Sumber: Facebook Azizi Ali Mentor Wang

Wanita bijak tak ikut nafsu membazir, lebih baik tambah aset beli rumah kedua. Buat wanita di luar sana yang berkemampuan janganlah terlalu boros dan ikutkan nafsu dalam membeli.

Jik anda mempunyai sikap boros yang sukar dikawal kawallah segera. Orang yang bijak tidak akan membazir tetapi memikirkan untuk menambah aset. Jika kita dalam kesusahan aset yang ada mampu menyelesaikan masalah kewangan pada masa depan.

Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir,

Duit lebih boleh digunakan untuk tujuan yang bermanfaat seperti membeli rumah mengikut kemampuan anda terutamanya golongan wanita. Dengan membeli rumah merupakan salah satu cara menambah bilangan aset sedia ada. Ikuti nasihat seorang penulis, penceramah dan mentor kewangan peribadi #1 Malaysia, Azizi Ali tentang pembelian rumah kedua mengikut kemampuan anda dan juga membantu anda mengatur strategi kewangan yang bijak.

Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua 

“Belilah rumah kedua terbaik yang anda mampu beli (tetapi tinggallah berdekatan para jutawan lain)

“Di sinilah tempat yang anda patut membelanjakan wang. Dapatkan rumah yang baik di dalam kejiranan yang baik. Malah saya cadangkan anda membeli rumah kedua terbaik mengikut kemampuan anda.

“Mengapa?

“Pertama sekali, rumah adalah pengkalan kehidupan dan kebahagiaan anda. Ia juga perlu memberikan keselamatan dan ketenangan untuk kehidupan anda.

“Keduanya, ia merupakan ganjaran usaha dan penat lelah anda.

“Ketiga, ia akan memberi anda wang yang banyak apabila anda menjualnya kelak!

IKLAN

“Tetapi mengapa membeli rumah kedua terbaik dan bukan yang terbaik?

Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua 

“Sebabnya ialah kerana langkah ini akan memberikan anda wang yang lebih untuk perkara lain. Jika anda beli rumah yang paling mahal, bayaran bulanan gadaijanjinya pasti akan menjulang tinggi. Ia pasti akan membaham bahagian yang besar daripada pendapatan anda dan oleh itu, ia menghadkan pilihan anda.

“Salah satu strategi kewangan yang bijak ialah untuk mempunyai aliran wang tunai yang positif setiap masa. Ini akan (1) membolehkan anda untuk  mengambil peluang yang timbul, dan (2) membantu anda di masa perlu. Ini bermaksud yang anda perlu mempunyai baki wang yang banyak selepas membayar gadaijanji rumah setiap bulan. Itulah sebabnya saya sarankan membeli rumah kedua terbaik.

“Jadi, walaupun anda boleh mengubahsuai rumah untuk menjadikannya lebih besar, lebih cantik dan lebih selesa, buatlah dengan cara sederhana. Janganlah berbelanja RM50,000 atau RM500,000 untuk menjadikannya ruman terbesar di kawasan anda.

“Jika anda ingin sangat membelanjakan wang, belanja untuk melengkapkan ruang dalam rumah, bukan di luar.

“Contohnya, belilah penghawa dingin yang terbaik untuk setiap bilik. Atau pasanglah kabinet dan kelengkapan dapur yang terbaik. Ini bukan sahaja membuat rumah anda cantik tetapi juga menggembirakan isteri anda!

“Jadi apa yang perlu anda buat apabila anda mempunyai wang lebih atau mendapat durian runtuh? Pendek kata, apa yang perlu anda buat apabila anda bertambah kaya?

IKLAN

“Jawapannya adalah berpindahlah ke kawasan kejiranan yang lebih baik. Apabila kekayaan anda bertambah, berpindahlah ke tempat yang lebih baik. Dalam erti kata lain, tinggallah bersama orang yang berpendapatan sebanyak anda.

“Pada masa itu, rumah anda mungkin merupakan sebuah mahligai tetapi ia cuma salah satu daripada puluhan lagi mahligai yang ada di kawasan tersebut. Kemungkinan pencuri dan perompak menjadikan rumah, err, mahligai anda sebagai sasaran akan menjadi lebih rendah.

“Salah satu kebaikan sampingan yang anda akan dapat ialah jiran-jiran yang lebih berkualiti!” kongsi saudara Azizi Ali yang boleh menjadi panduan dalam mengurus kewangan kita terutamanya golongan wanita.

Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua 

Baca Disini : Kenapa Jual, Bukan Sedekah Barang Rumah Elok, Lebih Setahun Tak Digunakan

‘Tidak Mampu Sewa Rumah.’ Sembilan Bulan, 3 Beranak Ini Tinggal Dalam Bangsal

IKLAN

Beli Rumah Pertama, Apa Perlu Pertimbangkan? | MWTV 4 Disember

Wanita Bijak Tak Ikut Nafsu Membazir, Lebih Baik Tambah Aset Beli Rumah Kedua 

Mingguan Wanita : Selalu pening bila fikir tentang rumah kedua, semoga rezeki akan bertambah untuk kita memiliki rumah kedua.

Sumber: Facebook Azizi Ali Mentor Wang

Sumber Foto : Canva 

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI