Susu segar boleh dikatakan keperluan barangan dapur di setiap rumah. Kebiasannya susu mempunyai label tarikh luput, untuk memastikan ia masih elok diminum dan tak basi mahupun rosak ketika dibeli.
Namun siapa sangka keputusan rangkaian pasar raya popular Britain, Morrisons mengumumkan akan memadamkan label tarikh luput pada sebahagian besar produk minuman susunya menjelang hujung bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.
Teknik Hidu, Elak Pembaziran
Bagi menggantikan label tersebut, pihak pengurusan akan menggunakan teknik tradisional iaitu dengan menghidu dan ia akan dilakukan oleh pelanggan itu sendiri.
Pelaksanaan ‘ujian menghidu susu masam’ itu dibuat bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan kerana mematuhi label tarikh luput sedia ada.
Ads
Pengguna Tentukan Keadaan Susu
Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain
“Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak.
“Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak,” kata salah seorang pembeli susu tetap di Morrisons, Ian Goode.
Mingguan Wanita:Susah juga apabila tiada label tarikh luput bila beli susu ni. Apatah lagi, kena guna teknik hidu pula dan agak-agak sendiri keadaan susu masih elok atau sebaliknya.
Siapa sangka dengan kreativiti menjual ‘content’ video diri tersekat di pintu dan dalam kereta juga mampu meraih pendapatan lumayan. Bahkan memiliki tubuh badan bersaiz besar juga mempunyai ramai ‘peminat’ yang tersendiri.
Seorang wanita dengan berat badan 222.25 kilogram menjana pendapatan lebih £1,500 (RM8,496) sebulan kerana kaum lelaki suka melihatnya tersekat pada pintu dan di dalam kereta, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Danielle Birch, 25, dari Plymouth, mengenakan bayaran terhadap video bukan seksualnya untuk sesetengah orang yang mengagumi wanita berbadan besar.
Birch menjual videonya pada harga £2.90 (RM16.43) manakala klip berdurasi 20 minit boleh didapati pada harga RM41.35.
Antara kandungan videonya adalah merakam dirinya tersekat pada pintu dan di dalam kereta serta berdiri di sebelah orang yang lebih kecil daripadanya.
“Ramai berminat untuk melihat bagaimana berat badan mempengaruhi kehidupan saya.
“Saya dikategorikan sebagai bersaiz super untuk wanita dengan berat antara 158.8 kilogram hingga 226.8 kilogram’’ jelas Birch.
Menurutnya, video pendek yang dihasilkan selalunya mengenai percubaannya memakai pakaian yang kecil dan comel.
Lebih 2 tahun seluruh dunia ‘bergelut’ menangani penularan Covid-19 dengan pelbagai varian yang muncul dan masih belum menemui ‘penawarnya’.
Namun ada berita baik dikongsikan oleh sebilangan pakar yang berpendapat bahawa varian Omicron Covid-19 mampu bertindak sebagai ‘vaksin semula jadi’, sekali gus mempercepatkan perubahan fasa pandemik kepada endemik, lapor akhbar The Sun semalam.
Ahli Virologi di Universiti Reading, Profesor Ian Jones berkata, disebabkan kesan varian tersebut yang lebih ringan dan mudah berjangkit, ia dilihat boleh memberikan imuniti kepada masyarakat.
“Sekiranya benar bahawa kesan varian itu lebih ringan, suntikan vaksin hanya diperlukan untuk golongan warga emas ketika musim sejuk.
“Selain itu, gejala selesema akibat Omicron bagi individu yang cergas dan sihat tidak menimbulkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian seperti varian-varian lain.
“Bahkan sekiranya dijangkiti, pesakit boleh menerima imuniti tanpa menyebabkan kesan yang serius,” katanya.
Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan varian Omicron memberi kesan lebih ringan berbanding varian lain, dengan laporan rasmi pertama Britian mendedahkan bahawa risiko kemasukan ke hospital adalah 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding Delta.
“Jika Omicron adalah lemah dan kita sedang beralih ke fasa endemik, maka versi varian baharu akan datang mungkin lebih ringan dan keperluan untuk memvaksinasi golongan dewasa yang sihat bakal berkurangan,” ujar Jones.
Mingguan Wanita: Semoga teori mengenai varian Omicron ini lemah adalah tepat, sekaligus membantu seluruh dunia beralih ke fasa endemik dan kembali pulih seperti sedia kala.
Air mata mengalir fikirkan mangsa banjir, bantu bina hidup. Pengacara nombor satu tanah air Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil akui begitu sebak melihat kesengsaraan yang dihadapi mangsa banjir.
Malah akuinya, tidurnya tak nyenyak sejak kebelakangan ini memikirkan nasib mangsa yang ditimpa musibah banjir khususnya.
Golongan selebriti antara mereka yang rancak membantu dalam bantuan misi kemanusiaan ini. Usaha murni mereka ini sememangnya boleh dijadikan contoh.
Malah Pak Nil sendiri telah menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan, tercetus idea mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil.
Menurut Pak Nil kedai percuma yang ditempatkan di sebuah kawasan di situ ditubuhkan pada 30 Disember lalu.
“Ia cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari di situ.
“Saya sebelum ke sana sebenarnya turut dihubungi oleh salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanya mengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Tambah Pak Nil lagi kawasan terbabit seakan terpinggir daripada pandangan ramai. Selain itu bantuan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) pun kurang.
“Lalu, bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung.
“Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” ungkapnya.
Pak Nil juga menyatakan ada beberapa syarikat yang pernah bekerjasama dengannya juga turut menghulurkan sumbangan.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai.
“Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil.
“Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Jadi saya boleh terus tambah barangan keperluan itu. Bagi yang mahu menyumbang boleh ke akaun Instagram @aznilnawawihm untuk menyemak butiran lanjut atau ‘bank in’ ke 564735801178.
“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana.
“Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona.
Mingguan Wanita : Sungguh mulia hati Pak Nil, MW pun terharu dengan sokongan rakyat Malaysia yang begitu pemurah dalam menghulurkan sumbangan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir.
Seorang wanita di India meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin di rumah dengan bantuan suaminya yang dipercayai mengikuti panduan video YouTube.