Ujian berat buat Amyza Aznan, luluh hati seorang ibu melihat keadaan anaknya di atas kerusi roda. Tetapi ini bagi mengelakkan kaki Adrian Adam menjadi lebih teruk.
Guna Kerusi Roda Nak Hadkan Pergerakan
Risau kaki anaknya membengkak, sebab itulah Amyza menyuruh anaknya guna kerusi roda, namun Amyza, 49, bagaimanapun mendedahkan Adrian pada awalnya menolak cadangan tersebut kerana menganggap dirinya masih kuat dan mampu bergerak sendiri.
“Dia tak nak (kerusi roda), nak berdikari dan tidak mahu bergantung pada kerusi roda
“Memang betul tapi saya nak kurangkan pergerakan dia takut lagi teruk bengkak.
“Kalau dia rasa nak berjalan, pergilah. Tapi nak jalan dalam pusat beli-belah, takkan nak berjalan sebab itu dapatkan juga kerusi roda,” katanya lagi.
Ads
Elakkan Kaki Adrian Adam Jadi Lebih Teruk
Ditanya mengenai tahap kesihatan mental buat masa ini, pelakon drama Rindu Kasih itu mengakui masih lagi menitiskan air mata kerana terlalu merindui anak sulungnya yang telah pergi menghadap Ilahi.
“Saya gila-gila masih macam dulu, itu diri saya sebenar dan cara lupakan.
Ads
“Cuma perasaan rindu kehilangan tak boleh dibuang sehingga sekarang.
“Sejujurnya setiap hari masih teringat anak, sudah semestinya saya menangis,” jelasnya.
Sebelum ini, anak sulung Amyza iaitu Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 23 Februari lalu.
Amyza dan keluarga turut diuji sekali lagi apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.
Sekadar info, Adrian difahamkan bakal menjadi salah seorang bintang Talk To My Manager 2 bersama Amyza namun terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatannya.
Difahamkan, Adrian kini sedang rawatan alternatif bagi mengubati penyakit itu.
Naluri seorang ibu nyata mengatasi segala ketakutan apabila seorang wanita nekad meredah asap tebal demi menyelamatkan anak bongsunya dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Padang Mawar, Kok Mak, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, Siti Nur Farhana Keaw, 38, berdepan detik mencemaskan apabila mendapati rumahnya sedang terbakar sebaik tiba di kediaman bersama dua anaknya menaiki motosikal.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat api sudah marak di bahagian dalam rumah sebelum menyedari anak bongsunya yang berusia tujuh tahun masih berada di dalam bilik tidur.
Tanpa berfikir panjang, dia terus masuk ke dalam rumah walaupun keadaan ketika itu dipenuhi asap tebal.
“Saya masuk tengok dalam bilik dah penuh asap. Saya buka tingkap dan masuk mencari anak saya. Memang saya tak nampak apa dah, cuma gagau-gagau sampai dapat tangan anak saya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Lebih mendebarkan, hanya beberapa minit selepas berjaya keluar menyelamatkan anaknya melalui tingkap, tingkap bilik tersebut dilaporkan meletup akibat bahang api yang semakin marak.
“Saya terus bawa dia keluar ikut tingkap. Dalam lima minit selepas kami keluar, tingkap bilik itu terus meletup,” katanya lagi.
Kisah keberanian wanita itu nyata menyentuh hati ramai kerana sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi memastikan anaknya selamat dalam insiden kebakaran rumah tersebut.
Dalam situasi panik dan dipenuhi asap tebal, Siti Nur Farhana mengakui dia langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri ketika masuk ke dalam rumah.
Apa yang bermain di fikirannya ketika itu hanyalah mahu menyelamatkan anaknya yang masih tidur di dalam bilik.
Namun dalam usaha menyelamatkan diri, dia dan anaknya turut mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika keluar melalui tingkap rumah berkenaan.
Walaupun berjaya menyelamatkan anak, semua barangan termasuk dokumen penting gagal diselamatkan kerana api merebak terlalu pantas.
“Kad pengenalan, beg dan barang lain semua tak sempat ambil. Dalam sekelip mata saja habis terbakar,” katanya dalam keadaan sedih.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Besar, PBK I Marziadi Mahmud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran rumah tersebut pada jam 6.01 petang.
Susulan itu, anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman api.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, anggota bomba menggunakan dua aliran hos dan empat pancutan air daripada tangki jentera untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak.
Keadaan api yang marak menyebabkan sebahagian besar rumah gagal diselamatkan.
Setakat ini, punca sebenar kebakaran rumah tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa termasuk jumlah kerugian dialami keluarga berkenaan.
Kisah keberanian Siti Nur Farhana mula mendapat perhatian ramai selepas video dan gambar kejadian tular di media sosial.
Ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan seorang ibu yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak dalam situasi cemas.
Tidak kurang juga yang memuji tindakan pantas wanita itu kerana kemungkinan besar nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan jika dia terlambat beberapa minit.
Hakikatnya, naluri seorang ibu sering kali membuatkan mereka menjadi luar biasa ketika anak berada dalam bahaya.
Dalam banyak kejadian kebakaran rumah, antara perkara paling menyedihkan ialah kehilangan tempat berteduh dan segala harta benda yang dikumpul bertahun-tahun.
Namun bagi ibu ini, apa yang paling penting adalah keselamatan anak-anaknya.
Tragedi tersebut juga menjadi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa memastikan aspek keselamatan rumah berada dalam keadaan baik termasuk penggunaan elektrik dan laluan kecemasan.
Dalam masa sama, ramai turut berharap keluarga ini diberikan kekuatan untuk melalui ujian berat selepas kediaman mereka musnah hampir sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
Sudah tiba ajalnya, mangsa kemalangan iaitu allahyarham Adli Hakim Akberdin, 24, dikatakan merancang untuk bernikah selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang tahun depan.
Lebih memilukan, pasangan yang bakal menjadi isterinya juga parah dalam tragedi itu iaitu Athirah Najwa Mohd. Tajul Ashikin, 27.
Menerusi Astro Awani, bapa mangsa yang juga peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, 62, berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga selepas graduasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
“Arwah yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang itu merancang bertunang dan bernikah dengan Athirah yang turut saya kenali sejak beberapa tahun lalu.
Akberdin berkata, keluarganya akan terus mendoakan kesembuhan wanita itu yang dilaporkan sudah sedar daripada koma dan mula bertanyakan mengenai kejadian berkenaan.
Menurut perkongsiannya, dia memang amat mengenali gadis itu kerana dia adalah kawan baik anaknya sejak tiga atau empat tahun lepas.
“Ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan berharap Athirah yang parah segera diberi kesembuhan,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
Adli Hakim antara tiga pelajar lelaki UIAM yang maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Karak, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.
Sekadar info, jenazah Allahyarham Adli Hakim selesai menjalani proses bedah siasat dan dibawa ke Masjid Seksyen 7 untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh ratusan jemaah sebelum disemadikan pada 6.05 petang semalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tragedi kemalangan libatkan 4 beradik kandung ke sekolah, sebelah kaki Mas Siti terpaksa dipotong. Seorang ibu harus menerima takdir yang telah tertulis buat anak perempuannya, Mas Siti Rosnani Rosli, 7 yang kehilangan sebelah kaki selepas terlepas terlihat nahas ngeri bersama tiga saudara kandungnya semalam.
Kaki kanan Mas Siti Rosnani Rosli, 7 tahun terpaksa dipotong sehingga paras peha bagi mengelak komplikasi lebih serius selepas berlaku pembekuan darah selain tisu serta isi daging pada bahagian berkenaan sudah mati.
Bapa saudaranya, Nadzri Abdullah, 51, berkata, Mas Siti Rosnani Rosli selesai menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian pada Selasa dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan di mana doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengelakkan komplikasi lebih serius terhadap kanak-kanak ini yang terlibat nahas bersama tiga abangnya di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu–Kuala Krai di Kampung Pek, Machang ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi semalam.
Semalam media melaporkan ibu kepada empat beranak ini pengsan berkali-kali selepas mengetahui keempat-empat anaknya yang menunggang motosikal C100 terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Honda Jazz dipandu seorang guru berusia 39 tahun.
Dalam nahas ngeri itu, Muhammad Muskir,14, yang hancur tulang kedua-dua belah pahanya dijadualkan memasang besi di kedua kakinya. Dua lagi adik-adiknya Muhamad Hakikat Abdul Rahman, 9, patah paha kanan dan Muhammad Zulhaqif Muhamad Zulkifli, 12, patah paha kanan serta pecah gusi namun keadaan mereka dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSIP,” katanya.
Sementara itu, Nadzri berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keadaan mangsa yang kini sedang dirawat di hospital.
“Saya harap semua pihak dapat mendoakan kesembuhan mereka,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berusia 15 tahun, seorang pelajar perempuan kena tikam di kantin sebuah sekolah menengah di Banting di sini selepas membeli roti. Takut dengan budaya budak zaman sekarang, ada salah faham atau rasa tidak puas hati terus main pisau!