembaga Pengarah Alphacapital (M) Berhad, Syed Mahadzir Fadaak berkata, pihaknya mensasarkan pembiayaan dana sebanyak RM60 juta dengan pengeluaran 1 tan emas sebulan. Bakal pelabur dijangka akan memperoleh dividen sebanyak15 peratus setahun daripada jumlah yang dilaburkan.
“Buat masa ini, jumlah minimum pelaburan bermula RM1000 dengan tempoh kontrak selama dua tahun. Kami menjanjikan dividen sebanyak 15 peratus setahun. Setiap aktiviti pelaburan akan dapat dipantau menerusi platform yang disediakan oleh P2P Nusa Kapital, pengendali pasaran diiktiraf yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
“Kerjasama strategik ini menandakan penumpuan penyelesaian kewangan yang inovatif dan kepakaran pembuatan yang mantap, dengan pelaburan modal kerja berjumlah RM 60 juta dengan pecahan kepada 12 bulan dana, RM5 juta pelaburan kecil, diperuntukkan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran Alpha Nagara.
Menurut Syed Mahadzir Fadaak lagi pihaknya mensasarkan suntikan modal RM60 juta dalam masa enam bulan dan ia dijangka dapat membantu mengukuhkan pendapatan tahunan AlphaNagara, dengan pengunjuran angka yang memberangsangkan.
“Keupayaan Alpha Nagara dalam memenuhi permintaan yang tinggi dalam logam berharga, terutamanya jongkong emas 999.9 dan keupayaannya bagi menghasilkan jenama sendiri bagi jongkong emas yang unik, dipanggil “Fadaaq Gold” menjanjikan pelaburan jangka panjang yang cukup memberangsangkan.
“Kami bukannya kilang barang kemas sebaliknya kami memproses dan menyediakan jongkong emas 999.9 untuk dipasarkan kepada kilang barang kemas.”- Syed Mahadzir Fadaak
Alpha Nagara satu-satunya pembuat dan pengeluar logam di Malaysia yang mempunyai keupayaan untuk memproses semula emas terpakai dan emas mentah dan kemudiannya kami tambah nilai untuk menjadikannya emas 999,” ulasnya lanjut.
Pelaburan strategik ini tidak hanya membantu Alpha Nagara menggapai pencapaian yang baharu, malah ia juga menggambarkan komitmen persefahaman dari P2P Nusa Kapital, Rakyat Trustee Berhad, dan Alphacapital (M) Berhad dalam menunjang kemajuan sosial, teknologi, dan ekonomi Malaysia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bakal menjelang tidak lama lagi. Jadi, persiapan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut sudah semestinya perlu berada pada tahap maksima dan menuju landasan terbaik bersedia menduduki peperiksaan tersebut.
Bagi duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique, kedua-duanya menekankan soal kepentingan pelajaran.
Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah.
“Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.
“Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.
Menurutnya, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.
“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma, agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.
“Jadi, saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.
“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.
PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.
Bagi MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.
“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk pelajar juga terlalu banyak.
“Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting. Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.
“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.
“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.
PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.
Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi platform digital YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.
Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ptti.com.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!