Nurul Syuhada timang anak keempat, tahniah diucapkan buat pemilik nama sebenar Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang telah selamat melahirkan anak keempatnya.
Bekas Pengacara Mingguan Wanita Talkshow dan Personaliti televisyen ini memaklumkan menerusi hantaran di Instagram dirinya berasa bersyukur selamat melalui proses bersalin.
Nurul Syuhada Timang Anak Keempat
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memaklumkan perkembangan terkininya di mana anaknya dilahirkan normal ketika usia kandungannya hampir mencecah 41 minggu.
“Terima kasih semua untuk bunga dan buah-buahan. Selepas 41 minggu di dalam perut ibu, segala pujian bagi Allah saya dilahirkan,” kongsinya.
Kegembiraan ibu kepada empat cahaya mata ini terserlah apabila menunjukkan hadiah yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan terdekat sempena kelahiran anaknya.
Ads
Namun pada perkongsian tersebut Nurul Syuhada tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Paling istimewa dalam masa yang sama Nurul Syuhada juga memberitahu suaminya ada bersama ketika bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Tahnia ibu saya yang lalukan terbaik untuk keluarkan saya dan sudah tentu ayah saya juga ada bersama menyambut kehadiran saya dan memotong tali pusat,” tulisnya.
Ayah ini, Khabbab Jamalludin menerapkan satu didikan dalam diri anak-anaknya agar tak terlalu memilih makanan. Jika yang dihidang depan mata cuma lauk ikan sungai, tetaplah juga anak-anak perlu nikmati dengan penuh kesyukuran.
Bagus sebenarnya kerana melatih diri agar tidak terlalu cerewet mempersoalkan rezeki yang diperoleh. Terutama bab makan harian. Sejak dari kecil lah sebaiknya, anak-anak dididik dengan cara sebegini.
Dalam masa yang sama, mak ayah punya emosi yang sama. Barulah tidak seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Hadamkan perkongsian bapa ini. Ada poin bagus yang boleh dijadikan panduan mak ayah. Penutup itu yang lucu. Sebab, ada juga mak ayah yang terbuat kan..
Pada saya,
Masakan, makanan yang kita masak dan hidangkan kepada anak anak
adalah antara sebahagian daripada didikan kita buat mereka.
Selain daripada mengajar peri penting mencari makanan yang halal dan baik, kita juga mengajarkan mereka ilmu untuk bergaul dengan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan suasana.
Dalam bab lauk misalnya.
Saya tak akan masak hanya yang mereka suka.
Tapi perlahan lahan memperkenalkan mereka dengan lauk yang jarang mereka jumpa.
Supaya kalau disuatu masa, lauk itu sahaja yang ada.
Samada kerana tak mampu atau itu yang dijamu.
Mereka tetap boleh bersyukur dengan rezeki yang mereka terima.
Alhamdulillah, sekarang mereka tak terlalu memilih.
Ikan laut ke, ikan sungai ke semua mereka makan.
Macam hari ini jumpa ikan puyu dekat pasar.
Jadi selain masak ayam gulai lemak cili api yang mereka ‘confirm’ makan
Saya selitkan juga ikan puyu goreng dan gulai.
Dan semua wajib ambil dan rasa.
Sikit pun tak mengapa.
Suka tak suka saya tak kesah, yang penting mereka dah cuba.
Sebelum makan saya juga mengajarkan mereka sifat sabar.
Mereka taat diam berdiri menunggu di samping meja sampai saya selesai ambil gambar.
Mingguan Wanita : Bila tak terlalu memilih makanan, makan berhidang satu keluarga pun boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.
Sebenarnya seorang isteri tidak boleh atau bukan ambil alih kewajipan suami, isteri cuma ringankan beban andai kemampuan suami terhad. Itu sahaja.
Suami jangan sewenangnya lepas tangan bila isteri membantu itu dan ini pabila isteri bekerja serta mempunyai pendapatan yang tetap. Jangan ambil hak isteri dek kerana anda seorang yang kedekut.
Ramai isteri tertekan kerana “suami kedekut”…
Artikel beberapa hari lepas…
Kedekut ini, maksudnya macam mana ya? Maksudnya suami itu tak bagi nafkah yang sepatutnya suami sediakan… Isteri banyak guna duit sendiri untuk membeli keperluan dapur, membayar bil utiliti dan sebagainya, dan suami tak bayar balik…
Perbelanjaan harian itu banyak atas isteri, isteri yang tanggung…
Bagi pihak isteri, perkara ini kalau berlaku kadang-kadang, beberapa bulan sekali, ianya mungkin boleh diterima dan dimaafkan…
Tetapi kalau setiap bulan, macam itu cara dan gayanya, maka lama- kelamaan, perkara ini akan menyebabkan isteri tertekan…
Sudah jadi kewajipan isteri pula, seolah-olah isteri itu ambil alih tempat suami dalam keadaan suaminya masih hidup, bekerja dan ada pendapatan…
Itulah takrifan “suami kedekut”…
Nafkah berbentuk duit belanja tak bagi, mungkin sudah biasa asalkan perbelanjaan harian, barang dapur, bil semuanya ditanggung suami…
Tapi bila semuanya isteri yang bayar, dia yang beli, yang tanggung, selepas itu duit apapun suami tak bagi atas alasan isteri boleh guna duit sendiri, maka perbuatan ini akan menyebabkan mental dan emosi isteri jadi “tak stabil” dan “tak sihat”…
Elakkanlah daripada membiasakan diri menyuruh isteri beli guna duitnya sendiri…
Apa yang patut suami tanggung dan apa yang patut suami sediakan, serta apa yang patut suami beli dan bayar, sebagai suami, kita kena buat… Isteri itu cuma meringankan beban andaikata kemampuan kita terhad, kewangan kita terbatas…
Isteri tak boleh ambil alih dan jalankan kewajipan suami hanya disebabkan suaminya kedekut…
Mingguan Wanita : Jika ayah-ayah seorang suami dan lelaki yang bertanggungjawab, jadilah seorang yang tidak kedekut dengan wanita yang disayangi. Percayalah jika suami tidak kedekut, Allah akan murahkan lagi rezeki suami dan keluarga.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Anak menangis jangan terus jerit, suruh diam atau pukul! Mungkin anak hanya ingin perhatian daripada mak ayah.
Kadang-kadang mak ayah terlalu leka dengan urusan harian atau kerja sehingga terlupa anak di depan mata perlu dimanja dan dibelai.
Bayangkan jika mak, ayah dianugerahkan anak-anak syurga atau orang kelainan upaya (OKU) yang tidak mampu menguruskan diri dan hanya harapkan mak ayah untuk uruskan, pasti sukar bukan.
Oleh itu, layanilah anak anugerah Allah ini sebaik mungkin. Waktu kecil anak-anak hanyalah sekejap saja, suatu hari mak ayah pasti akan merindui momen-momen ini seperti mana yang dikongsi oleh Ustaz Firdaus Mokhtar ini.
Ada satu hari tu saya teman ummi pergi temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh. Isteri ada sekali memandangkan sesi dia dengan pesakit sebelah petang.
Sedang menunggu giliran nombor terpapar dekat skrin tergantung atas kaunter, sampai seorang akak ni. Tolak anak dia atas kerusi roda. Berhenti betul-betul sebelah aku.
Aku pandang ke akak tu, dia pun balas pandangan. Dia senyum. Pemurah orangnya ni.
Anak dia mungkin sekitar umur 10 tahun kalau ikut saiz badan. Lelaki dan sedikit berisi. Anak kurang upaya. Tak boleh duduk dengan betul, macam menyandar baring tapi sambil duduk. Ada bantal kecil segi empat sama menahan belah kanan badan adik ni.
Tangan semua sempurna rupa. Cuma berlipat ke dalam di pergelangan kedua belah tangan. Yang tak boleh diluruskan. Ada gaya seperti tak boleh uruskan diri sendiri.
Di hidung adik ni ada tiub panjang. Dilekat kemas ke arah bawah melalui tepi pipi kanan. Terus panjang tiub tu masuk ke dalam baju dia melepasi leher. Aku tak pasti tiub apa. Macam tiub makanan pun iya.
Akak tadi berbisik ke adik itu dan dia terus ke kaunter bawa kad biru. Kad temujanji. Mungkin baru nak dapatkan nombor giliran.
Melihatkan itu baru aku perasan, rupanya ramai dalam tempat menunggu tu mak ayah dengan anak-anak sekitar umur yang sama.
“Rasanya hari ini memang hari untuk temujanji kes macam anak-anak ni,” tiba-tiba isteri aku menyatakan pendapat. Aku angguk tanda setuju.
Akak tadi patah balik ke anak dia. Senyum lebar sungguh ke anak dia. Adik tu merespon. Angguk angguk dan senyum juga.
“Hmm.. hmm.. hmm..” suara adik tadi bercakap sesuatu. Aku tak faham. Tapi akak tadi bercakap balik dengan dia. Seolah dia mendengar setiap butir cakap adik tadi. Ajaib. Yang aku dengar cuma bunyi orang kemam mulut.
Kadang-kadang nampak akak tu sapukan mulut anak dia dengan kain sapu. Air liur dia meleleh. Berusaha nak bersembang dengan mak dia. Akak tadi masih tersenyum-senyum melayan anak istimewa dia.
Nampak dia terhibur betul berdua tu. Keadaan yang bising dengan perbualan ramai di kawasan menunggu bagai langsung tak dipeduli. Mak dengan anak tu macam di alam lain, bergembira dan sama-sama menanti sesuatu.
Aku perhati sahaja. Leka sekejap. Aku senyum sendiri.
Tenangnya akak ini. Melayan anak yang sudah besar tapi terbatas pergerakan. Mungkin banyak renyahnya sebab semuanya mak yang kena buat. Nak bergerak ke sana sini, mak kena tolak kerusi roda dan mungkin banyak keadaan kena dukung dan angkatkan dia.
Nak makan pun bersuap. Mandikan, basuhkan rambut dan seluruh badan. Berak kencing semua mak itu juga yang bersihkan siang dan malam.
Bukan waktu kecil bayi tu, ini dah 10 tahun. 10 tahun menguruskan anak dengan gaya menjaga bayi besar. Siap boleh bergelak ketawa dengan anak yang tak keluar pun butir kata percakapan dia.
Allahu.
Kawan-kawan, kita Tuhan bagi anak yang sihat dan sempurna. Tak lama mana pun zaman kanak-kanak dia. Sekejap sahaja sudah besar. Dah pandai urus diri. Dah pandai bercakap memberi kita faham kehendak dan apa yang dia nak.
Memang sifat anak-anak kadang-kadang meragam dan kasar bermain. Baru sikit anak menangis kita dah jeritkan. Kita dah cubit dan pukul suruh diam. Mungkin dia letih. Atau nak perhatian kita.
Teringat pagi hari tu baru marahkan Khalilah. Pagi pagi baru bangun, bergaduh pula dia dengan Abidah. Walidnya geram terus marahkan Khalilah.
Tuhan tunjuk terus depan mata hari ini, orang lain Tuhan uji anak sakit dan tak upaya. Seharian perlukan bantuan bergerak dan upaya daripada seorang mak. Elok je akak tu layan. Kau dah kenapa senang sangat nak marah anak?
Oh Tuhan. Berikanlah kami hati yang tenang dalam membesarkan anak-anak. Dan berilah kesabaran buat semua ibu bapa yang Kau uji dengan anak-anak yang istimewa.
Berikan mereka pahala yang sangat banyak kerana mereka bersungguh menyantuni anak-anak mereka. Ampunkan dosa mereka ya Allah. Berikan mereka syurga-Mu nanti bila mereka kembali kepada-Mu.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW