Telatah pelakon Sharnaaz Ahmad dan anak kesayangannya, Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati para peminat dan sering ternanti-nanti posting anak beranak ini di laman sosial mereka. Tular baru-baru ini, anak beranak ini  bikin kecoh gara-gara beg anak kesayangannya hilang!

Kecoh cari beg sekolah Jebat Jayden raih 1.4 juta tontonan!

Telatah Sharnaaz Ahmad mencari  beg Jebat Jayden di seluruh rumah mencuit hati para pengikut di laman sosial miliknya  gara-gara Sharnaaz hampir ‘give up’ mencarinya.

“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya.

IKLAN

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aksi comel Jebat. Malah, kepetahan Jebat bercakap juga membuatkan pengguna laman sosial terhibur.

Apa yang lebih membuatkan warganet teruja adalah lakonan bersahaja yang ditunjukkan oleh Jebat Jayden. Aksi merajuknya sebab beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel.

IKLAN

Pasti ramai yang boleh ‘relate’ kekalutan seorang bapa menguruskan anak yang hendak ke sekolah apabila ada sahaja barangan persekolahan yang ‘hilang dari radar’. Malah keletah Jebat Jayden yang meminta 10 batang ais krim sebagai habuan untuk ke sekolah juga mencuit hati! Video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

IKLAN

Kecoh cari beg sekolah Jebat Jayden raih 1.4 juta tontonan!

Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya. Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan turut menawarkan habuan kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat. Sejauh manakah pencarian tersebut berjaya?

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI