Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, pinjaman perumahan boleh jadi satu perkara yang begitu membebankan bagi segelintir isi rumah. Lagi-lagi yang terpaksa membuat bayaran pinjaman yang begitu tinggi jumlahnya selepas membeli rumah terlalu mahal.
Hakikatnya, pendapatan tidak lagi menentu disebabkan ujian kewangan yang menyakitkan. Justeru, bagaimana pula pinjaman perumahan itu bukan satu hutang rumah? Lelaki ini, Mohd Shukur (Pengurus Pengambilan Konsultan Baru di Zurich Takaful Malaysia Berhad) berkongsi pandangan.
HUTANG RUMAH
Mengambil pinjaman perumahan ( housing loan ) bukanlah satu hutang rumah.
Ianya adalah pinjaman wang dari future income anda.
Rumah itu hanyalah cagaran kepada pinjaman itu.
Sebab itu ianya dikategori sebagai ‘collateral loan’.
Apabila “income bulanan masa depan” itu tiba, sejumlah tertentu yang dipersetujui sebagai ansuran pinjaman mesti dilepaskan setiap bulan juga.
Jika anda tidak melepaskan jumlah itu dari income bulan ini dan seterusnya, ianya akan tertunggak dan semakin membebankan income masa depan yang bakal tiba nanti.
Jika anda kehilangan potensi future income untuk datang, seperti kehilangan pekerjaan atau kemerosotan perniagaan, dan tiada pula back-up saving atau liquid asset,
maka anda tidak boleh membayar jumlah hutang yang sepatutnya dibayar dari income masa depan anda.
Begitu juga konsep untuk kereta, ianya akan ditarik semula dan dilelong.
Jika anda memahami konsep ini, anda tidak akan memberi bebanan kepada future income anda dengan membeli yang terlalu mahal.
Konsep ini datang dari barat.
Mereka mencipta konsep taman perumahan, sistem pinjaman perumahan, interest dan bank.
Ads
Apabila pinjaman perumahan ini dibuat maka datanglah kos-kos lain yang mahal juga seperti kos-kos perjanjian loan itu , yuran guaman bagi pembiayaan, kos penilaian dan juga jika dah berumur akan terpaksa membayar tambahan lagi kos insurans yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Orang yang membeli rumah dengan tunai untuk rumah kediaman bukanlah langkah kurang bijak atau tak reti main saham @ investment, tetapi ianya adalah antara strategi penjimatan.
Orang yang mampu beli tunai untuk rumah pelaburan pula samada kini kadar sewaan jatuh pun, ianya tetap aliran tunai yang positif.
Namun jika mereka membuat pinjaman bank untuk rumah pelaburan, ianya bertujuan untuk menambah lagi bilangan hartanah pelaburannya.
Ads
Dengan kata mudahnya,
Jika anda memahami konsep ini, anda tidak akan memberi bebanan kepada future income anda dengan membeli rumah ( atau kereta ) yang terlalu mahal. (khususnya jika melalui pinjaman wang)
Antara mesej di atas ialah jangan beli yang terlalu mahal, sediakan savings @ emergency fund , aset cair sebagai back-up untuk menghadapi situasi jika ada “gangguan” future income untuk membayar ansuran pinjaman.
Nota Kaki :
Orang Melayu dulu-dulu bina rumah sendiri.
Jika mengupah tukang rumah, mereka membayarnya tunai. Barang-barang juga dibeli tunai.
Mereka tidak berhutang, apatah lagi hutang sepanjang hayat.
Mingguan Wanita :Sungguh! hidup bebas hutang adalah sebenar-benar kebebasan kewangan dalam hidup.
Sungguh tak tergambar dek akal fikiran, bilamana seorang mak yang lumrah sifatnya sepatutnya menyayangi dan melindungi anak sendiri sanggup melakukan perbuatan durjana ini. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Auckland ini, seorang ibu dipenjara enam tahun 11 bulan kerana menjual anak perempuannya sebagai hamba seks lebih 1,000 kali dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014.
5 Kali Sehari
Kasmeer Lata, 36, didapati bersalah berurusan dengan hamba dan meraih untung daripada perkhidmatan seks komersial daripada orang bawah umur kerana memaksa anaknya itu menjual badan sekerap 5 kali sehari kepada beberapa lelaki.
Dia datang ke New Zealand dari Fiji bersama anak-anaknya pada 2014 dan terus tinggal di negara itu selepas visa mereka tamat tempoh menyebabkan remaja terbabit tidak dapat bersekolah selain keluarga tiada pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja.
Jual Anak Pada Hari Jadi ke 15
Kasmeer pernah menjadi pelacur mula mencari duit dengan cara itu sebelum memaksa anaknya turut berbuat demikian apabila menjual remaja berkenaan kepada lelaki berusia 50-an pada hari jadinya ke-15.
Mangsa dikurung di dalam rumah selama setahun setengah malah pernah terpaksa menggugurkan kandungan sebelum diarahkan terus bekerja.
Pelanggan dikenakan bayaran kira-kira NZ$200 (RM570) dengan mencari pelanggan melalui iklan di Craigslist serta akhbar The NZ Herald.
Dia dianggar meraih untung kira-kira NZ$100,000 (RM285,000) hasil menjual anaknya dengan wang berkenaan digunakan untuk membayar sewa serta bil. Remaja itu akhirnya berjaya melarikan diri pada November 2016.
Susu segar boleh dikatakan keperluan barangan dapur di setiap rumah. Kebiasannya susu mempunyai label tarikh luput, untuk memastikan ia masih elok diminum dan tak basi mahupun rosak ketika dibeli.
Namun siapa sangka keputusan rangkaian pasar raya popular Britain, Morrisons mengumumkan akan memadamkan label tarikh luput pada sebahagian besar produk minuman susunya menjelang hujung bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.
Teknik Hidu, Elak Pembaziran
Bagi menggantikan label tersebut, pihak pengurusan akan menggunakan teknik tradisional iaitu dengan menghidu dan ia akan dilakukan oleh pelanggan itu sendiri.
Pelaksanaan ‘ujian menghidu susu masam’ itu dibuat bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan kerana mematuhi label tarikh luput sedia ada.
Pengguna Tentukan Keadaan Susu
Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain
“Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak.
“Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak,” kata salah seorang pembeli susu tetap di Morrisons, Ian Goode.
Mingguan Wanita:Susah juga apabila tiada label tarikh luput bila beli susu ni. Apatah lagi, kena guna teknik hidu pula dan agak-agak sendiri keadaan susu masih elok atau sebaliknya.
Sejak beberapa minggu ini, banyak sungguh laporan kehilangan wang di bank dilaporkan di media sosial. Wanita ini, Marlia Ramli juga pernah menerima transaksi 1 USD yang meragukan.
Biarpun nilainya kecil iaitu kira-kira RM4.55 saja. Namun, dari nilai yang kecil inilah pemilik akaun perlu lebih ‘alert’ dan ambil peduli. Segera ambil tindakan, hubungi pihak bank dan minta tukar kad bank segera.
Wanita ini berkongsi tip apa yang perlu dilakukan jika berdepan hal meragukan melibatkan wang di bank anda. Pesannya sentiasalah semak transaksi kewangan di bank setiap 2 ke 3 hari.
SENTIASA PANTAU
1) Masa orang heboh-heboh duit hilang di akaun bank, akak pun lalui jugak. Cuma cara akak, settle dulu baru bunyi.
2) Bukan hilang di akaun simpanan. Tapi ada kecurigaan transaksi kad kredit sebanyak 1 USD. Amaun kecik tetapi aneh.
3) Bila masa Kak Lopa buat belian 1 USD melalui kad kredit? Akak tertanya-tanya. Mai mana transaksi seciput 1 USD?
4) Jadinya akak bertenang. Call centre bank “tut”. Bank ni pun satu hal, lembab. Tiga kali call baru berjawab.
5) Kali ketiga of course akak dah mood tak baik. Akak komplen la nape susah sangat nak jawab call?
6) Tergagap-gagap officer minta maaf. Akak pun maafkan gitu je. Yelah, Nabi ampunkan umat apalagi kita kan?
7) Officer yang jawab terus bantu buat termination kad kredit. Jammed kejap! Akak ni orang business, bila tak de kad kredit ibarat tak de talian hayat. Jammed.
8 ) Akak terus cakap kalau replacement kad tak sampai dalam tempoh 10 hari akak terminate terus. Akak akan guna kad kredit bank lain.
9) Gelabah beliau. Dalam 5 hari kad kredit replacement dah sampai. Berserta notification di SMS dan email yang akak sekadar baca tapi tak reply sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan Pernah Anggap.. ‘Alah 1 USD Je Pun..’
10) Moralnya? 1 USD hanya RM4.55 je pun. Bagi orang bussiness anda mungkin tak perasan. Atau anda fikir “alah! 1 USD je pun!” Adapehal nak bising-bising kan? #apeni?
11) Tapi kalau fraud transaction dibiar, staff bank cakap ianya cuma trial. Scammer akan buat deduction lagi besar lepas tu. Dengan credit limit akak yang tinggi memang naya kalau kena.
12) Sebagai wanita yang cerewet soal duit ringgit akak memang sentiasa semak transaksi bank setiap 2-3 hari sekali. Setiap inci. Biar berhati-hati daripada makan hati.
13) Jangankan duit kat bank. Transaksi kad kredit pun berisiko tidak selamat. Jadinya SENTIASA PANTAU aliran keluar masuk wang anda.
Mingguan Wanita : Jangan pernah meremehkan apa-apa perubahan kecil sekalipun yang berlaku di bank. Sentiasalah ambil tahu dan ingat agar tidak terjebak untuk menekan mana-mana pautan link yang mencurigakan.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...