Zaman poket kering, wanita bijak kena elak 35 kesilapan urus duit. Kenaikan harga barang membuatkan ramai yang pening kepala. Mana tidaknya baru saja terima gaji bulanan, tak sampai seminggu duit dah nak habis selepas tolak pelbagai bayaran komitmen.
Ditambah pula harga barang untuk memasak banyak yang sudah naik. Sekali pergi ke kedai RM50 pasti tidak cukup, lepaslah jika hanya nak beli minyak botol bagi 5kg berikutan tindakan kerajaan menamatkan subsidi minyak masak berbotol. Itu belum lagi jika kita membeli barangan dapur yang lain, memang pening kepala dibuatnya.
Memandangkan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.
Sememangnya kita akan menjadi buntu wang simpanan yang ada di tangan cepat betul ‘hilang’. Lazimnya jika sudah biasa berberbelanja, kita tak sedar berapa banyak pun wang sudah ‘dilaburkan’. Tahu-tahu hujung bulan dah termenung dibuatnya.
Semestinya panduan berkaitan dan ilmu diperlukan bila munculnya zaman poket kering ni. Semoga panduan ringkas yang dikongsikan oleh Tuan Azizi Ali Mentor Wang menerusi akaun Facebooknya tentang 35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN dapat dimanfaatkan terutama pada golongan wanita.
Baca Disini : Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua
PENTING! Wanita Perlu Ada Ilmu, Tahu Asas Uruskan Kewangan Sendiri Dengan Baik
Mingguan Wanita : Semoga Allah permudahkan rezeki buat kita semua.
Sumber : Facebook Azizi Ali Mentor Wang
Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.