Kadang-kadang sebelum duit itu masuk dalam akaun, sudah tahu ke mana duit itu akan digunakan. Jadi jangan cemburu dan jangan dengki.

Keluarkan duit KWSP 10k, tak semestinya kaya. ‘Lepas tolak itu, ini hanya tersisa RM 300’.

Setiap orang punyai masalah kewangan sendiri, jika tidak mesti fikir banyak kali sebelum membuat pengeluaran duit 10K.

Kadang-kadang sebelum duit itu masuk dalam akaun, sudah tahu ke mana duit itu akan digunakan. Jadi jangan cemburu dan jangan dengki.

Artikel Berkaitan: Pengeluaran Khas KWSP: Kedai Emas Sesak, Ramai Beli EMAS Pelaburan Waktu Susah!

Keluarkan Duit KWSP 10K

Kongsi Nornafishah Zamry, tak semua orang yang ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan RM 10 K, ada yang cuma dapat keluarkan RM300 saja sebab cuma itu yang tersisa.

Itu pun keluarkan untuk beli baju raya anak-anak.

Tak Semestinya Kaya

Jadinya tak perlu fikir semua orang yang ada KWSP tu raya nanti mesti banyak duit. Elakkan lah bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun sampai 10K tu.

“Haaa pegi salam mintak duit raya dekat maksu tu , dia banyak duit tu dapat 10K ”

IKLAN

Jangan ya ajar anak meminta-minta duit raya dekat orang. Tak elok.

Baca Di Sini : Pengeluaran Khas KWSP “Hasil Titik Peluh Kita. Jaga, Berhemahlah Dalam Berbelanja”

Lepas Tolak Itu, Ini

Sebaliknya ajar ucap terima kasih kalau diberi, simpan terus bukan buka sampul depan pemberi , syukur walau dapat sikit atau banyak.

“Haaaa ni balik kampung mesti banyak duit ni KWSP 10K , open table laaa, belanja semua.

IKLAN

Hanya Tersisa RM300

Entah-entah si polan tu cuma dapat keluarkan tak sampai 1K , itu pun sudah habis buat repair kereta , beli baju raya , buat duit minyak dengan tol Keluarkan Duit KWSP 10K, Tak Semestinya Kaya. ‘Lepas Tolak Itu, Ini Hanya Tersisa RM300’

Tapi pelik betul ada pulak terbaca komen
” Untung laaa dapat bantuan KWSP.. ”

Bantuan pala hangguk dia. Tu bukan duit kerajaan. Hahaha.

IKLAN

-omma-

Artikel Menarik : Bincang DAHULU Dengan Pasangan, Sekurangnya Bila EMERGENCY Duit KWSP ADA

Mingguan Wanita : Tak perlulah sindir orang yang keluarkan duit KWSP tanpa usul periksa. Lagi satu, itu duit dia biarlah dia nak keluarkan atau tidak dan terserahlah pada dia bagaiamana nak uruskan duit itu ke mana… Betul tak?

Sumber : Nornafishah Zamry

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI