Ads

Surat Kepada Tun Dr Mahathir Dibalas, Wanita Ini Teruja 5 Soalan Peribadinya Dijawab

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir

Baru-baru ini seorang wanita teruja apabila surat yang dikirimkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang lima soalan peribadi pada 9 September akhirnya mendapat balasan.

Surat Kepada Tun Dr Mahathir Dibalas

Surat Kepada Tun Dr Mahathir Dibalas, Wanita Ini Teruja 5 Soalan Peribadinya Dijawab

Lebih menyentuh hati, balasan tersebut diterima pada ketika negara sedang melalui suasana dukacita susulan pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026.

Menerusi perkongsian di Threads @nrl_abrhm, wanita berkenaan berkata dia sebelum ini mengirimkan surat kepada Tun Dr Mahathir yang mengandungi beberapa soalan peribadi.

Wanita Ini Teruja 5 Soalan Peribadinya Dijawab

Surat Kepada Tun Dr Mahathir Dibalas, Wanita Ini Teruja 5 Soalan Peribadinya Dijawab

Antara persoalan yang diajukan ialah apakah kenangan paling manis dan pahit dalam kehidupan Tun Dr Mahathir.

Dia turut bertanyakan mengenai cabaran terbesar yang pernah dihadapi ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia, selain perkara yang paling membimbangkan sekiranya berlaku kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Wanita itu turut meminta nasihat Tun Dr Mahathir kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan muda sepertinya.

Ads

Dalam surat balasan tersebut, Tun Dr Mahathir memberikan jawapan ringkas kepada setiap persoalan yang diajukan.

Kenangan Manis Paling Diingati

Bagi kenangan manis, beliau menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai antara kenangan yang paling diingati.

Manakala kenangan pahit pula adalah apabila parti beliau menolak nasihat yang diberikan.

“Kenangan manis apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kenangan pahit apabila parti saya tolak nasihat saya,” Tulisnya.

Cabaran Terbesar Ketika Menjadi Perdana Menteri

Surat Kepada Tun Dr Mahathir Dibalas, Wanita Ini Teruja 5 Soalan Peribadinya Dijawab

Ketika ditanya mengenai cabaran terbesar sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir menyifatkan tanggungjawab tersebut sebagai usaha untuk melaksanakan tugas sepenuhnya tanpa terlibat dengan rasuah.

Ads

“Cabaran terbesar ialah membuat kerja sepenuhnya tidak terlibat dengan rasuah,” tulisnya.

Apakah Perkara Yang Dibimbang Tun Pada Masa Akan Datang

Lebih menarik perhatian ialah jawapan Tun Dr Mahathir ketika ditanya perkara yang membimbangkannya sekiranya berlaku kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Beliau menjawab dengan ringkas bahawa kebimbangan tersebut adalah kemungkinan negara kehilangan kedaulatan dan dijajah semula.

“Kita hilang negara dan dijajah semula,” tulisnya ringkas.

Ads

Pesanan Buat Generasi Muda

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir turut menitipkan pesanan ringkas kepada rakyat Malaysia agar sentiasa taat dan setia kepada negara.

Anda mungkin berminat dengan

“Taat dan setia kepada negara,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberikan satu lagi pesanan supaya rakyat Malaysia tidak terlibat dengan rasuah.

“Jangan terlibat dengan rasuah,” pesannya.

Ringkas jawapannya namun dapat bayangkan intonasi Tun M dalam surat tersebut. Apa pun, semoga sedikit perkongsian ini dapat menyampaikan beberapa pesanan serta nasihat daripada Tun Mahathir kepada rakyat Malaysia.

Di penghujung perkongsiannya, wanita ini sempat menitipkan rasa penghargaan terhadap Tun pada negara dan mendoakan yang baik-baik. Tulisnya, “Terima kasih Tun yang telah banyak berbakti dan menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang disegani di mata dunia. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Tun selalu. Amin YRA.” 

Semoga dengan perkongsian soalan dan jawapan daripada Tun M ini dapat menyedarkan generasi muda hari ini untuk mencintai negara dan menjadikan kita rakyat yang berjiwa besar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

keganasan rumah tangga

“Rumah Sepatutnya Tempat Selamat” – KPWKM Tekankan Pemulihan Mangsa Keganasan Rumah...

Keganasan rumah tangga bukan sekadar soal keselamatan fizikal. KPWKM tekankan pencegahan, perlindungan, intervensi dan pemulihan mangsa.