Tuntut keluar KWSP RM10,000-RM30,000 one off, ini jawaban Perdana Menteri buat pencarum. Hari ini walau dilihat ekonomi semakin membaik, namun peningkatan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi dilihat masih meresahkan  rakyat.

Peningkatan ketara khususnya harga barang membuatkan mereka yang hanya mempunyai satu pekerjaan terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan.

Apa yang ada dalam fikiran orang ramai ialah mengeluarkan duit simpanan hari tua mereka untuk menampung kehidupan hari ini dan sudah pasti simpanan KWSP adalah keutamaan bagi yang tiada simpanan tetap di bank.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– ‘Anak Dua Baru Merasa, Sebelum Ni Naik Motor Berpanas.’ Dapat Duit KWSP Beli Kereta

Keluarkan Duit KWSP 10K, Tak Semestinya Kaya. ‘Lepas Tolak Itu, Ini Hanya Tersisa RM300’

Pengeluaran Khas KWSP: Kedai Emas Sesak, Ramai Beli EMAS Pelaburan Waktu Susah!

IKLAN

Pengeluaran Khas KWSP “Hasil Titik Peluh Kita. Jaga, Berhemahlah Dalam Berbelanja”

Memetik laporan Berita Harian, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) semalam mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.

Resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin itu, menurut ProRakyat, adalah sebagai langkah jangka pendek boleh dipertimbangkan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terputus wang tunai.

IKLAN

Ini jawaban Perdana Menteri tuntut keluar KWSP

Kepada tuntutan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP.

Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.

Jelasnya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati simpanan golongan terjejas dalam KWSP adalah terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada mereka selepas ini.

“Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.

IKLAN

“Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi, saya bimbang masa depan mereka, lebih baik kerajaan cari jalan lain untuk bantu mereka,” katanya ketika ditemui di sini.

Anwar sebelum itu hadir Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Perlis di Dewan 2020.

Terdahulu pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memeterai usaha sama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.

Menurut pertubuhan berkenaan, melalui kes-kes dan aduan-aduan diterima mereka, masalah hutang tertunggak, kesusahan dan taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI