Penurunan kadar kelahiran bayi yang semakin membimbangkan boleh mempengaruhi masa depan sesebuah negara. Pelbagai insentif menarik ditawarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penambahan populasi dalam negara.Selain China dan Singapura berdepan dengan krisis ini, negara Hungary juga tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.
Pengecualian Cukai Pendapatan Seumur Hidup
Terbaru, kerajaan Hungary telah mengumumkan berita baik buat wanita Hungary yang mempunyai empat orang anak atau lebih akan dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan seumur hidup, umum Perdana Menteri Viktor Orban. Ia sehubungan rancangan kerajaan untuk menggalakkan kelahiran di negara itu.
Menurut Orban, ia merupakan langkah mempertahankan masa depan Hungary tanpa bergantung kepada golongan imigran/warga asing.
Ads
Populasi Hungary dikatakan menurun 32,000 orang setiap tahun dan wanita di negara itu mempunyai jumlah anak yang sedikit berbanding negara Kesatuan Eropah (EU) lain.
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban Kredit Foto: AP: Szilard Koszticsak
Pinjaman Tanpa Faedah
Selain langkah pengecualian cukai, pasangan muda juga akan ditawarkan pinjaman tanpa faedah yang akan dibatalkan apabila mereka memiliki tiga orang anak.
Ads
Rancangan Kerajaan Menggalakkan Kelahiran
Dalam ucapan rasmi kepada rakyat, Orban turut mengumumkan beberapa langkah menggalakkan penambahan populasi termasuk membina 21,000 nurseri kanak-kanak dalam tempoh tiga tahun, tambahan dana untuk sistem kesihatan negara, bantuan kerajaan negeri bagi pembelian kenderaan 7 tempat duduk dan juga subsidi perumahan.
MW: Setiap kelahiran anak pasti ada rezekinya yang tersendiri.Tak rugi beranak ramai banyak kelebihannya. Namun pastikan, kita besarkan anak-anak sebaiknya, cukupkan keperluan dan kasih sayang buat mereka.
Ada macam-macam cara nak bagi anak seronok simpan duit. Tentunya teknik ibu tak boleh dah jenis yang biasa-biasa. Kena buat sesuatu yang luar biasa, barulah semangat anak berkobar-kobar.
Unik cara ibu ini, Dharatun Nissa Fuad dalam melatih anak lelakinya. Dari usia 4 tahun dia dah mulakan latih anak simpan duit. Selepas setahun, latihan menyimpan itu tetap diteruskan.
Sejak dari abang Darwisy 4 years saya dah start latih simpan duit, tapi hanya separuh jalan. Bila dah 5 years ni setakat ini saya masih istiqomah latih dia.
Setiap hari kalau dia pergi sekolah saya akan bekalkan duit belanja sebanyak RM1.
Saya tahu dia tak perlu pun duit belanja tu, tapi niat saya ialah nak ajar apa nak buat dengan duit tu.
Bila dia balik, saya akan letakkan duit tadi pada kalendar berpoket. So setiap hari dia akan kumpul tunggu sampai banyak dan akan masukkan dalam wallet dia.
Setiap hari juga saya pesan, kalau abang nak beli apa-apa kat Shell abang kena guna duit abang, bukan duit mummy.
Bila dia rasa nak beli ‘something’ kat Shell, saya akan tanya dia bawa wallet abang tak. Confirm lah dia tak bawa, mummy pun kena lah bebel dengan abang sebab tak bawakan wallet abang.. penat katanya nak bawa wallet.
So no money no shell..
The next day, abang Darwisy bawa duit nak pergi Shell. Ada RM5 hasil simpanan untuk 5 hari. Abang Darwisy pilih 2 barang.
Harga nya RM4.90. So baki tinggal sepuluh sen.
Abang Darwisy pandang mummy, kenapa duit abang tinggal ni je mummy.. Huhuhu.. “Itulah, beli lagi benda mahal kan.”
Sebagai ibu, saya perlu terangkan pada anak kegunaan duit tu, bimbang anak akan fikir dia sentiasa boleh dapat apa yang dia nak sebab mummy, daddy boleh bayarkan.
Latihlah anak untuk mengurus duit sejak dari kecil. Walaupun anak belum tahu mengira dengan tepat, sekurang-kurangnya anak belajar bagaimana untuk menggunakan duit dengan baik.
InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama apa yang diajar ke anak akan jadi amalan dalam kehidupan mereka.
MW : Moga perkongsian ini dapatlah mak menetapkan target tertentu untuk penuhkan tabung anak sehingga hujung tahun ini ya.
Ragam anak kecil yang masih bayi ini pelbagai. Ada yang mudah dijaga, ada yang terlalu’bergantung’ pada maknya. Pantang ditinggalkan sekejap, mulalah menangis sekuat hati.Nak dirikan solat pun hati tak tenang,apatah lagi dan berjemaah dengan suami.Biasanya kena tunggu anak tidur baru boleh sembahyang atau kena solat secara bergilir. Jika hanya berdua dengan bayi, selalunya akan solat lewat, kadangkala dihujung waktu.
Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya boleh mendirikan solat sambil mendukung bayi. Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi.
Selalu ibu-ibu bila ada anak kecil, tak seronok terasa peluang ibadah semakin sempit. Selalu rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.
Jadi, suami cadangkan untuk kami berkongsi cara untuk solat dengan anak kecil. Mungkin ada masa anak meragam tak mahu duduk, ibu pula dah makin singkat waktu untuk solat. Daripada luput waktu solat, boleh sahaja solat dengan anak kecil.
1. Ibu ayah boleh salin pampers anak sebelum solat. Kalau memang pampers anak berat dengan air kencing atau berak, basuh dahulu. Bagi anak selesa.
2. Ibu biasanya dapat agak masa untuk salin pampers anak, jadi boleh sedia untuk tukarkan pampers anak sebelum solat.
Permasalahan dukung anak pakai pampers ;
1. Berhubung dengan najis
متصل بالنجاسة
2. Menanggung najis
حامل النجاسة
Dua perkara ini berbeza :
Contoh berhubung dengan najis ialah tahi cicak pada pakaian kita semasa solat.
Contoh menanggung najis ialah kita solat atas karpet masjid, ada najis pada hujung saf.
1. Najis pada pakaian
2. Najis pada karpet.
Apa hukum kedua-dua situasi tersebut?
1. Sah kedua-dua solat?
2. Tidak sah kedua-dua solat?
3. Salah satu sah?
Solat tidak sah sekiranya najis pada pakaian kita semasa solat, tetapi solat sah sekiranya tahi cicak hujung karpet tempat solat.
Sama juga seperti dukung bayi BELUM BERSUNAT dan PAKAI PAMPERS, kita tidak menempel najis pada tubuh kita.
Ia juga terpakai kepada mana-mana sahabat yang berniat bawa anak menunaikan umrah, sama kondisi seperti persoalan solat.
Kalau kita mencari sebab tak boleh, memang selamanya kita akan cakap tak boleh. Dalam Islam, sentiasa ada solusi untuk setiap tribulasi.
Isteri, suka sangat bila suami tawarkan diri untuk jadi imam dan solat berjemaah.
Selepas suami solat berjemaah di surau/masjid, boleh balik rumah solat sunat 2 rakaat sambil isteri jadi makmum untuk solat fardhu. Jadi, isteri boleh solat berjemaah dengan suami.
Saya kongsikan video bagaimana untuk solat dengan bayi kepada para bapa supaya selepas ini boleh sama-sama berjemaah dengan isteri dan anak-anak.
Ibubapa mestilah memastikan dada sentiasa mengadap ke arah kiblat.
Semoga bermanfaat untuk semua ibu ayah yang berusaha biasakan anak-anak dengan rutin solat.
Wahai Tuhanku,
Jadikanlah aku dan zuriat keturunanku dari kalangan orang yang mendirikan solat, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang soleh.
Ummu Amir & Abu Amir Saif Azuran,
Sebarkan kasih sayang.
#SolatDenganBayi
Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa.
Video contoh solat sambil mendukung bayi untuk bapa.
Pilih lampin terbaik untuk anak kecil yang masih lembut kulitnya memang satu perkara stress untuk mak ayah muda. Lagi-lagi baru kali pertama bergelar ibu.
Suami isteri tak tidur malam, mata lebam, anak merengek.. itu biasalah jadi bila dalam pantang. Masing-masing, baik isteri, anak mahupun suami masih mencari keserasian.
Kongsi Eizan Ariffn, mantan editor majalah Pa&Ma yang juga mak anak enam ini , dirinya pun sama pernah berdepan situasi sukar waktu pertama kali bergelar ibu.
“Terkenang balik macam mana blur nya saya masa kali pertama pegang title ‘mama’ 18 tahun lalu. Mak-mak sekarang ni untung sebab kalau tak tau nak handle apa-apa terus whatsapp kat grup, buat posting kat fb ig dan lain-lain minta pendapat….dan beruntung ramai yang bantu berkongsi cara settle kan.”
“Masa saya dulu, kalau dah buntu sangat telefon kakak, telefon mak, telefon abang ipaq pun pernah sebab baby selalu kembung. Tapi benda-benda ni semua proses. Lama-lama kita akan belajar.”
Beliau sertakan beberapa tip yang mudahkan mak-mak muda berdepan kerisauan menjaga anak kali pertama.
Baiklah…bab lampin apa yang elok tu kan, perkara pertama ‘sila tanya poket awak’. Sesuai tak harga lampin tu dengan bajet kewangan. Jangan kerana lampin, awak kena srettt… sretttt kredit card. Almaklum, lampin yang selalu orang kata elok ni boleh tahan harganya.
Jangan juga sebab lampin yang mahal dan berjenama tu, awak ‘terpaksa lupa’ bajet lain
yang penting untuk anak. Contohnya tak cukup bajet nak ambil saving/education/medical plan kat anak-anak. Kena beringat bab-bab ni. Saya pesan jer… selebihnya fikir lah sendiri.
Sungguh… saya mengaku saya tak pernah beli lampin berjenama hebat ni; pilih yang sederhana. Saya ni tak terlalu cerewet. Saya tak de spesifikasi khas untuk lampin ni. Asalkan sesuai dan tidak memudaratkan, saya On jer.
Alhamdulillah, anak-anak jarang kena ruam lampin. Kalau kena ruam pun, puncanya salah saya sendiri sebab lambat tukar. Kalau lambat tukar sampai lampin tu dan ronyok, kemek… mestilah ada risiko bocor kan.. Apapun, ada juga baby yang memang buang air banyak. Jadi, itu kes berbeza lah. Mak-mak kena lah invest.
Pernah masa mengandungkan #BbZahra saya semangat beli 10 pcs CD (cloth diapers). Kononnya nak cuba natural way. Bila buat kiraan, ya memang lebih jimat! Tapi, pakai lah 2-3 kali. Yang belum guna pun ada ni haaa.. adoii… rupanya tak berapa nak rajin cuci CD ni.
TAPI….kalau baby awak dah guna macam-macam lampin pakai buang tapi masih kena ruam.. sila tukar pakai CD!
Aisshhh… orang perempuan ni memang suka betul bab putih-putih ni. Sampai ke kulit anak pun dia nak putihkan.
Kulit baby ni sensitif. Jangan letak macam-macam losyen, bimbang lain jadinya. Saya dulu sapu baby oil jer untuk elakkan kulit kering. Kemudian ada juga guna losyen Baby Johnson tu. Bagi anak yang kulit sensitif, saya guna Sebamed (sabun, syampu, diaper lotion).
Bab kulit putih ke idok tu jangan kisah sangat asalkan baby sihat.
Untuk masalah anak kecil yang selalu selesema dan batuk, dulu saya selalu beri anak minum madu. Sampai sekarang stok madu sentiasa ada. Tapi saya ni selalu culas.
Kalau anak-anak ada masalah ni.. cepat-cepat beri madu, perah sikit lemon. Kalau tak pun, bancuh madu dengan air suam, perah lemon beri mereka minum. In Shaa Allah…lega.
Lagi satu rajin- rajin buat fisioterapi kat anak kalau kahak banyak. Cara buat boleh jer google.
Terima kasih yang sudi baca sampai habis ya. Kalau nak tulis info lain memang berjela-jela jadinya. Sebab ada lagi cara dan teknik lain redakan batuk dan selesema ni. Bab sedut hingus anak belum sentuh tu.