Ya! Memang bukan mudah nak move on bila putus cinta. Sakitnya sukar untuk digambarkan. Kesedihan akan jadi lebih berganda-ganda jika hubungan yang terjalin memakan masa begitu lama.

Tip Macam Mana Nak Move On Bila Putus Cinta

Apabila melihat orang lain bahagia bersama pasangan, anda yang single dan masih mencari janganlah sedih. Jangan pula disebabkan kawan-kawan lain sudah berpunya, anda menjauhkan diri daripada kawan-kawan tanpa sebarang sebab.

Tip Macam Mana Nak Move On Bila Putus Cinta, Reda, Jangan Salahkan Takdir

Move on sahajalah. Tak tau nak buat apa? Nah, 10 tip move on yang boleh anda buat:

Reda, Jangan Salahkan Takdir

1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio langsung sebab ketika sedang bersedihlah lagu-lagu sedih yang keluar.

2. Jangan stalk social media si dia. Kalau boleh, block saja FB atau IG dia. Jadi, tak ada lah anda gatal-gatal nak tengok dia lagi.

IKLAN

3. Jangan tidur lambat sebab masa yang paling anda akan ingat dekat dia adalah waktu tengah malam. Betul tak?

4. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Pergilah ajak kawan-kawan lepak atau sesekali berkaraoke. Bila balik dah penat, terus tidur.

5. Tak perlulah nak buat diari sedih tulis semua kenangan kalian bersama. Benda yang lepas jangan dikenang.

Jangan benci dia. Selagi anda benci dia, selagi itu anda akan sentiasa teringat-ingat tentang mereka. Jadi, maafkan saja jika mereka, barulah anda boleh hidup dengan tenang.

7. Belajar daripada kesilapan. Jangan mudah jatuh hati pada orang. Jangan ulangi perkara yang sama setiap kali anda berjumpa seseorang.

IKLAN

8. Paling penting, jangan tunggu si  dia. Beri peluang pada orang lain yang betul-betul sayang dan menghargai anda.

Tip Macam Mana Nak Move On Bila Putus Cinta, Reda, Jangan Salahkan Takdir

9. Doa yang baik-baik. Jangan kutuk atau hina dia. Bila dah tak suka mulalah mengata macam-macam. Sebaliknya, cuba doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga dia.

IKLAN

10. Reda. Jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.

Mudah bukan? Anda tak payahlah nak sedih-sedih menangis sampai bengkak-bengkak mata. Anggaplah memang bukan jodoh anda dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk anda nanti. InsyaAllah.

Artikel berkaitan: “Akhirnya Keluarga Kami Boleh ‘Move On’. Moga Dalam Rahmat, Lindungan Allah Selalu Sayang” Hana Syukur Da’i Syed Bebas  

Hidup Jangan Bersandar Pada Kenangan, Bila Cinta Pergi, Move On! Ikut Islam Ajar

“Amalkan Zikir Ini Setiap Hari, Bantu Kita CEPAT REDA & ‘MOVE ON’” Nikmatilah Kehidupan Bersama Keluarga Tercinta  

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI