Isu penjagaan Shakilla bersuara “kalau awak tak datang, anak tak mungkin akan datang cari awak. Hari ini, proses sulh di antara penyampai radio, Fizi Ali dan bekas isteri, Shakilla berhubung hak penjagaan anak tidak mencapai kata sepakat.
Fizi memaklumkan, permintaan memohon hak lawatan terhadap anak mereka, Ameena Sofia, 5 tahun tidak dipersetujui oleh bekas isteri. Memandangkan keduanya tiada kata sepakat, kes hadanah anak ini akan dibawa ke mahkamah.
Isu Penjagaan Anak, Shakilla Bersuara
Dalam pada itu, di mahkamah Fizi dikatakan menangis kerana terlalu rindukan anaknya. Bagaimana pun saat ditemuramah, Shakilla seakan menepis tanggapan bahawa dirinya bertindak menghalang bekas suami dari bertemu anak tunggal mereka itu.
Katanya, “kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak,” kata pelakon Shakilla Khoriri, 35.
Shakilla berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dirinya dikatakan menghalang bekas suami, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, 37, daripada bertemu anaknya, Ameena Sofia, 5.
“Kalau Awak Tak Datang, Anak Tak Mungkin Akan Datang Cari…”
Menurut Shakilla, dia juga tidak berpuas hati dengan komitmen diberikan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu.
“Sebagai bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan hilang begitu saja. Jangan ghaib.
“Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, hari ini.
Mengenai dakwaan dia menyekat nombor telefon Fizi, Shakila tidak menafikan perkara itu, tetapi ada alasan untuk bertindak sedemikian.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ (sekat) sebab ada campur tangan isterinya.
“Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya. Sebab ‘block’ saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” katanya.
Ditanya dakwaan Fizi ada menghubunginya banyak kali selepas tidak dapat bertemu anak pula, Shakilla menafikannya.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, itu semua tidak betul.
“Demi Allah, saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya sudah serahkan kepada peguam . Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana.
“Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya.
Hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Pada bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anaknya.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia,5. Selepas bercerai dengan Shakilla, Fizi berkahwin kali kedua dengan Siti Zulaikha, 31.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Dia Paling Cantik Di Mata Saya..” Perubahan Fizikal Isteri Tidak Pudarkan Cinta James Bond
Hamil Anak Kedua, Wanita Ini Mengidam Bersanding Sambil Diarak Keliling Kampung
“Kenangan Seumur Hidup..” Pengantin Lelaki Sebak Terpaksa BERSANDING Tanpa Isteri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI