Adat berumahtangga tidak selamanya bahagia, ada sahaja ujian kecil dan besar dalam perkahwinan. Namun setiap ujian yang mendatang seharusnya diharungi dengan bijaksana.

Kenali lima masalah dalam perkahwinan, walaupun perit kena hadap bersama cari penyelesaian. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan ketahui cara terbaik untuk menghadapi situasi ini.

Top 5 Masalah Dalam Alam Perkahwinan…

1. Kewangan a.k.a Duit
Sekarang zaman duit… Nak survive especially kalau tinggal di bandar, maka kena berduit…

Bab duit ini yang selalunya boleh menimbulkan pergaduhan… Baik suami, isteri bekerja dua-dua, atau suami seorang sahaja bekerja manakala isteri suri rumah sepenuh masa pun akan menghadapi masalah duit ini…

Pengurusan kewangan yang teratur dan terancang dapat mengurangkan atau mengelakkan daripada isu ini jadi isu berbangkit… Suami kerja, isteri kerja tapi suami tak boleh lepas tangan dan bergantung kepada bantuan isteri setiap bulan…

Suami kerja, isteri tak berkerja ,tapi suami tak boleh menyalahkan isteri tak membantu bab kewangan keluarga sebab tugas menyara keluarga itu adalah pada suami…

Masing-masing kena faham tugas, tanggungjawab serta kewajipan masing-masing dan kena berbincang face to face berkenaan soal kewangan keluarga…

Walaupun Perit Kena Hadap Bersama Cari Penyelesaian

2. Masa

IKLAN

Masa untuk satu sama lain… Dalam sehari, dalam 24 jam, berapa lama kita luangkan masa dengan pasangan?

Tolak masa kerja, kemudian tolak masa tidur, bakinya ada berapa jam… Itu belum lagi ditolak masa jika pasangan sibuk dengan kerja part time untuk dapatkan extra income…

Belum lagi ditolak masa jika pasangan sibuk dengan kawan-kawan, sibuk dengan hobi dan minat, serta sibuk dengan handphone, tak ada dekat rumah…

Bila tolak semua tu, sehari, dalam 24 jam, kita ada kurang dari 2 jam atau 1 jam masa untuk pasangan?

Time flies bak kata “omputih”… Masa tak menunggu kita… Kita yang kena cari masa, kita yang kena meluangkan masa untuk pasangan…

Masalah Komunikasi Dalam Perkahwinan

3. Komunikasi
Rumah tangga nowadays susah nak ada komunikasi yang berkesan… Seorang bercakap, seorang mendengar…

IKLAN

Bukan setakat mendengar, tapi memberi pandangan jika perlu, sokongan, dorongan, kata-kata semangat atau kata-kata penyejuk hati…

Yang jadi dalam banyak hubungan ialah seorang bercakap, yang seorang lagi buat hal sendiri… Ada yang nak bercakap pun tak guna sebab pasangan tak nak dengar…

Sedih bila komunikasi dengan pasangan sendiri pun terbatas atau terhalang… Lama-lama akan mula rasa sunyi, tawar hati dan empty…

Kosong sebab lama tidak ada komunikasi yang berkesan, pillow talk, hati ke hati dengan pasangan sendiri… Pasangan tak tahu apa yang terbuku dalam hati… Pasangan tak tahu apa yang kita rasa…

4. Perangai yang sebenar
Berkenalan 10 tahun, bercinta 5 tahun, itu belum gerenti anda sudah betul-betul kenal pasangan anda… Bila sudah sebumbung, sekatil, sebantal, baru anda akan kenal sifatnya, sikapnya dan tingkah lakunya yang sebenar-benarnya…

Jangan hairan jika orang yang anda kenal sebelum kawin itu sudah jadi "orang lain" selepas berkahwin…

IKLAN

Dia masih orang yang sama cumanya dia sedang menunjukkan siapa dia yang sebenar… Time ini, accept and adapt or reject and left…

Curang Masalah Terbesar Dalam Perkahwinan

5. Curang
The main problem antara yang disenaraikan di atas… Persoalannya, kenapa perlu curang tatkala kita sudah dapat seseorang yang sudah buat sehabis baik untuk diri kita…

Well, nothing can stop seseorang itu dari melakukan kecurangan kecualilah jika dia betul-betul jenis yang menghargai pasangannya…

Dia juga sedar dia tidak cukup baik lagi dan mahu buat yang terbaik untuk pasangannya, dia bersyukur dengan pasangan yang Allah SWT bagi dan menganggap pasangannya itu sebagai satu bentuk amanah, maka dia akan setia…

Selebihnya, kegagalan mengawal pergaulan serta nafsu akan menyebabkan seseorang itu berpotensi besar untuk melakukan kecurangan…

Wallahualam…Lima Masalah Dalam Perkahwinan, Walaupun Perit Kena Hadap Bersama Cari PenyelesaianLima Masalah Dalam Perkahwinan, Walaupun Perit Kena Hadap Bersama Cari Penyelesaian

MW: Setiap kali berdepan dengan masalah dalam rumah tangga, cuba ambil jalan tengah duduk berbincang bersama. Jangan hanya menuding jari pada pasangan kerana ianya tidak mampu menjernihkan keadaan yang kusut.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI