Zarina dedah pernah terima nasib seperti Zahirah.  “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia” itulah luahan dari selebriti sensasi Zarina Anjoulie. Seperti yang diketahui umum, Zarina pernah berkawan rapat dengan Fathia.

Terbaru Zarina tampil mendedahkan perangai sebenar Fathia ketika mereka masih berkawan.

Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah

Zarina atau lebih popular dengan sapaan Anju menerangkan salah satu sikap Fathia yang kurang disenangi adalah suka membanding-bandingkan dan berprasangka buruk.

Dek kerana perangai Fathia yang busuk hati menyebabkan Anju putuskan hubungan persahabatan.

“Dulu saya pernah kawan dan gaduh dengan dia…

“Disebabkan perkara ini. Kalau lihat video itu, anda boleh nampak busuk hati dia, sebab itu saya berhenti berkawan dengannya.

“Bila saya lepak dengannya, dia asyik cakap saya rapat sebab followers dia tinggi.

“Lima tahun saya melihat dia tiada perubahan,” luah Anju.

“Saya Terkejut Dia All Out Kecam Zahirah”

Menerusi rakaman video siaran langsung di Instagram, Anju menambah dirinya pernah terima nasib yang sama dengan Zahirah MacWilson namun dirinya engga berkongsi lebih kepada umum.

IKLAN

Anju turut menambah Fathia masih sama seperti individu yang dikenali lima tahun lalu dan tidak berubah sikap

“Saya terkejut dia all out kecam Zahirah.

“Dulu saya nak jelaskan tapi mungkin orang tidak percaya.

“Masa akan tiba sebab orang macam dia tidak boleh nak sorok perangai itu lama-lama,” kongsinya.

Seperti yang diketahui sebelum ini Fathia mengecam Zahirah yang berwajah seperti pembantu rumah atau bibik yang menjadi bualan netizen.

Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia”

Baca Disini : “Semuanya Fitnah Semata-Mata. Lagi Kakak (Zahirah) Tengah Mengandung Sekarang” Ibu Sedih Bila Anak & Menantu Dihina

IKLAN

Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia”

Zarina Dedah Pernah Terima Nasib Seperti Zahirah “Sebab Itu Saya Berhenti Berkawan Dengan Fathia”

Sumber Foto Kredit : Instagram Fatiya LatiffInstagram Zarina Anjoulie

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI