Warga Malaysia Syabira Yusoff dinobat juara the great british bake off uk, tuah kek orang utan. Kejayaan seorang anak Malaysia memenangi pertandingan rancangan realiti memasak terkenal The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom semalam cukup membanggakan bagi warga Malaysia.
Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan itu, anak kelahiran Malaysia Syabira Yusof berjaya memenangi pertandingan rancangan realiti memasak The Great British Bake Off musim 2022 di United Kingdom.
Dirinya yang juga seorang penyelidik kardiovaskular di London berentap dengan jurutera elektronik Abdul Rahman Sharif, 29 dan pengasuh Nelsandro ‘Sandro’ Farmhouse, 30 dan rezeki berpihak kepadanya apabila dinobatkan sebagai juara The Great British Bake Off Champion 2022.
Menerusi episod final yang disiarkan semalam, ketiga-tiga peserta akhir itu ditugaskan menghasilkan makanan berkelah pada musim panas menggunakan bahan bermusim dari seluruh UK.
Peserta perlu membakar kek mini, pai sayuran dan sandwic menggunakan roti putih yang mereka hasilkan sendiri. Bagi tema ini, Syabira telah menghasilkan pai tanpa daging babi menggunakan cendawan.
Syabira menyatakan kemenangan tersebut merupakan pencapaian terbesar dalam hidupnya.
Ads
Katanya, inilah “pencapaian paling hebat dalam hidup saya” selepas mendengar namanya diumumkan oleh pengacara Matt Lucas sebagai pemenang The Great British Bake Off.
Penyelidik kardiovaskular itu berkata, dirinya mula terlibat dalam pembuatan kek dan roti kira-kira lima tahun lalu, sejak tiba di London pada 2013. Bahkan dengan kemenangan itu, Syabira merupakan wanita pertama yang memenangi gelaran itu dalam tempoh lima tahun lalu.
Dalam pada itu, juri rancangan Paul Hollywood dan Prue Leith tertarik dengan kemahiran dan cita rasa kek buatan Syabira.
Kata juri, kek bersumberkan ilham haiwan terancam Orang Utan itu rasa sangat sedap.
Sebelum perlawanan akhir berlangsung, penyelidik kardiovaskular ini telah merangkul gelaran “Star Baker” (pemenang keseluruhan minggu) sebanyak tiga kali.
Ads
Pemenang Great British Bake Off sebelum ini seperti Nadiya Hussain dan John Whaite dari UK telah menjadi hos rancangan masakan mereka sendiri. Juara lain, seperti Frances Quinn, Nancy Birtwhistle dan pemenang tahun lepas, Guiseppe Dell’Anno juga meraih pengikut yang ramai di media sosial.
Isteri temui arwah suami sudah tidak bernyawa. Salah takziah diucapkan buat keluarga pelakon veteran Allahyarham Roslan Saleh yang meninggal dunia pagi tadi ketika sedang tidur.
Isteri arwah Zainun Majid memaklumkan suaminya itu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.
Isteri Temui Arwah Suami Sudah Tidak Bernyawa
Seperti mana dilaporkan media, Zainun hanya mengetahui arwah sudah tidak lagi bernyawa sewaktu mahu mengejutkan suami sejurus selesai menunaikan solat subuh.
“Arwah meninggal dunia ketika tidur, punca tu saya tak pasti mungkin ada kaitan dengan penyakit sebelum ini.
Zainun ialah orang pertama jumpa arwah ketika sudah tidak bernafas.
“Saya orang pertama tahu perkara itu selepas cuba kejutkannya selepas selesai solat subuh,” Zainun.
Tidak Tunjukkan Sebarang Tanda
Sebelum mengembuskan nafas terakhir arwah tidak menunjukkan sebarang tanda malah ketika ditemui arwah tidak lagi bernafas dan wajah arwah kelihatan cukup tenang,
“Dia tiada beri apa-apa petunjuk atau berkelakuan pelik, cuma malam tadi dia demam panggil saya nak air… itu sahaja!
“Ramai ahli keluarga yang berebut nak mandi dan buat solat jenazah untuk arwah.
“Bila saya lihat wajah arwah, nampak mukanya dalam keadaan tenang dan bersih,” sambungnya.
Arwah Roslan disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya iaitu Farahanis menerusi perkongsian di sosial media. Untuk pengetahuan arwah merupakan penghidap sakit kencing manis dan diabetes. Malah dek kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hari ini secara rasminya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM. Ramai sebenarnya yang ternanti-nanti cara penyampaian bekas Ahli Parlimen Rembau ini dalam mengendalikan radio pula.
KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular pagi ini, bersama dua penyampai lain iaitu Johan dan AG. Cukup santai dan bersahaja, ternyata gandingan KJ bersama Johan dan AG cukup serasi di stesyen radio menghiburkan para pendengar pada pagi ini.
Tak Nak Dilupakan
Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah KJ secara terbukanya mengakui dia masih ingin meneruskan cita-cita dalam landskap politik dan radio salah satu cara untuk membuat orang tidak melupakan dirinya.
“Saya join Bekpes Hot FM ini kerana Hot FM terbaik di pasaran. Saya pun masih lagi ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya. Jadi kita boleh berbincang dan bergurau setiap pagi.Bermula hari ini, 15 Februari 2023,” ujar beliau yang juga pemegang ijazah politik dan ekonomi dari Universiti Oxford.
Ketika ditanya, mengapa meminati cabang bidang politik, secara spontan KJ menjelaskan dirinya suka membantu orang ramai.
“Saya suka politik kerana suka bantu orang,” ujarnya.
Ramai yang bersemangat mendengarkan celoteh KJ sebagai penyampai radio pada pagi ini, serta turut mendoakan semoga bekas YB Rembau ini terus maju jaya.
Terdahulu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka kepada KJ membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Anak sulung penerbit drama, Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid telah selamat melangsungkan perkahwinannya. Beberapa hari selepas hari bahagia anaknya itu, Datuk Ziela berkongsi curahan hatinya untuk anakanda tercinta.
Ujar beliau, isteri kepada Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi ini merupakan seorang anak yang begitu baik dan tinggi pekerjanya. Sayang sekali, anaknya itu tidak pernah lepas dari menempuhi ujian demi ujian dalam hidupnya.
Sampaikan di hari bahagia anaknya itu, ada insan yang tak bertanggungjawab cuba menabur fitnah sehingga membuatkan Dr Julia berasa sedih.
Doa Ziela Jalil Untuk Anak Sulungnya
“Anakku, sejak usia muda mu kau diuji, kehilangan bapa ketika kau masih bersekolah dan masih dahaga kan kasih dan sayang nya. Allah menyanyangimu nak, kerana itu kau menjadi pilihannya untuk melalui dugaan ini.”
“Kau terus diuji bila terpaksa berjauhan dengan keluargamu demi menuntut ilmu. Kau sering dan terpaksa mendengar rintihan dari Ibumu atas segala masalah. Walaupun ketika itu kau anakku sedang menuntut jurusan/bidang yang bukan mudah dan sangat mencabar.
“Tapi kau tetap menjadi pendengar setia ibumu and shoulder for me to cry on. Banyak dugaan yang kau tempuh, kesedihan yang terpaksa kau lalui anakku. Dan mama tak pernah putus mendoakanmu.”
“Kerana kau anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mama. Kau anak yang kuat hatinya. Akhirnya kau menemui cinta sebenar yang membahagiakanmu.”
Ada Hati Yang Cukup Kotor Sehingga Tergamak Dia Memfitnah.. Allahuakhbar!
Ujar Datuk Ziela lagi, tatkala anaknya itu sudah menemui cinta sebenar, tetap ada manusa yang bertopengkan syaitan yang tidak mahu melihat kebahagiaan Dr Julia.
“Kau terus diuji sehingga pada hari bahagiamu masih ada yang cuba untuk membuat kau sedih anakku.”
“Dari manusia yang tidak bertanggung jawab. Syaitan yang bertopeng kan manusia. Hatinya yang cukup kotor sehingga tergamak dia memfitnah, Allahu Akbar!”
“Yakin lah pada Allah anakku, sesungguhnya Allah ingin mengangkat darjat yang lebih tinggi untuk mu dan juga suamimu, Aamiin.”
Buat kedua dua anakku, Puteri Julia Nabilah dan Dziya Faqhran, Selamat Pengantin Baru, Mama doakan Semoga Berbahagia Kalian Sehingga Jannah dan jadi lah Suami dan Isteri yang Soleh dan Solehah juga Ibu/bapa Mithali buat zuriat keturunan kalian, Aamiin Yaa Rabb…
Begitulah tulusnya doa ibu. Datuk Ziela Jalil juga mempunyai dua orang anak lelaki, Megat Jufri Nasrullah dan Ibrahim Junid Abdullah.
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.