‘Ya Allah, ingat cucu aku dah mati.’ Terlalu panik, tok hanya fikir selamatkan diri. Begitulah situasi yang dialami seorang nenek yang terlibat dalam tragedi banjir di Baling, Kedah, dua hari lalu.
Dalam usia 75 tahun, dia hanya mampu fikirkan untuk selamatkan diri dalam situasi genting sebegitu. Dia juga bayangkan cucunya yang hilang dari pandangan sudah tiada.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun yang turun padang ke Baling bagi membantu mangsa banjir di sana.
“Ya Allah, aku ingat cucu aku dah mati…”
Allahuakbar, laju air mata Puan Aminah Ahmad mengalir ke pipi sambil peluk erat cucu yang disangka dah hanyut semasa banjir dua hari lepas.
Ingat Cucu Aku Dah Mati
Puan Aminah, atau lebih suka bahasakan dirinya sebagai ‘Tok’, baru lepas solat Asar, kemudian beliau bancuhkan air untuk cucunya yang terlantar atas katil akibat demam. Keluar saja dari bilik cucu itu, rupanya air sudah mula masuk ke dalam rumah.
Dalam masa kurang dari 5 minit air paras buku lali sudah naik ke pinggang, Allahuakbar! Puan Aminah ceritakan dia amat panik waktu tu, lagipun beliau dah berusia 75 tahun, lalu hanya mampu fikir untuk selamatkan diri. Kalimah ‘Allah’ tak putus keluar dari bibir beliau.
Puan Aminah terpaksa berpaut di tiang luar rumah dalam keadaan kudratnya yang sangat terbatas. Bila anaknya tiba, perkara pertama beliau minta ialah sehelai kain untuk menutup aurat di bahagian kepala dengan sempurna. Subhanallah.
Sangat menyayat hati waktu tim sedang santuni beliau, tiba-tiba cucu yang disangka telah mati hanyut itu pegang bahu beliau dengan lembut dari belakang sambil sebut perlahan dengan nada sebak, ‘Tok’.
Ads
Sesaat Puan Aminah toleh ke belakang, terus beliau rangkul cucunya itu dalam pelukan erat sambil menangis teresak kedua-duanya.
Siapa sangka, masing-masing rasa bagai sudah bertemu pengakhiran, rupanya Allah Ya Jami’ satukan mereka semula hari ini. Subhanallah, Allahuakbar.
“Tok dah sediakan semua kelengkapan untuk mati, tok dah tua.”
Sungguh…terkedu dengan persiapan yang beliau lakukan untuk hadapi hari kematian, lengkap dengan kain kafan yang sudah disimpan kemas dalam almari, serta duit untuk pengurusan jenazahnya.
Tok Aminah ceritakan, “Sebenarnya sejak 3 hari sebelum bah (banjir) tu jadi, Tok rasa membuak sangat dada dengan rasa rindu nak jumpa Nabi Muhammad.
Ads
Banyak kali tok fikir rasa nak sangat jumpa baginda, nak minum air telaga baginda…bila dengar orang selawat Tok akan menangis.
Tok Hanya Fikir
Tapi Allah datangkan air bah ni, tok anggap mungkin dengan cara ni Dia nak bagi Tok jumpa Nabi.”
Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud walaupun diberi ujian yang dahsyat. Selalu bersangka baik dengan Allah, saya percaya sebab itulah hidupnya bahagia.
Semasa banjir memasuki rumahnya, bukan sedikit kehilangan yang terpaksa ditanggung, bahkan anak menakannya (anak saudara) juga hampir kehilangan nyawa bila air deras datang, wanita tersebut tak dapat selamatkan diri, tapi terpaksa berpaut pada tiang rumah.
Saat air semakin meninggi, beliau dihanyutkan ke pokok rambutan belakang rumah untuk berpaut. Baru saja nak berehat di pokok tersebut rupanya ada ular kapak sedang melingkar di dahan.
Selamatkan Diri
Akibat terkejut sekali lagi beliau dihanyutkan sehingga dapat berpijak di atas bumbung sebuah kereta yang tenggelam lalu selamatkan diri di atas bumbung sebuah rumah sehingga malam. Allahuakbar.
Namun alhamdulillah anak menakan Tok Aminah berjaya diselamatkan apabila bantuan datang dengan tali untuk turunkan beliau.
Ads
Tim ada maklumkan kepada Tok Aminah bahawa NGO Sahabat Amal Care adalah di bawah naungan Ustazah Asma’ Harun, kemudian dia teruja sambil ceritakan bahawa dia selalu mendengar ceramah saya lepas solat zohor pukul 2 petang di telefon.
Beliau juga katakan surah Al-Kahfi ialah surah yang sangat beliau cintai kerana selalu dengar kupasan berkenaan surah tersebut di page Ustazah Asma’ Harun. Subhanallah.
Jujurnya beliau seorang yang sangat menginspirasikan, akhlak terhadap Allah yang sangat dipelihara. Semoga Tok Aminah sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan diberi ganjaran syurga serta dibangkitkan bersama Nabi Muhammad SAW.
Sebelum berpisah, tim sempat mendoakan Tok Aminah dan memberikan sumbangan serta barang bantuan bagi keperluan beliau sekeluarga. Terima kasih kepada sahabat dermawan semua kerana menjadi asbab memudahkan urusan mereka yang terkesan dengan bencana.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
Asma’ binti Harun
Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care
………………………………………………………….
TABUNG KECEMASAN MANGSA BANJIR: https://toyyibpay.com/SahabatAmalCare
(Ansi System)
atau
PERTUBUHAN SAHABAT AMAL PRIHATIN NEGERI SEMBILAN
MAYBANK
555126543538 #UAHSahabatDuniaAkhirat #SahabatAmalCare
Mingguan Wanita : Berpantang maut sebelum ajal, alhamdulillah Allah satukan kembali Tok Aminah dan cucunya.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehadiran Ramadan kali ini benar-benar menyentuh jiwa seorang ibu yang kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Penyanyi terkenal tanahair, Nora Ariffin akui selain dunia sedang menghadapi Pendamik Covid-19, Ramadan tahun ini dilalui tanpa kehadiran anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan.
Selepas pemergiaan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer terkenal pada 24 Mac 2017. Nora juga turut kehilangan anak keduanya hampir lima bulan lalu iaitu Muhammad Syakir Alif atau lebih mesra disapa Alif, yang meninggal dunia pada 14 Disember. Alif meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah di kediaman mereka.
Foto: Instagram @itsnoraariffin
Banyak Kenangan Bersama Arwah
Akui Nora lagi pemergian Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini.
Namun @itsnoraariffin menerusi laman Instagram peribadinya sentiasa memohon doa kesejahteraan ke atas roh kedua arwah.
Kenangan bersama arwah suami.
“Hikmah PKP. Anak2 tak sekolah. Puasa dgn penuh pengisian & kesabaran. Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulliah….moga terus istiqamah sampai bila2. Doa utk papa & abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang disana. In Shaa Allah.”
“Salam Jumaat penuh barakah..
Yang pergi tak kan kembali.. Yang ada jangan terlalu gembira.. Yang pasti, hidup harus diteruskan….MOVE ON. TRUST ALLAH. He is the best planner. Hanya REDHA ALLAH yg dicari. Berserah…..dan Husnudzan pada Allah Moga dikurniakan apa yg terbaik utk kita.”
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Nora menyatakan dia bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.
“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan. Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” luah ibu penyayang ini.
Dinasihat Tidak Tunjukkan Kesedihan Pada Anak-Anak
Sambungnya lagi, dia juga dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak.
“Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
“Jadi, bagi menyelesaikan perkara itu, saya dan anak-anak bertemu dengan pakar psikiatri sebab saya sendiri pun tak pernah lalui situasi sebegini.
“Pada masa sama, saya juga ada merujuk ustaz dan ustazah bagi membimbing rohani kami untuk diseimbangkan dengan psikologi.
“Alhamdulillah, semua dah kembali kuat untuk teruskan kehidupan kami sekeluarga,” tambahnya.
Ini catatan ibu anak 3, Puan Rahimah Ahmad Akhirudin, tokey Gula-Gula Kurus yang terpaksa melalui detik getir dalam ‘labour room’ ketika bersalinkan anak bongsunya secara caesar (pembedahan). Biarpun ngilu membacanya, namun di hujungnya anda akan faham betapa besarnya pengorbanan seorang wanita ketika melahirkan.
Dari Mata Hati Seorang Ibu, Ikut Tingkap Kali Ke-3
“Anak pertama dan kedua keluar ikut tingkap. Jadi anak ketiga pun sama, awak pilih sahaja tarikhnya,” jelas doktor dengan tenang.
Aku tak tau nak menangis atau nak berlagak kuat. Siapalah boleh lupa kenangan pisau menusuk perut 7 lapis, disiat hidup-hidup demi melahirkan cahayamata kali ke-3. Serius ngiluuuuuu.
“Dan lagi satu, kalau rupa rahim tak elok, kita ikat mati je. Takut risiko untuk mengandung anak ke-4, boleh berlaku pendarahan,” bertubi-tubi pesanan doktor.
Mata ku mula kecil besar kecil besar. Badan makin tak berdaya, sungguh rasa terjelepuk macam nak pitam di situ juga. En somi dah mula bertanya soalan sains dengan doktor, fikiran ku pula melayang entah ke mana.
Tarikh keramat pagi 28 Julai 2011. Masih ingat lagi tatkala tubuh ini ditolak masuk ke bilik bedah. Kelihatan di satu sudut, tersusun rapi pisau bedah pelbagai saiz di atas tray. Ditepi nya seorang pemuda yang asyik mengelap satu persatu hinga terpancar kilauan tajam menusuk kalbu.
Memang prosedur sebelum dibedah, doktor bius akan beraksi dahulu. Saat inilah sebenarnye yang paling sakit, bila di cucuk di belakang, peritnya terasa hingga ke sum sum tulang. Auuuchhh.
Kepala ku mula terasa berat dan memeningkan. Loya ya amat hingga keluar muntah hijau, mujur doktor bius cekap menadah. Separa badan ku mula tidak memberi apa-apa reaksi, seperti hilang ibu jari kaki.
Ku lihat doktor bedah mula merapati ku. Membaca nama dan menerangkan situasi atas apa yang akan berlaku. Sempat juga aku mencelah.
“Doktor, jangan ikat mati peranakan saya, tanpa saya izinkan.” Itu sahaja yang terus bermain di kepala. Ianya lebih menyeramkan dari melahirkan si kecil ini. Aku tekad akan berjuang mati-matian tanpa tenggelam dalam kesakitan mahupun lambaian tidur.
Doktor mengangguk kepala dan terus mencapai satu demi satu pisau yang di hulurkan padanya. Segala itu belaku dibalik tirai putih, namun aku boleh bayangkan apa yang berlaku mengikut gerak tubuhnya. Cukuplah aku simpulkan ianya agak mencemaskan.
Walau pun begitu, aku gagal menahan air mata dari terus berderai satu persatu. Doktor bius tetap duduk disisi dan bertanya pening ke? Aku hanya diam membisu. Sebenarnya aku risau kondisi rahimku. Takut kena simpul mati.
Hampir 20 minit, memang boleh terasa banjirnya katil bedah tak bertilam itu dek sebaldi air mata ku. Sejuknya makin terasa. Doktor bius berbisik dan suruh aku bersabar, sikit lagi katanya.
“Tolak,” kata doktor pada assistant di sebelah. Bergegar rasa badan. “Sekali lagi. Lagi. Lagi.”
Ooooh mak, susah betul nak keluarkan baby yang kali ni. Seram jugak seingat yang pertama dan kedua cepat je dah dengar bunyi tangisan bayi.
Badan aku makin lemah. Mata dah makin kabur, namun ku gagahkan diri, takut disimpul mati.
Rasanya adalah lebih 10 kali percubaan assistant doktor ‘berguling’ dengan perutku. Rasa macam nak ku lututkan, mujur aku tak mampu mengangkat kaki, jika tidak nahas kau dikkk.
“Uweeeek,” tiba-tiba terdengar tangisan bayi menangis. Doktor masih tak berkata apa-apa, lelaki ke pompuan ke. Sihat ke. Bilik bedah itu terlalu senyap. Dan kemudian bayi tadi hilang dari penglihatan.
Aku masih pening. Namun ku gagahkan badan melawan ubat yang makin menenggelam aku ke lautan dalam. Perasaan ingin tahu dan risau makin kuat. Terasa ini satu penantian yang paling panjang,
“Rahimah, bahagian rahim awak masih ok, boleh untuk kali ke-4,” sebut doktor sebutir sebutir. Mungkin dia tahu aku dah makin lalok. Dan tatkala itulah air mata ku berderai laju tanda syukur pada Illahi.
Pertempuran di katil bedah ini berakhir dengan satu perasaan sedih dan gembira. Sedih untuk mengharungi berpantang sendiri tanpa mak, namun sujud gembira atas kehadiran bayi Imran dan tiada simpulan mati dalam diri ku lagi.
Yang ada hanyalah simpulan kasih sayang tak berbelah hati buat suami dan anak-anak tersayang.
Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani atau Dr Izzar yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera menasihati ambillah vaksin agar kita dapat melindungi golongan yang tak dapat ambil vaksin Covid-19.
Ini kerana vaksin merupakan cara terbaik untuk melindungi mereka dengan adanya ‘HERD IMMUNITY’ atau imuniti kelompok.
Dr Izzar Nasihat Ambillah Vaksin Lindungi Anak-Anak Kita
Dr Izzar yang juga bapa kepada dua orang anak ini telah berkongsi di akauan Instagramnya dan menasihati ambillah vaksin bagi mereka yang boleh.
“Sebenarnya ada golongan yang tak dapat ambil vaksin COVID-19 ni. Mereka adalah kanak-kanak, individu yang ada sejarah allergi teruk, ibu mengandung / menyusu (bergantung pada minggu kandungan atau vaksin yang ada), individu positif C-19 (sementara je), atau individu2 yang disarankan oleh Doktor yang merawat untuk tidak ambil vaksin atas faktor kesihatan.
“Ramai juga orang yang tak boleh ambil vaksin C-19. Bukan depa taknak, tapi tak boleh. Maka, senang la si C-19 nak serang mereka ni sebab tak divaksin. Cara terbaik untuk melindungi mereka ini adalah dengan adanya ‘HERD IMMUNITY’ atau imuniti kelompok
‘HERD IMMUNITY’ Sekurang-Kurangnya 70 Peratus Rakyat Negara Malaysia Perlu Divaksinasi
“HERD IMMUNITY ialah keadaan apabila virus C-19 tu payah nak menular sebab sebahagian besar dari kelompok (herd)/ masyarakat itu mempunyai daya ketahanan/immunity terhadap C-19 (iaitu dah divaksin). Untuk dapat Herd Immunity ni, sekurang-kurangnya 70% rakyat negara Malaysia perlu divaksinasi. (Sekarang baru 10%).
“Bayangkan orang balik kampung masa raya ialah Virus C-19 degil. Orang virus ni nak balik kampung jumpa mak dia (orang tak divaksin). Pastu kena tahan polis kat roadblock. Cuak orang virus ni sebab dia takleh nak lawan polis kan. Jadi orang virus ni patah balik n cari jalan lain nak ke kampung jumpa orang tak divaksin. Abam polis ni kira individu yang dah divaksin sebab dia kuat imuniti, dan menghalang virus dari pergi/ menjangkiti orang lain. Macam tu la konsep dia.
“Ok bayangkan kalau ada ramai polis/ orang dah divaksinasi kat Malaysia. Merata ada polis. Cuak beb virus degil tu taktau nak cari orang yang belum divaksin tu kat mana. Last-last virus tu mati keseorangan. Tak perlu roadblok dah pun masa tu sebab memang C-19 tak boleh nak cari makan. Melainkan orang virus tu tu varian baru (ada surat MITI palsu). Tu mungkin terlepas kat roadblock. Harap2 korang faham kisah / konsep ni.
Jika Ambil Vaksin, Kita Melindungi Orang Lain Yang Tak Boleh Divaksin
“Kesimpulannya, untuk memastikan anak2 kita semua selamat, kita kena capai Herd Immunity iaitu 70% populasi divaksin. Nak capai tu, ambillah vaksin bagi yang boleh. Jika ambil vaksin, bukan kita je dilindungi, malah kita melindungi orang lain yang tak boleh divaksin. Takyahla tolak2 vaksin ni ye,” kongsi Dr Izzar.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...