Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ads
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
Ads
1. Makanan tak terbazir 2. Anak-anak berselera 3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak. 4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam. 5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam. 6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai. 7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat. 8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini. 9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula. 10. Pahala pun dapat. 11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Keadaan dulu dengan sekarang sudah jauh berbeza. Lebih-lebih cara didikan dan ajaran pada anak-anak. Tidak hairanlah, anak-anak zaman moden ini rasanya lebih manja berbanding zaman dulu yang agak lasak.
Boleh dikatakan kenangan waktu dulu memang memberi nostalgia dan kenangan yaang tidak boleh dilupakan. Bayangkan waktu dulu, nak ke rumah kawan pun tak takut sebab masa itu belum ada masalah sosial atau kes jenayah. Kalau ada pun hanya terpencil.
Kadang-kadang ras cukup beruntung anak-anak dulu, bebas ke sana ke mari. Cuma yang digeruni bila buat perangai mak ayah memang akan ‘bagi’ secukupnya untuk pengajaran. Tapi tidaklah sampai anak itu patah riuk.
Berbanding anak sekarang ini, pantang ditegur, mulalah nekad lari dari rumah, mogok tak nak makan dan lebih teruk ada yang cuba nak terjun bangunan dan sebagainya.
Kalau nak dibanding memang jauh sangat bezanya. Apa yang boleh dikatakan, anak-anak zaman dulu, pengalaman itulah dijadikan pengajaran dan ingatan sampai bila-bila. Inilah yang dikongsikan oleh Farizal Radzali tentang perbandingan anak dulu dengan sekarang.
Imaginasi budak sekarang, ada kuasa macam Avengers, dapat jumpa artis K-pop. TAPI, imaginasi budak dulu-dulu, kalau telan biji rambutan, nanti tumbuh pokok rambutan dalam perut, lepas tu daun & ranting pokok rambutan tu keluar ikut hidung mulut & telinga.
Ketakutan budak sekarang, markah turun, takde kawan, tak dapat apa yang dihajati. Budak dulu, takut cikgu, mak atau abah marah.
Budak sekarang semua berlandaskan sains, outspoken, open minded, lepak mamak, cyber cafe, bebas. TAPI Budak dulu takut hantu, cukup masa balik dok rumah.
Mainan budak sekatang, pubg mobile legend. TAPI mainan budak dulu, main aci nyorok, mak bawak rotan lari balik rumah. Kawan menyorok la sampai malam, member tak cari-cari.
Marah budak sekarang, wtf wth bxbi, jari tengah. TAPI Marah budak dulu-dulu, “aku balik cakap kat mak aku” & lari balik rumah, tak mau kawan. Pagi esok gi cari balik kawan yang sama macam semalam tak jadi apa.
Makanan budak sekarang, fastfood, korean style, western. TAPI, makanan budak dulu, panjat pokok mempelam tak peduli la pokok siapa, makan sampai kenyang.
Budak sekarang, tak dapat A, down sampai tak lalu makan. TAPI budak dulu, dapat semua E pun bangga weh. Janji ada sijil. Peralatan Alat Tulis: Beli DI SINI
Anak-anak sekarang, baju kotor sikit minta tukar. TAPI, budak dulu, keluar rumah baju kaler lain, balik petang dah kaler lain sebab berkubang dengan lembu, tak heran pun.
Budak sekarang, badan saiz M cari baju saiz S, nak fit nak cantik. TAPI, budak dulu, badan saiz S, selamba dia pakai baju abang kakak dia saiz L.
Anak sekarang, nak alatan mainan, kena cari kat kedai. TAPI, budak dulu, botol kosong baling dengan selipar jepun pun dah heaven. Sedar-sedar balik rumah sebelah selipar lain. BELI ALAT PERMAINAN ANAK DI SINI
Budak sekarang kena marah, merajuk lari dari rumah. TAPI, budak dulu, berbirat tengah belakang, masa makan tetap balik rumah.
Indahnya budak sekarang, banyak yang mudah didapati lalu sukar nak dihargaik. TAPI, indahnya budak dulu, banyak yang sukar ditemui, bila dapat, ia jadi memori yang tak pernah dilupai.
Mingguan Wanita : Memang betul sangat. Memori yang tsangat berharga dan tak akan dilupa sampai bila-bila. Untunglah siapa yang lalui zaman itu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
‘Patah tangan janganlah pergi mengurut, jumpa bomoh.’ Cacat kemudian hari, menyesal jadinya. Bertindak biarlah menurut akal fikiran.
Tidak dinafikan masih wujud segelintir mak ayah yang masih percayakan bomoh daripada doktor. Kadang-kadang sudah berjumpa dokto tetapi akhirnya memilih untuk meneruskan rawatan dengan bomoh.
Patah Tangan
Ketahuilah, patah tangan dengan terseliuh itu jauh bezanya. Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:
Patah tangan kemudian jumpa bomoh untuk pecahkan simen.
Saya berjumpa senario yang mana seorang perempuan berusia jatuh tergelincir kemudian patah tangan.
Dia berjumpa dengan doktor di hospital kemudian dipastikan patah tangan dan dipasangkan simen selama beberapa minggu.
Apabila dia balik ke rumah beberapa hari, dia merasa tidak selesa dan sedikit sengal-sengal. Tiada gejala lain yang serius.
Seperti kebanyakan kita yang suka mencuba “rawatan kampung”. Saudara mara pula cuba membantu dengan memberi nama dan nombor telefon bomoh-bomoh atau orang yang boleh merawat patah tulang ini untuk cantum balik dan sembuh tanpa simen.
Kita sudah basi dengan situasi begini kan dan ia turut berlaku dalam keluarga terdekat kita sendiri. Betul?
Jumpa Bomoh
Dipendekkan cerita, dia pergi ke satu tempat dan tukang atau bomoh itu pergi buka simen pada tangan yang patah itu dan mulakan rawatannya.
Pesakit tadi balik ke rumah dan beberapa hari, tangan yang patah itu semakin sakit. Dia bercadang untuk mendapatkan x-ray di klinik swasta kerana saudara maranya suruh periksa x-ray lagi.
Saya tanya “kenapa tak pergi semula ke tukang bomoh tu puan?”
“Bomoh tu tak pandai tengok x-ray. Dia tak tahu dalaman ni. Lepas saya buat x-ray ni baru anak saya bawa pergi jumpa bomoh tu semula.” katanya.
Krik krik krik.
Saya masih tak faham. Buat x-ray dan percaya pada diagnosis si doktor, tapi tidak percaya dengan rawatan doktor. Sebaliknya jumpa bomoh untuk rawatan ajaib mereka.
Menyesal Jadinya
X-ray beliau menunjukkan kedudukan tulang patah sudah semakin lari. Jari-jari pesakit sudah ada yang kebas dan lemah. Boleh jadi sudah mencederakan saraf atau pembuluh darah disampingnya semasa proses rawatan dengan mengurut pada tempoh hari dengan si bomoh itu.
Saya berdoa semoga ia dapat dipulihkan dan tidak jadi cacat.
Nak salahkan si bomoh ke kalau macam tu? Ada yang berani? Atau sekadar berdiamkan diri sahaja kemudian jumpa doktor semula untuk rawatan seterusnya.
Pesanan saya: Jika patah tangan tu, janganlah pergi mengurut atau pergi jumpa tabib/bomoh. Bahaya. Cacat kemudian hari, menyesal hingga ke mati.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang orang keliling juga main peranan dalam mendapatkan rawatan perubatan. Sebaiknya berjumpalah dengan doktor atau dengan mereka yang lebih pakar sebelum menyesal kemudian hari.
‘Songlap duit, kemudian menikah lain.’ Isteri ini menyesal 8 tahun tanggung biawak hidup. Tentu pedih hati isteri ini bila suami yang diharapkan setia hingga ke hujung nyawa berlaku curang.
Apatah lagi selama ini dia banyak menyokong suaminya untuk mengembangkan bisnes dengan memberi modal, namun akhirnya tuba yang dibalas.
Songlap Duit, Kemudian Menikah Lain
Kisah ini dikongsikan oleh pengguna Tik Tok, fanibeautygallery dan telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata pengikutnya turut bersimpati dengan nasib yang dialaminya.
Bayangkan suaminya bukan saja songlap duit simpanannya malah turut berkahwin lain dan akhir sekali menjandakan dia. Segala pengorbanan isteri langsung tak bererti di mata suami.
Perniagaan entah ke mana dan tergamak suaminya membiarkan isteri terkontang kanting memulakan hidup baru setelah kecundang dalam perniagaan tak menjadi.
Sepatutnya seorang suami menjadi tempat isteri bergantung hidup, tapi ada segelintir lelaki sanggup membiarkan isteri memerah keringat mencari pendapatan untuk keluarga.
Lebih menyakitkan hati, bila dia memilih untuk curang dan berkahwin lain tanpa rasa bersalah. Selepas diceraikan, Fani dan tiga anaknya ditinggalkan begitu saja, dialah yang perlu segala masalah yang timbul termasuklah mengemas kedai sewa.
8 Tahun Tanggung Biawak Hidup
Ternyata ramai yang bersimpati dengan nasib Fani dan mendoakan ibu tunggal ini terus kuat menghadapi dugaan mendatang. Walaupun tak mudah, Fani perlu reda dan terus tabah menjalani ujian ini demi anak-anak.
Menurut Fani, dia bukan mengutuk perbuatan suaminya sebaliknya berkongsi kisahnya agar wanita di luar lebih berjaga-jaga dengan lelaki spesis biawak hidup.
Dia sama sekali tidak mahu apa yang berlaku pada dirinya terjadi kepada orang lain. Walaupun pahit, hidup tetap perlu diteruskan.
Mingguan Wanita : Dalam hidup ini bermacam cara Allah menguji manusia, begitu juga dengan Fani. Jangan dihina ibu tunggal kerana mereka tidak pernah memilih untuk menjanda dan perlu membesarkan anak tanpa kehadiran seorang isteri.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...