
Zaman poket kering, wanita bijak kena elak 35 kesilapan urus duit. Kenaikan harga barang membuatkan ramai yang pening kepala. Mana tidaknya baru saja terima gaji bulanan, tak sampai seminggu duit dah nak habis selepas tolak pelbagai bayaran komitmen.
Ditambah pula harga barang untuk memasak banyak yang sudah naik. Sekali pergi ke kedai RM50 pasti tidak cukup, lepaslah jika hanya nak beli minyak botol bagi 5kg berikutan tindakan kerajaan menamatkan subsidi minyak masak berbotol. Itu belum lagi jika kita membeli barangan dapur yang lain, memang pening kepala dibuatnya.
Zaman Poket Kering
Memandangkan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.
Sememangnya kita akan menjadi buntu wang simpanan yang ada di tangan cepat betul ‘hilang’. Lazimnya jika sudah biasa berberbelanja, kita tak sedar berapa banyak pun wang sudah ‘dilaburkan’. Tahu-tahu hujung bulan dah termenung dibuatnya.
Semestinya panduan berkaitan dan ilmu diperlukan bila munculnya zaman poket kering ni. Semoga panduan ringkas yang dikongsikan oleh Tuan Azizi Ali Mentor Wang menerusi akaun Facebooknya tentang 35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN dapat dimanfaatkan terutama pada golongan wanita.
35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN
- Bergantung kepada satu mata pendapatan
- Tak menyimpan wang
- Menyimpan wang yang terlalu sedikit
- Menyimpan wang hanya sekali sekala
- Tak ada Dana Rizab/Kecemasan
- Tak ada perlindungan insurans/takaful hayat
- Tak ada perlindungan insurans/takaful perubatan (medical card)
- Membeli polisi perlindungan insurans/takaful hayat yang salah
- Perlindungan insurans/takaful hayat yang terlalu kecil
- Membeli insurans yang tak penting
- Tak melabur
- Melabur terlalu sedikit
- Melabur tanpa ilmu
- Mempercayai kata-kata ejen pelaburan 100%
- Tak memantau prestasi pelaburan setelah melabur
- Melabur di instrumen yang salah
- ‘Melabur’ dalam scam
- Tak mahu menerima fakta apabila ‘pelaburan’ yang disertai dibuktikan sebagai scam
- Tak cukup diversification
- Over-diversification
- Tak bayar zakat
- Tak menderma
- Tak buat wasiat
- Membelanjakan wang ditempat yang kurang/tidak memberi manfaat
- Boros
- Berjudi
- Memberi pinjaman wang
- Meminjam wang untuk tujuan yang salah
- Meminjam wang yang terlalu banyak
- Menjadi penjamin
- Memulakan bisnes tanpa ilmu yang cukup
- Memulakan bisnes tanpa modal yang cukup
- Tak mahu menambah ilmu kewangan dan pelaburan
- Mengikut ‘nasihat’ kewangan dan pelaburan daripada sumber-sumber yang salah
- Tak membaca kandungan agreement dengan teliti.
Baca Disini : Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua
PENTING! Wanita Perlu Ada Ilmu, Tahu Asas Uruskan Kewangan Sendiri Dengan Baik
Tolong alert dengan pesanan ini ya.
Mingguan Wanita : Semoga Allah permudahkan rezeki buat kita semua.
Sumber : Facebook Azizi Ali Mentor Wang

Sumber Foto : Canva
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI