Memang ada benarnya, jika nak buat pelaburan jangka panjang dan simpanan untuk aset beli lah emas. Namun beli emas juga kena ada ilmu. Bukan hanya bergantung tengok harga di kedai per gram murah dan terus beli. Kena kira sekali dengan nilai upahnya sama ada berpatutan atau tidak sebelum beli.
Baca perkongsian daripada Arra Faeyza ini.
Beli emas bukan tengok harga di kedai per gram murah, terus masuk dan beli. Sebab tu ilmu kena ada. Kena ambil tahu.
Tahu tak Upah tu bayar dengan duit?. Ramai tak sedar kebanyakkan kedai untung dengan harga upah yang tinggi.
Nak tahu macam mana kiraan berapa harga emas per gram yang anda dibeli jika membeli di kedai yang kononnya murah.
Mingguan Wanita:Jadi bila nak beli emas tu, pastikan ada ilmu iya. Jangan mudah tertipu dan tertarik dengan iklan harga emas murah, kena ambil tahu juga kiraan upahnya.
Rupanya syarat terkini bagi permohonan untuk memperbaharui passport tak lagi macam dahulu, semuanya kena buat secara online untuk tempoh 5 tahun terus bagi memudahkan urusan. Tak lagi seperti dahulu boleh pilih berapa tahun yang kita nak.
Bagi yang ingin memperbaharui passport, sebaiknya semak dahulu syarat-syarat terkini daripada pihak Imigresen dahulu, lengkapkan maklumat dan bawa dokumen penting yang diperlukan nanti.
Boleh rujuk perkongsian daripada Puan Rafhanah Roshdi yang berkesempatan memperbaharui passport baru-baru ini sebagai panduan.
Setelah 5 kali berulang ke Pejabat Imigresen pada hari ini, akhirnya settle dan ini hasilnya .
LESSON LEARNT..must know what are the latest requirement to renew passport, tak macam zaman dulu-dulu dah ye. Sekarang renew terus 5 tahun dan takda pilih-pilih nak berapa tahun macam dulu. Bayar RM200 untuk orang dewasa. Kanak-kanak dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bayar RM100 sahaja.
Untuk orang dewasa (18 tahun ke atas), sekarang buat online sahaja. Kena upload gambar passport softcopy (background putih) masa mohon online tu nanti. Untuk orang dewasa proses mohon amat senang ya.
Cuma kena celik ICT sikit, sebab nak kena cekap cara nak upload softcopy gambar online tu sahaja. Lain-lain part, kena faham bagaimana nak isi maklumat borang mohon online itu sahaja. Kalau tak faham cara nak isi, hello ja tanya pejabat imigresen terdekat. Settle masalah.
Untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, kena pergi pejabat imigresen walk in bersama ibu atau bapa. Bawa bersama surat beranak ORIGINAL (paling penting sebab ini penyebab patah balik rumah semula selongkar mencari), mykid dan passport lama. Mesti bawak anak ya semasa proses dari awal hingga akhir.
Bayar takda pakai cash dah ye, pakai card bank je semua. Part paling last kena tunggu sejam lepas proses pembayaran untuk ambil passport yang sudah siap printed.
JANGAN lupa bawa anak bersama sebab ada part kena scan fingerprint dia masa ni. Jangan ingat dah settle semua dokumentasi tadi termasuk cap jari anak, takyah bawa anak dah, datang mai ambil ja..(diri sendiri terkena adeh..haha..berulang semula mengangkut anak).
Sebarang maklumat lanjut baca link ini. Nak mohon online pun di sini..SEMOGA MEMBANTU.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang nak buat passport baru, pastikan ikut tip dan panduan yang dikongsikan ini bagi memudahkan urusan nanti.
Tahniah buat anda yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Betapa gembiranya bila ‘dijemput’ ke rumah Allah dan tunaikan rukun Islam ke 5 ini.
Malah, bagi wanita yang masih subur dan alami kitaran haid, sudah tentu merisaukan mereka. Bombang tak dapat melakukan hari-hari penting untuk rukun dan wajib haji bagi melengkapkan ibadah haji dengan sempurna.
Cara yang paling selamat adalah dengan mengambil ubat tangguh haid untuk memastikan ibadah haji dapat dilakukan dengan sempurna. Namun, sebelum mengambilnya jemaah wanita kena tahu dan faham kesesuaiannya.
Inilah yang diterangkan oleh Nurul Amira Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tentang perkara ini.
Kitaran haid merujuk kepada perubahan berkala yang berlaku pada struktur rahim dan ovari disebabkan perubahan penghasilan hormon bagi tujuan reproduktif.
Jangka masa kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid yang akan datang. Jangka masa kitaran ini berlaku di antara 25 hari sehingga 35 hari, dengan kebiasaannya selama 28 hari bagi setiap kitaran.
Dalam kitaran haid yang normal, terdapat dua hormon yang memainkan peranan penting iaitu hormon estrogen dan progesteron. Telur akan dikeluarkan dari folikel semasa fasa ovulasi untuk proses persenyawaan pada hari ke-14.
Paras progesteron dalam badan akan melonjak naik bagi memastikan dinding dalam rahim kekal menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan dan penempelan embrio.
Seandainya persenyawaan tidak berlaku, paras progesteron akan menurun dan dinding dalam rahim akan mula meluruh dan dikeluarkan dari badan sebagai darah haid.
Bagi wanita yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah, kedatangan haid semasa menunaikan ibadah di tanah suci adalah satu perkara yang ingin dielakkan.
Kitaran haid dapat dilambatkan dengan penggunaan pil hormon yang juga dikenali sebagai pil perancang, pil pencegah kehamilan atau pil kontraseptif.
Bagi individu wanita yang ingin mengelakkan kehamilan, pil pencegah kehamilan ini tersedia dalam pasaran dan boleh diambil melalui preskripsi doktor. Pil tersebut perlu diambil selama tempoh 21 hari atau 24 hari bergantung kepada bahan aktif dan jenama pil tersebut.
Bagi mereka yang mengambil pil kombinasi kontraseptif (combined oral contraceptive: COC) untuk mengelakkan kehamilan, pil ini perlu dimakan satu tablet setiap hari pada waktu yang sama sehingga 21 tablet atau 24 tablet habis dimakan semuanya.
Sepanjang 4 hari atau 7 hari seterusnya, pil tersebut tidak perlu diambil dan haid lazimnya akan bermula 2 hari hingga 3 hari selepas pil terakhir dimakan. Walau bagaimanapun, bagi individu wanita yang ingin melambatkan kedatangan haid, mereka boleh mengambil pil COC setiap hari secara berterusan tanpa perlu menghentikan pengambilan pil ini.
Perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan pengambilan pil ini adalah tempoh kitaran haid dan tarikh penerbangan pulang ke tanah air.
Jika haid tidak teratur atau kiraan datang haid jatuh pada harihari penting ibadah haji atau umrah, jemaah dinasihatkan untuk mengambil pil COC sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berlepas ke tanah suci bagi memantau keserasian pil tersebut dan aturan kitaran haid yang baharu.
Terdapat juga pilihan pil progesteron yang boleh diambil 3 hari sebelum jangkaan haid tiba oleh jemaah yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Pil ini diambil 1 tablet 3 kali sehari pada waktu yang sama setiap hari dan berhenti setelah selesai ibadah haji atau umrah.
Pada asasnya, wanita yang sedang berada dalam keadaan haid boleh melaksanakan perbuatan-perbuatan haji atau umrah selain dari melakukan tawaf di Baitullah. Walau bagaimanapun, badan-badan autoriti agama Islam seperti General Authority of Islamic Affairs & Endowments (GAIAE) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat bahawa pengambilan ubat-ubatan untuk menahan atau mengatur kitaran haid adalah harus bagi mengelakkan timbul masalah terutamanya jika jemaah tidak dapat menyempurnakan rukun ibadah haji dan umrah.
Pengambilan pil pencegah kehamilan ini boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, kembung perut dan pendarahan yang sedikit dan tidak menentu di awal pengambilan pil ini.
Apabila jemaah berhenti mengambil pil tangguh haid, darah haid yang akan keluar berkemungkinan menjadi lebih banyak dan kitaran haid menjadi lebih lama daripada kebiasaan disebabkan dinding rahim yang ditahan daripada luruh adalah lebih tebal.
Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Pastikan jemaah berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat berkenaan pemilihan produk yang bersesuaian dan cara pengambilan yang tepat untuk memastikan ibadah haji dan umrah berjalan dengan lancar.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre; NPCC)
Mingguan Wanita : Apa pun jemaah wanita yang masih ada kitaran haid perlu merujuk kepada pihak tertentu untuk pastikan ibadah haji yang bakal dilakukan itu sempurna.
Sumber: Puan Nurul Amira binti Hj. Zunaidi Pegawai Farmasi UF48 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Menarik sungguh idea tanam tomato ceri di balkoni kondominium tingkat 13, Puan May Vo Dyakonov ini. Pokoknya cantik merimbun, subur dan berbuah lebat, walaupun pada mulanya hanya campak-campak biji buah tomato ceri ni dalam pasu sahaja.
Mak-Mak boleh jadikan inspirasi terutamanya yang tinggal di kawasan bertingkat dan mempunyai ruang yang terhad.
Pokok tomato tanam di balkoni kondo tingkat 13. Tanam dari buahnya beli dari pasar untuk makan bijinya campak je dalam pasu. Kemudian tanam dalam kotak ais.
Masa buah dah masak semua penat makan, nasib manis macam apple.
Mingguan Wanita: Seronoknya, meriah sungguh pokok tomato ceri ni berbuah. Tanam di balkoni rumah je, pokok merimbun cantik, subur dan berbuah lebat. Nak makan tinggal petik je.