Gambar Hiasan Drama TV3, Risik Pada Hati

Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong. Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan yang kita cintai pastinya harapan bagi setiap insan di muka bumi ini.

Namun dalam hubungan rumah tangga kadang kala wujud salah faham, kecil hati, rasa tidak dihargai dan sebagainya. Sebagai suami isteri pastinya kita yang mencorakkan kehidupan. Jadi jujurlah dengan pasangan pasti hidup akan lebih tenang dan bahagia.

Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong

Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah.

Berikut adalah 10 petua terbaik dalam rumah tangga yang boleh dijadikan panduan buat pasangan di luar sana daripada Pakar Motivasi Terkenal Negara, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong “Tidak Patut Ada Penipuan & Kepalsuan Dalam Rumah Tangga”

Semarakkan cinta abadi dalam rumahtangga kalian. Sentiasa ingat 10 petua ini kalau nak hidup berumahtangga sentiasa harmoni:

  1. Cinta abadi membentuk rasa selamat. Jangan cuba mengubah ataupun memaksa pasangan. Sebaliknya ubahlah diri. Pasangan akan belajar melalui tindaktanduk kita perlahan-lahan.
  2. Cinta abadi bertunjangkan kejujuran. Tidak patut ada penipuan dan kepalsuan dalam rumahtangga. Elakkan berbohong kerana kelak ketahuan juga. Ooo oo kamu ketahuan, kan Tok Abah dah nyanyi. Hehe!
  3. Cinta abadi menghormati perbezaan antara dua insan. Perbezaan tujuannya untuk melengkapi dan mengimbangi antara satu sama lain.
  4. Cinta abadi ini tiada dendam. Memaafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah dan memakbulkan doa.

  5. Cinta abadi adalah proses pembelajaran berterusan. Didik, nasihat dan berpesan kepada pasangan dari masa ke semasa. Jangan biarkan kita membuat kesilapan yang sama.
  6. Bersihkan sumber rezeki dan berterusan doa antara satu sama lain. Zakat, sedekah dan bantuan kepada orang lain membawa keberkatan.
  7. Tambah baik perkara baru. Belajar, cari ilmu dan mantapkan diri dengan memenuhi ciri-ciri suami/isteri yang ideal.
  8. Hormati hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima.
  9. Cinta abadi tidak berdebat mengenai siapa menang atau kalah. Pasangan yang berkasih sayang sentiasa memikirkan pendekatan di mana kedua-dua menang.
  10. Cinta abadi sentiasa bertanggungjawab. Cuba buat senarai semak mengenai apa yang perlu kita lakukan bagi memupuk kasih sayang dan memotivasikan diri serta pasangan.

Baca Disini : Hal Rumah Tangga Privasi “Asyik Nak Beritahu Orang, Kadang-Kadang Kita Buka Aib Kita”

IKLAN

‘Itupun Tak Boleh Fikir Ke’ Awasi Proses Gaslighting Dalam Rumah Tangga

Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong “Tidak Patut Ada Penipuan & Kepalsuan Dalam Rumah Tangga”

Jangan Bercinta Di Awal Perkahwinan Saja

Anak cucu Tok Abah,

“Rumahtangga bahagia lahir dari pasangan merpati dua sejoli yang saling berkasih sayang dan menyemai cinta abadi.

IKLAN

“Jangan bercinta di awal perkahwinanan saja namun hujungnya bertemu hal kepahitan.

“Cari kemanisan dan keindahan dalam hidup berkeluarga.

“Semoga anda dan pasangan anda semua beroleh rahmat dan dipermudahkan urusan oleh Maha Esa,” kongsi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Tolong Jujurlah Ya, Elakkan Berbohong “Tidak Patut Ada Penipuan & Kepalsuan Dalam Rumah Tangga”

IKLAN

Mingguan Wanita : Semaikanlah kasih sayang buat pasangan kita. Jangan biarkan pasangan kesunyian.

Sumber : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Gambar Hiasan Drama TV3, Risik Pada Hati

Sumber :  Canva 

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI