Kes pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar lelaki tingkatan lima dalam kemalangan jalan raya pada Disember lalu kini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
Memetik portal Mstar, Majistret S. Punitha memutuskan demikian susulan permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.
Ketika ditemui selepas prosiding, Afzainizam berkata pemindahan kes dibuat mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.
Tambahnya lagi, tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
Tertuduh, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mohd Nazri didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta, Perak.
Ads
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar.
Selepas melalui lapan minggu penuh cabaran, hujung minggu lalu Tilmiz Amnan, 23, diangkat sebagai juara Akademi Qurra’ 2024 yang disiarkan secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah.
Kemenangan itu melayakkan Amnan atau nama sebenarnya Muhammad Amnan Muhammad Sani membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000. Tilmizah Syahira atau Nur Syahira Saiful Adli pula menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM10,000, manakala Tilmizah Sofea mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.
Tilmiz Amnan yang ditemui sejurus usai rancangan tersebut berkata cabaran berbeza yang diterima setiap minggu merupakan sesuatu yang amat berharga buat dirinya dan tidak menjangkakan kemenangannya pada malam tersebut memandangkan rakan-rakan lain turut memberi persaingan yang hebat.
“Niat utama saya bukanlah kemenangan, tetapi hendak belajar dan program ini merupakan usaha atau dakwah kecil saya,” ujarnya yang juga merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA Sarawak dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Pentas akhir Akademi Qurra’ 2024 menyaksikan Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah sekadar meraih hadiah sagu hati dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.
Dalam pada itu, Mudarrisah Nadia Hashim selaku tenaga pengajar memenangi Anugerah Mudarrisah Terbaik sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM3,000.
Bagi Anugerah Alunan Terindah pula diberikan kepada Tilmizah Syahira dan memenangi hadiah wang tunai RM500.
Akademi Qurra telah dihoskan oleh Raqib Majid di mana ia turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim. Pada peringkat akhir, juri jemputan termasuklah Erma Fatima.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena kedatangan bulan Ramadan, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv
Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang semalam.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam tahun berturut-turut. Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk.
Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan.
“Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.
“Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk akan diadakan di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini . Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024, sila layari www.rasa.my atau hubungi majalah RASA 0196328758.
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.
Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Hati ibu mana yang tidak bersedih apabila zuriat yang dikandung selama sembilan bulan pergi dahulu mengadap Illahi sebelum dirinya. Itulah yang dapat digambarkan perasaan penyanyi dangdut, Sheeda apabila anak ketiganya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin meninggal dunia jam 11.30 pagi semalam.
Malah, penyanyi Bienda, 39,turut berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya, Allahyarham Nur Fazlinda Ahmad Fazli atau Alin, 24, pada jam 11.30 pagi di laman Instagram miliknya.
Menurut Bienda atau Nor Razlinda Razli yang juga merupakan anak kedua penyanyi dangdut, Sheeda itu membuat perkongsian berita duka berkenaan di akaun Instagram miliknya.
“Selamat jalan ‘Bidadari Syurga’ kami.
“Innalillahiwainailahirojiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali.
“Al-Fatihah buat adinda saya Nur Fazlinda Ahmad Fazli yang baru saja menghembuskan nafasnya pada jam 11.30 pagi tadi (semalam).
“Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,” tulisnya.
Sambung Bienda lagi, jenazah Allahyarham adiknya itu dibawa ke Masjid Zaid Bin Haritsah, Gombak dan arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar semalam.
Penyanyi dangdut Sheeda turut membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun Instagram miliknya.
Allahyarham Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika berusia 13 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli. Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16.