
Zarina dedah pernah terima nasib seperti Zahirah. “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia” itulah luahan dari selebriti sensasi Zarina Anjoulie. Seperti yang diketahui umum, Zarina pernah berkawan rapat dengan Fathia.
Terbaru Zarina tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia ketika mereka masih berkawan.
Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah
Zarina atau lebih popular dengan sapaan Anju menerangkan salah satu sikap Fathia yang kurang disenangi adalah suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk.
Dek kerana perangai Fathia yang busuk hati menyebabkan Anju putuskan hubungan persahabatan.
“Dulu saya pernah kawan dan gaduh dengan dia…
“Disebabkan perkara ini. Kalau lihat video itu, anda boleh nampak busuk hati dia, sebab itu saya berhenti berkawan dengannya.
“Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat sebab followers dia tinggi.
“Lima tahun saya melihat dia tiada perubahan,” luah Anju.
“Saya Terkejut Dia All Out Kecam Zahirah”
Menerusi rakaman video siaran langsung di Instagram, Anju menambah dirinya pernah terima nasib yang sama dengan Zahirah MacWilson namun dirinya engga berkongsi lebih kepada umum.
Anju turut menambah Fathia masih sama seperti individu yang dikenali lima tahun lalu dan tidak berubah sikap
“Saya terkejut dia all out kecam Zahirah.
“Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tidak percaya.
“Masa akan tiba sebab orang macam dia tidak boleh nak sorok perangai itu lama-lama,” kongsinya.
Seperti yang diketahui sebelum ini Fathia mengecam Zahirah yang berwajah seperti pembantu rumah atau bibik yang menjadi bualan netizen.
Baca Disini : “Semuanya Fitnah Semata-Mata. Lagi Kakak (Zahirah) Tengah Mengandung Sekarang” Ibu Sedih Bila Anak & Menantu Dihina
Sumber Foto Kredit : Instagram Fatiya Latiff & Instagram Zarina Anjoulie
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Martabatkan Budaya, Precious Of Malaysia Angkat Karya Rekaan Fesyen Terbaik Terbang Ke Paris

Martabatkan Budaya, Precious Of Malaysia bawa para pemenang ke Paris. Penganjur acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) yang berlangsung di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, bakal membawa para pemenang ke Paris pada tahun depan.
Martabatkan Budaya Malaysia
Menurut penganjurnya Jonathan dan Farel Mikhail dari FM Group, usaha ini adalah untuk terus memartabatkan budaya Malaysia ke luar negara sekaligus memberi peluang kepada pereka muda untuk terus berkarya menghasilkan yang terbaik.
“Kami tidak mahu kemenangan mereka hanya berakhir dalam pertandingan ini, sebaliknya kami merancang membawa rekaan mereka ke Paris. Kalau ikut perancangan yang disusun dan telah mendapat persetujuan, mereka akan ke Paris pada Jun tahun depan.
“Dalam program itu, para pemenang ini akan bawa rekaan fesyen mereka yang bertemakan budaya Malaysia ini ke sana. Beberapa program telah diatur dan akan diumumkan kelak.
“Ini satu peluang keemasan buat mereka apabila bakal memperkenalkan budaya Malaysia ke Paris. Dalam masa yang sama, pereka fesyen muda dari Paris juga akan menyertai Precious Of Malaysia.
Jonathan dan Farel Mikhail ditemui media di acara pertandingan fesyen Precious Of Malaysia – International Cultural Fashion Week (ICFW) di Menara Affin @ Tun Razak Exchange (TRX) baru-baru ini.
Persaingan Sihat Malaysia, Indonesia dan Filipina
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani merangkul juara sekaligus mengetepikan pesaing hebat lain iaitu naib juara Rashid Moshi, UiTM (tempat ketiga) dan Zuramir (tempat keempat).
Selain jenama-jenama tempatan, wakil dari negara luar iaitu Indonesia dan Filipina turut memberikan saingan sengit.
Kagum & Bangga Dengan Karya Rekaan Pereka Fesyen Muda
Bukan itu sahaja, menurut Farel Mikhail, pemenang diberi keistimewaan untuk memperagakan rekaan mereka di hadapan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang mencemar duli hadir ke Malam Gala Precious Of Malaysia yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Menara Affin @ TRX.
“Ini juga satu penghargaan buat para pemenang apabila dapat menampilkan hasil rekaan mereka di hadapan Sultanah Nur Zahirah nanti.
“Koleksi yang dibawa oleh peserta Precious Of Malaysia kali ini sangat mengagumkan. Sebenarnya agak terkejut juga dengan hasil rekaan mereka. Kami sangat bangga dengan pencapaian luar biasa mereka”.
Apa yang istimewa, Precious Of Malaysia disokong oleh Jabatan Warisan Negara dan Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya. Selain itu, antara penaja yang turut serta menyokong acara ini adalah Affin Bank Berhad, Vivo, Pavilion Damansara Heights, MyCar, Sunshine Asia Group, Famous Amos, Ascott Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Baca Disini : Motif batik & songket jadi elemen utama Variante. Fesyen sesuai wanita berhijab
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminjam Meninggal Dalam Keadaan Berhutang. Siapa Perlu Langsaikan, Penjamin Atau Waris?

Peminjam meninggal dalam keadaan berhutang. Siapa perlu langsaikan, penjamin atau waris? Apabila seseorang meninggal dunia, sebelum arwah dibawa ke tanah perkuburan untuk pengkebumian, waris yang berucap akan memaklumkan begini. Seandainya arwah ada berhutang, halalkanlah atau bertemu kami selaku waris untuk menuntut hutang tersebut.
Jika hutang dalam jumlah kecil, mungkin kita akan menghalalkannya kerana tidak mahu menyusahkan arwah di alam barzakh. Tapi kalau jumlah hutang itu besar tambah-tambahlah lagi kita menjadi penjamin hutang banknya, sama ada kereta, rumah, pendidikan atau perniagaan, ini yang harus kita tahu.
Peminjam Meninggal Dalam Keadaan Berhutang

SIAPA YANG PERLU BAYAR HUTANG ARWAH, WARISNYA ATAU KITA YANG MENJADI PENJAMINNYA? ATAU ADAKAH HUTANG DI BANK SELESAI BEGITU SAHAJA?
Ramai menyangka bahawa apabila peminjam meninggal dunia, hutang mereka akan lupus secara automatik. INI SALAH! Kerana bank tak akan sewenang-wenangnya melepaskan hutang yang telah ditandatangani dan penjamin adalah orang pertama berisiko untuk membayar hutang tersebut.
Pertama perlu diketahui jika hutang arwah itu ada perlindungan insuran seperti MRTA/ MRTT. Hutang akan langsai kerana dilindungi insuran.
Kedua, jika peminjam tiada insuran. Institusi kewangan akan menuntut dari penjamin sepenuhnya. Amat jarang untuk bank menghalalkan hutang sedia ada kerana ia termaktub dalam undang-undang sah.
Seandainya arwah mempunyai harta pusaka, maka waris wajib menggunakannya untuk langsaikan hutang agar tidak menganiaya penjamin.
Sebelum jadi penjamin, fikirlah implikasinya? Nampak mudah kerana mahu menolong kawan dan kita hanya perlu tandatangan sahaja tapi risikonya sangat besar.
Siapa Perlu Langsaikan, Penjamin Atau Waris?
Hutang Orang Lain Menjadi Beban Sendiri
Salah satu risiko paling besar ialah penjamin terpaksa membayar hutang yang bukan milik kita. Beratnya beban memikul hutang kerana nama kita mungkin akan disenarai hitam jika tidak membayarnya pula.
Jika penjamin tidak mampu membayar baki hutang peminjam, nama mereka boleh dimasukkan dalam senarai hitam CCRIS/CTOS dan dianggap sebagai peminjam yang gagal. Ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk:-
i) Memohon pinjaman peribadi atau perumahan pada masa hadapan
ii) Menggunakan kad kredit atau mendapatkan pembiayaan lain
iii) Membeli kenderaan secara ansuran
Kesannya, penjamin boleh terperangkap dalam masalah kewangan sendiri hanya kerana ingin membantu orang lain.
Lebih teruk, penjamin juga boleh diganggu oleh pihak bank dan pemungut hutang, walaupun mereka tidak pernah menggunakan wang pinjaman tersebut.
Risiko kehilangan aset peribadi kerana menjadi penjamin.
Jika pinjaman bernilai besar seperti pinjaman perumahan atau perniagaan, dan penjamin tidak mampu membayarnya, institusi kewangan boleh mengambil tindakan lebih agresif seperti:
Menyita aset penjamin seperti rumah, tanah, atau kenderaan.
Membuat potongan gaji melalui arahan mahkamah.
Memfailkan saman terhadap penjamin untuk mendapatkan bayaran penuh.
Akibatnya, penjamin bukan sahaja menanggung beban hutang peminjam, tetapi boleh kehilangan segala yang mereka miliki.
Kesimpulan
Menjadi penjamin hutang bukan perkara kecil – ia boleh membawa risiko kewangan yang besar, terutama jika peminjam meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan bayaran. Jangan kerana kawan, akhirnya menjadi lawan kerana ada banyak kisah penjamin menanggung hutang ditinggalkan oleh arwah.
i) Jika peminjam meninggal dunia, penjamin perlu membayar baki hutang sepenuhnya jika tiada perlindungan insurans.
ii) Jika penjamin gagal membayar, mereka boleh disenaraihitamkan atau berdepan tindakan undang-undang.
iii) Sebelum menjadi penjamin, fikirkan dengan serius dan pertimbangkan langkah perlindungan.
Berhati-hatilah sebelum bersetuju menjadi penjamin kerana ia bukan sekadar ‘bantuan kecil’ tetapi boleh menjadi beban kewangan seumur hidup!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Amal 5 Tip Tambah Berat Badan, Lepas Sebulan Berjaya Naikkan Sehingga 6 KG

Tip kurus memang bersepah-sepah mak-mak boleh jumpa. Tapi bukan semua mak-mak berhadapan masalah berat badan berlebihan. Macam mana pula mak-mak yang berusaha gigih nak naikkan berat tapi asyik gagal.
Puaslah kena tegur kawan-kawan sebab apa kurus sangat.. ‘makan hati’ ke apa. Sedihkan, bila kata-kata macam ini sampai ke telinga. Pedasnya menikam ke ulu hati.
Wanita bernama Siti Shairah ini buktikan yang dengan amalkan 5 tip tambah berat badan ini, beliau dapat menaikkan berat badan sampai 6 KG dalam masa sebulan. Tip sihat yang diamalkan ini boleh memberi idea pada mak-mak yang sedang dalam proses nak naikkan berat badan.
Ini Tip Tambah Berat Badan
Sebelum bermula, ini ukurannya:
Tinggi: 165cm
Problem with food: Tak suka susu, kekacang, & cheese. Dan selera kurang.
My concern: BMI underweight cause I tinggi.
Selepas membuat kajian berkenaan makanan tambah berat, dapatkan nasihat doktor dan saya ambil keputusan untuk buat jadual, tip mudah untuk capai target.
Doin this just to try & lets see the result!
Target : 58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)
Antara makanan yang menaikkan berat adalah makanan yang I senarai di atas (yang I tak suka. But I need to do something, cause i’m underweight!
So i start the next day!
1. SUSU FULLCREAM
Pagi & malam wajib minum susu atleast 1 gelas (sebab tak suka paksa juga). Full cream sebabkan tinggi protein & kibo. Berbeza dengan low fat & yang ada flavour macam choc. I minum brand dutchlady.
2. VITAMIN C
Makan vitamin c 1 capsules/day atau boleh skip selang 2 hari sekali. In 1week dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu I makan buah je bebanyak. Sedap pun sedap. Tapi on the day you take vitamin C tu, makesure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok.
Vitamin C is dietary supplemen, selain daripada untuk kulit dan sebagainya. Boleh bagi selera makan. Membuak rasa, asyik nak makan je. (I need this cause I jenis tank kecik, makan sikit kenyang, selera tak kuat sangat). So perlu vitamin C untuk membantu selera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Bila dah slera asyik nak kunyah je lah.
3. TIMETABLE MAKAN
Kene makan on time, makesure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah je bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dah telan nasi. Jap gi kunyah lah bende lain. Keropok-keropok ke aiskrim ke, coklat ke. Haa gituu.
4. FOOD TAKEN
Amik kekacang, soys, dairy milk, & cheese
Makan banyak kali.
5. REFER DOC
Disclaimer: Makesure chuols refer doc juga ya. Kalau dah underweight kadang sebab cacing juga. Cuba refer doc first okay.
Ini Hasilnya Lepas Sebulan
I’m doin this semalam genap 1 month! So nak share dgan chuols the result. Dan every week memang timbang & guna penimbang yang sama. The result memang unexpected!
Before start 48.5kg
1st week 50.2kg
2nd week 51.2kg
3rd week 52.3kg
4th week 54.5kg
Yeayyy!! Walaupun berat naik, I rasa lemak I tersekat diskala 2 iaitu di pipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, i’m happy with the result!
Alhamdulillah syukur i’m not underweight anymore! Yes! Goodluck chuols!
Jenis Makanan Yang Betul Untuk Tambah Berat Badan
Eh kau ni, kurus sangat la. Cuba la makan banyak sikit!”
Antara ayat yang paling banyak korang dapat kn orang kurus walaupun secara zahirnya nampak jee kurus, padahal bab melantak no 1. Tapi apa yang menyebabkan badan tak naik-naik?
So i nak share, sedikit tips untuk chuols, lebih-lebih lagi sesiapa yg kurus seperti terlalu banyak kerja dan tiada masa untuk makan.
Bagi orang yang terlampau kurus dan ingin menambahkan berat badan perlulah mengambil makanan yang betul, sebab ada sesetengah daripada chuols yg mngambil jalan pintas seperti take suplemen gemuk, pastu tak KKM approval pula tu!
So ini antara makanan yang menambah berat berat badan ok!
Sumber/Foto : Siti Shairah
Hanis Arif Kongsi Cara Konsisten Naikkan 5 KG Berat Badan, Yang Dipelajari Dari Personal Trainer
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI