Hari Raya merupakan saat yang penuh kegembiraan, di mana setiap ahli keluarga dan rakan dapat berkumpul untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Bagi memeriahkan suasana, keperluan untuk tampil bergaya dan selesa semakin meningkat. Inilah masanya untuk melengkapkan penampilan anda dengan sepasang kasut untuk digayakan di hari istimewa.
Jenama kasut tempatan, XES Shoes, menjadi pilihan yang sempurna untuk memenuhi keperluan fesyen anda semasa Hari Raya. Jenama tempatan ini terkenal dengan kualiti dan rekaan trendy serta mesra poket.
Dengan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita, ia menawarkan gaya yang sesuai untuk setiap perayaan.
Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong, jenama ini turut memahami kepelbagaian citarasa dan gaya.
“Lebih istimewa, jenama ini menawarkan pembelian mengikut kategori yang terdiri daripada sepuluh kategori di laman sesawang rasmi XES Shoes.
“Bagi lelaki, terdapat pelbagai pilihan seperti jenis kasut kasual, sandals, sneakers, boots, dress dan loafers. Manakala bagi wanita pula, kasut seperti kasut tinggi, wedges, sandals, sneakers, flats, loafers dan kasual turut ditawarkan,” katanya.
Ketelitian Fesyen Wanita
Ads
Tambah Simpson lagi, kepakaran jenama ini dalam memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai keselesaan pemakaian kasut dapat diserlahkan dengan penjualan aksesori kasut seperti bahan penjagaan kasut dan sarung kaki yang dipasarkan di semua rangkaian cawangan.
“Ketelitian XES Shoes dalam penggayaan kasut ini tidak terhad kepada kasut sahaja, malah beg tangan wanita juga turut dipasarkan bagi memenuhi kehendak wanita untuk berfesyen selari dengan sifat wanita yang suka bergaya.
“Pilihan seperti sling bag, shoulder bag, canvas bag, wallet, pouch dan belt bag juga tersedia buat anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan, termasuk kasut formal, kasut kasual, dan sandal yang sesuai untuk pelbagai acara semasa Hari Raya ini.
“Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda pasti dapat menemui kasut serta beg yang sesuai dengan gaya peribadi anda,” katanya.
Jelas Simpson lagi, produk kebanggaan mereka pastinya menepati harga dan citarasa tempatan.
Promosi Raya
“Sekarang, XES Shoes sedang membuat ‘Promosi Kasut Raya Viral’ bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
“Kasut dari XES Shoes tidak hanya menawarkan keselesaan, tetapi juga menonjolkan keanggunan dan ‘style’ yang tersendiri. Dengan rekaan yang terkini dan bahan berkualiti tinggi, setiap pasang kasut adalah pelengkap yang sempurna untuk digayakan bersama baju raya anda.
Ads
“Dengan pembelian melebihi RM120, anda berpeluang untuk menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma! Tambahan pula, apabila pembelian anda melebihi RM180, anda tidak hanya akan mendapatkan sampul duit raya edisi terhad, malah turut menerima paper bag XES Shoes edisi terhad secara percuma,” katanya.
Simpson berkata lagi, sejak tahun 2018, XES Shoes tidak pernah lupa menjalankan pelbagai lawatan amal untuk mengagihkan bantuan kepada keluarga atau sesebuah organisasi yang memerlukan.
“XES Shoes juga telah melancarkan kempen “20sen Untuk Sesama” sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Usaha ini dapat dilihat apabila setiap pasang kasut yang berjaya dijual akan disumbangkan sebanyak 20sen kepada projek “Kongsi Rezeki Bersama XES”.
Kongsi Rezeki
“XES Shoes mempunyai sasaran untuk memberi bantuan daripada segi kewangan dan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah penjagaan serta golongan memerlukan yang lain.
“Sebagai jenama Malaysia, XES Shoes mahu menggalas tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat tempatan,” katanya.
XES Shoes merupakan sebuah jenama Malaysia yang telah ditubuhkan selama 22 tahun sejak 2002.
Bermula dengan sebuah cawangan di Wangsa Maju, kini XES Shoes mempunyai lebih daripada 140 rangkaian kedai di seluruh negara.
Berkat daripada keazaman yang tidak pernah mengenal erti putus asa telah membuatkan XES Shoes berjaya menempatkan nama di kemuncak persaingan sengit antara jenama-jenama kasut tempatan.
Pencapaian XES Shoes sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila jenama ini telah diiktiraf sebagai Most “Malaysian Brand”Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia’s Choice Award.
Berbekalkan semangat juang yang tinggi serta pengetahuan dan kemahiran dalam pembuatan kasut, XES Shoes bertungkus-lumus untuk memastikan kualiti kasut mereka terjamin dengan menawarkan harga yang berpatutan selari dengan matlamat untuk menjaga mutu produk serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Video Pak Mat Western parodi versi Tamil dipuji, ramai mengalir air mata isteri didera mentua dan suami. Idea luar biasa dari kebiasaan. Jika sebelum ini produk kambing perap Pak Mat Western sering menampilkan pelakon-pelakon terkenal tanahair khususnya pasangan suami isteri tetapi kali ini mereka menampilkan pelakon wajah “awam” untuk mempromosikan kambing perap mereka.
Namun apa yang menariknya, ia dibuat dalam versi Tamil di mana mengisahkan seorang isteri didera emosi dan fizikalnya oleh suami dan mentua. Sinonim mentua kepochi dan suami yang hanya mengikut cakap emaknya (drama-drama Melayu juga cliché tentang hal sama).
Video Pak Mat Western Parodi Versi Tamil Dipuji
Tak sah tanpa tumbuk dan tendang berbunyi, nampaknya video yang sudah ditonton lebih sejuta orang ini juga memasukkan elemen Tamil yang sangat disukai ramai.
Lebih menarik, dalam mempromosikan kambing perap keluaran mereka, kesemua pelakon terdiri dari orang Melayu dan bukan berbangsa India. Paling best kesemuanya berjaya menghafal skrip Tamil dengan sangat lancar dan sebutan juga betul.
Ramai Mengalir Air Mata Isteri Didera Mentua & Suami
Lakonan isteri didera mentua dan suami nampak real hingga ramai menjuraikan air mata tetapi part paling best tentunya bila hero datang iaitu abang kepada isteri didera. Berdasarkan komen orang ramai, mereka benar-benar bersedih dan masa yang sama tak mampu menahan ketawa melihat pelakon dalam video ini.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan rasa sayunya sempena ulang tahun perkahwinan yang keenam.
Personaliti yang mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin pada 11 Januari 2015, pernah menjalani rawatan kesuburan (IVF) November lalu, namun hanya selepas seminggu dilaporkan hamil, dia mendedahkan telah mengalami keguguran.
Siti Elizad Masih Menanti Kehadiran Cahaya Mata
Perkongsian Elizad menerusi laman sosialnya, ternyata menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang rata-rata mendoakan pasangan itu mendapat cahaya mata secepat mungkin.
Pada hantaran tersebut Elizad begitu sayu setelah enam tahun mendirikan rumah tangga namun dia masih belum memberikan zuriat buat suami tercinta.
Malah hasratnya untuk mendiami rumah yang dibeli pada tahun 2018 itu bersama suami dan anaknya tidak kesampaian, setelah mengalami keguguran.
“Kami beli rumah ini pada tahun 2018 dengan harapan setelah ia siap pada tahun 2021, kami ada zuriat sendiri.
“Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku dan isteri awak ini terpaksa jadi ‘baby kecil’ untuk meriahkan keluarga kecil kita.
“Harap awak tak bosan dengan saya, memandangkan isteri awak ini belum ada rezeki nak beri awak zuriat sendiri.
“Selamat ulang tahun keenam sayangku. Terima kasih selalu layan, sabar dan lindungi saya. Insya-ALLAH kita sama-sama doa dan terus berdoa lagi,” tulisnya.
Siti Elizad Akan Teruskan Rawatan IVF
Mengimbas kembali selepas keguguran, Elizad lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, dengan memberi fokus pada kerjaya di konti radio dan lakonan.
Apapun, Elizad akan tetap meneruskan kaedah IVF itu sehingga impiannya untuk bergelar ibu jadi kenyataan dan dimakbulkan Allah selepas berusaha dan bertawakal.
Setianya Mark Adam Pada Isteri. Allahu bertuahnya badan isteri kepada penyanyi Mark Adam kerana suaminya sangat setia. Perkara itu diluahkan sendiri oleh Mark ketika ditemubual di Majlis Rumah Terbuka FYP dan Indigital baru-baru ini.
Malah Mark juga sentiasa mengingati pesanan bapanya di Filipina agar tidak menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan. Jika Mark berbuat demikian bapanya sanggup memutus hubungan dengan anaknya itu.
Setianya Mark Adam Pada Isteri
Sememangnya isteri Mark begitu beruntung ini kerana Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah memilih untuk mencintai Ezan seorang saja sejak berkahwin pada 2003.
“Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.
“Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.
“Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya,” ungkap Mark dalam nada serius.
Setakat ini Mark dan Ezan belum beroleh rezeki cahaya mata sepanjang dua dekad mendirikan rumah tangga. Ezan juga adalah pengurus sepenuh masa kerjaya seni suaminya.
“Saya Pilih Seorang”
Mark turut menerangkan bapanya menjadi contoh terbaik kerana hanya setia dengan seorang wanita.
“Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang.
“Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji,” luahnya.
Mengusik tentang perkembangan seninya, Mark sedang cuba mencari masa yang sesuai untuk tampil dengan karya baharu dan berkongsi dengan peminat.
Malah pada tahun lalu, bintang yang pernah popular dengan lagu Pencuri itu sepatutnya mengadakan sebuah showcase istimewa sempena 10 tahun berada dalam industri.
“Saya memang rindukan dunia nyanyian dan kalau boleh nak aktif macam dulu. Cuma saya tidak boleh tamak dan kena realistik situasi saya sekarang yang lebih banyak dapat peluang dalam bidang lain.
“Apa-apa pun, InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan tampilkan single baharu. Sebelum ini saya sudah siap rakam beberapa buat lagu dan ia ada dalam simpanan.
“Sepatutnya pada tahun lalu saya buat showase sempena 10 tahun dalam industri, tetapi disebabkan kekangan masa dan beberapa faktor lain ia tidak dapat diadakan,” jelas Mark.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...