Biasanya pada sesuatu produk makanan atau minuman akan di sertakan sekali tarikh luputnya dan sama ada dinyatakan guna sebelum atau baik sebelum. Ramai yang tak tahu perbezaan kedua-dua tarikh luput ni. Sama ada masih selamat dimakan apabila tiba tarikhnya atau kena terus dibuang.

Untuk tahu lebih lanjut baca perkongsian ilmu sains makanan ini di grup Makmal Makanan (MaMa) yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim yang juga merupakan seorang Ahli Kimia dan Pensyarah Kanan dalam bidang sains makanan.

TARIKH LUPUT: GUNA SEBELUM vs BAIK SEBELUM

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.

Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

IKLAN

Pensyarah Ini Terangkan Perbezaan Tarikh Luput: Guna Sebelum vs Baik Sebelum

Guna Sebelum” (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

IKLAN

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengik disebabkan oksidasi) dan rasa (tengik, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

IKLAN

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Baca Lagi Di Sini:

Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan bila melihat tarikh luput makanan. Jangan terus buang tapi tahu bezakan guna sebelum dan baik sebelum sesuatu makanan dahulu.

Sumber: Dr Fatimah Salim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI