“Nasib baik diselamatkan anak-anak tahfiz, jika tidak saya mungkin sudah mati”  begitulah luahan mangsa amukan lelaki kata Wan Fadhilah Wan Abdullah.

Wanita berkenaan bersyukur kerana ada yang datang membantu menyelamatkan dirinya. Ketika kejadian Wan Fadhilah memberitahu dia ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh seorang lelaki yang didakwa mempunyai masalah mental.

“Nasib Baik Diselamatkan Anak-Anak Tahfiz”

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Wan Fadhilah merupakan mangsa amukan lelaki yang mempunyai masalah mental berusia 20-an yang maut selepas disyaki dipukul dalam kejadian di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu.

Ketika kejadian wanita tersebut memberitahu dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan.

“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah.

“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.

“Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” kongsinya.

“Nasib Baik Diselamatkan Anak-Anak Tahfiz, Jika Tidak Saya Mungkin Sudah Mati”  Mangsa Amukan Lelaki

Baca Disini : Ibu Nafi Anak Mati Dibelasah Dalam Masjid Tak Siuman, Pernah Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Bersyukur Tidak Alami Tulang Patah

Sudah 10 tahun berkhidmat sebagai tukang masak di tahfiz berkenaan, Wan Fadhilah bersyukur cuma mengalami sakit seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam.

“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.

“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” luahnya lagi.

Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka.

Dalam kejadian tersebut lelaki berkenaan dikatakan mengamuk di masjid itu sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid tersebut.

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :  Sinar Harian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI