“Isteri tua atau muda, semuanya adalah kiriman Allah” begitulah ungkapan daripada Jasmin Hamid, 49 yang begitu terharu apabila suaminya, Nazmir Abd Rahim, 36, menyatakan hal demikian kepada dirinya.
Beruntung sungguh Jasmin kerana ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda. Walaupun baru saja mendirikan rumahtangga beberapa bulan lalu, namun hakikatnya antara Jasmin dan Nazmir sudah lebih sedekad mengenali antara satu sama lain.
Nazmir sebelum bernikah dengan Jasmin merupakan Pembantu Peribadi pelakon wanita popular itu.
“Isteri Tua Atau Muda, Semuanya Adalah Kiriman Allah”
Sejak dari awal sebelum merancang mendirikan rumah tangga, Jasmin dan Nazmir sedar akan jarak umur mereka yang terlalu jauh berbeza.
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, Jasmin sememangnya seorang wanita yang sangat beruntung kerana suaminya tidak pernah menyesal memperisterikan dirinya.
“Saya pernah bertanya, tidakkah menyesal memperisterikan saya?
“Dahulu sebelum berkahwin, saya sihat. Tetapi, selepas beberapa bulan berkahwin, saya diuji dengan kesakitan.
“Namun, saya terharu apabila suami menegaskan tidak pernah sesekali menyesal takdir yang tertulis.
Ads
“Baginya, isteri tua atau muda, semuanya adalah kiriman Allah,” luah Jasmin.
Tempuh Ujian Kesakitan
Baru-baru ini Jasmin telah diuji dengan kesakitan. Dirinya mengalami serangan jantung sehingga dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Ketika itu sememangnya rasa bersalah menguasai diri dek kerana baru saja beberapa bulan berkahwin dengan Nazmir.
“Sebagai manusia, siapa nak minta kesakitan? Semua adalah ketentuan Allah.
“Lagipun, Nazmir beritahu, tidak semestinya orang muda lebih kuat. Dan tidak semestinya, orang tua akan pergi dahulu, jadi, semuanya Allah yang aturkan,” sambungnya.
Ads
Malah suami tercinta juga begitu prihatin terhadap kesihatan Jasmin dan akan mengambil tekanan darah Jasmin setiap kali sebelum memasuki set penggambaran. Selain itu Nazmir juga akan memastikan Jasmin mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan.
“Sejujurnya, sudah lama Nazmir berkorban untuk saya. Nazmir sudah lama berada di sisi kerana dia adalah pembantu peribadi saya.
“Namun, hubungan ketika itu tidak lebih atas dasar kerja. Rasa cinta pula hanya dipupuk selepas berkahwin.
“Sepanjang hampir 10 tahun bekerja dengan saya, Nazmir seorang yang tidak berkira sama ada kudrat mahupun wang ringgit,” ungkap Jasmin yang bakal melakukan rawatan angiogram.
Tengah khusyuk masak, tetiba meletup! Habis berterabur kaca, inilah yang paling takut bila guna dapur jenis kaca. Sebenarnya betul ke dapur kaca ini jenis tak tahan lama untuk mak-mak guna? Kalau betul, memang tak berbaloilah!
Namun ada yang menarik dalam perkongsian Puan Ummi Yahya, katanya nak guna dapur kaca kenalah amalkan beberapa tip ini…
Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan.
Saya ingin menasihatkan rakan pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul.
Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada ‘perhiasan’ atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.
Jadi…
1. Maksimum penggunaan hanya 2 jam
2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi.
3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.
4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuŕ meletup.
5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.
6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak.
Harap dapat membantu rakan pengguna
Nota tambahan (18/6)
Merujuk kepada beberapa komen / info dan pendapat yang diberikan. Ada juga yang mengatakan bahawa info dan tips ini sekadar mitos.
Belilah jenis ‘Tempered Glass’ .
Pendapat itu juga benar. Kaca temperd mempunyai kekuatan 4 sampai 5 kali lebih baik terhadap benturan, tekanan, maupun perubahan suhu ekstrim dibandingkan kaca biasa dengan ketebalan sama.
Kaca tempered juga diklasifikasikan sebagai kaca ‘selamat’ dan ketika pecah akan berubah menjadi pecahan-pecahan kecil (sebesar ibu jari tangan) yang tidak tajam, sehingga mengurangi risiko terjadinya cedera serius.
Yakni dalam erti kata lain -> asal kaca. Tetap boleh pecah.
Mudahkan segalanya. Selain faktor produk. Jenama. Harus juga faham cara menggunakan.
Ada juga yang membeli jenama ‘cap ayam’ tapi tahan walau sudah lebih 10 tahun menggunakannya.
Bahkan ada pula yang membeli jenama terkenal dengan jaminan tukar ganti dalam tempoh tertentu meletup walhal baru digunakan kurang 2 tahun.
Justeru apa yang penting menjaga dan berhati-hati sentiasa waktu menggunakan semua alatan yang berisiko.
Malang tidak berbau dan tidak memilih sesiapa.
Moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ngeri dan tak terfikir dek akal fikiran apabila seseorang tergamak bunuh, potong dan tanam anggota badan untuk dijadikan baja di kebun sayur!
Seorang wanita ditahan kerana selepas membunuh bekas suaminya sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.
Guna Gergaji Besi
Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di Staroe Slyakovo wilayah Tatarstan.
Ibu tiga anak tersebut pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.
Suami Curang
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, pasangan berkenaan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama kerana mangsa tiada wang untuk berpindah. Olga dikatakan membunuh mangsa kerana berdendam dan tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.
Mangsa dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.
Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja.Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Olga berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah.
Aduhai, macam-macam hal.Manusia bila dah sakit hati dan simpan dendam macam-macam perkara yang tak disangka boleh dilakukan.
Wanita pertikai Rina makan makanan tradisi Korea Jjajang Tteopokki, “patut masuk Islam tekak Melayu. Pasti ramai suka melihat gelagat anak pasangan pempengaruh Maryam Younare dan Ryzal Ibrahim, Rina terutama saat dirinya menikmati makanan dihidangkan.
Di usia dua tahun lebih, sebelum makan Rina terlebih dahulu akan membaca doa makan dalam sebutannya tersendiri sebelum dilihat menikmati makanan penuh berselera dan akan menghabiskan makanan dihidang kepadanya. Ramai pengikut pasangan ini, memuji anak kecil tersebut yang dilihat tidak menolak makanan dihidangkan kepadanya sebaliknya akan menikmati kesemuanya.
Wanita Pertikai Rina Makan Makanan Tradisi Korea Jjajang Tteokpokki
Namun tak semua perkongsian pasangan ini mengenai anak sulung mereka menerima penerimaan baik dan ada komen-komen ditulis agak mengguris hati.
Ternyata tindakan seorang wanita atas nama Mastura Muhamad yang menulis kata-kata agak menguris hati pempengaruh terkenal ini di mana dirinya mempertikaikan Rina menikmati makanan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki hingga licin dan bukannya menikmati makanan Melayu.
Menulis “patut kau dah masuk Islam, bagi anak makan tekak Melayu…
“Patut Masuk Islam Bagi Tekak Melayu…”
Mungkin geram dengan komen tersebut, Ryzal menerusi page Durian Kimchi yang berkongsi kisah kehidupan mereka telah membalas secara sinis komen tersebut.
“Dia macam nie kak. Saya nak mencarut tak baik. Tapi saya bagi perumpamaan sama akak cakap nie. Bila dah Melayu, patut letaklah gambar profile kain batik ke, songkok ke bukan gambar luar negara. Saya anggap ini ujian saya berdepan manusia terencat. Astagfirullah,maaf terlepas.
Malah di bahagian caption pula, Ryzal menulis “kebodohan ni tiada cuti. Hari Ahad pun dia sapu di mana hantaran ini dibuat pada Ahad lalu.
Tidak hanya komen wanita tersebut,komen seorang lelaki atas nama Ryzal Mat Atan turu disekolahkan oleh Ryzal di mana menurut Ryzal tetapi kebodohan itu dapat pada lelaki tersebut.
Barangkali setuju dengan kenyataan Ryzal Ibrahim kerana dianggap melanggar privasi kekeluargaan, rata-rata yang mengikuti kisah pasangan berkahwin campur ini di mana Maryam berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sementara Ryzal yang berasal dari Kelantan, bersetuju dengan tindakan pasangan ini yang membalas komen dianggap “biadap” malah turut sama menyekolahkan individu-individu yang dilihat terpaling tahu.
Malah mereka turut mempertikaikan komen-komen dari orang ramai sambil menyifatkan ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik buat anak-anak mereka.
Bagi yang biasa mengikuti perkongsian Maryam Younare, pasti tahu telatah Rina setiap kali menikmati makanan. Malah anak sulung pasangan itu yang bakal menerima adik tidak lama lagi juga dilihat mempunyai sifat bersabar yang cukup tinggi di mana dirinya pernah diuji oleh Maryam agar tidak menyentuh biskut dihidangkan di depan mata.
Apa pun, pastinya setiap ibu bapa tahu apa yang terbaik buat anak-anak mereka. Dan kita tak perlu lebih pandai dari ibu bapa mereka.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.