Tinggalkan saja ‘toxic people’ cepat ‘move on’, benar tu jangan toleh belakang hargailah maruah diri, kebahagiaan dan kehormatan.
Benar tu wanita yang matang penuh positif dan tidak mengikut emosi apabila menghadapi sesuatu ujian.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, Mingguan Wanita turut mendoakan semoga cabaran semasa menguatkan lagi semangat wanita.
Tinggalkan ‘Toxic People’ Cepat ‘Move On’
Seperti mana yang dikongsi oleh wanita hebat yang begitu tabah mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal, Puan Dzuriasikim Dzulkefli wanita matang bagi dirinya akan meninggalkan ‘toxic people’ dalam perhubungan dan hidup mereka.
Bukan itu saja malah wanita yang matang juga akan lebih menghargai diri, ketenangan minda, maruah diri, kebahagiaan dan kehormatan.
10 Cara Menjadi Wanita Matang
Menerusi nasihat yang diberikan boleh dijadikan sebagai panduan buat golongan wanita di luar sana. Sebenarnya ada 10 cara untuk menjadi wanita yang matang!
1. Wanita matang itu fikirannya lebih tenang.
IKLAN
Lebih mudah berlapang dada. Tidak mendesak. Tidak banyak mengadu hal kecuali kepada Tuhan. Mudah redha dan menerima hakikat dan ketentuan Tuhan.
Jika disukai dia akan bahagia.
Jika dijauhi, dia akan pasrah dan redha. Wanita matang lebih suka mencari dan memperbaiki kesalahan diri dari menyalahkan orang lain. Dia juga mudah menerima kekurangan diri.
Wanita yang matang lebih mudah memaafkan.
Termasuk kepada mereka yang tidak meminta maaf darinya. Dia cukup mengerti bahawa tidak ada manusia yang bebas dari membuat kesilapan. Termasuk dirinya sendiri. Barangkali kita juga telah berbuat banyak kesilapan terhadap orang lain dan dimaafkan dalam diam.
Wanita matang lebih banyak berdiam diri dari meluah rasa.
Biarpun untuk kali terakhir, ada kalanya berkata-kata itu tidak perlu.
Akan meninggalkan “toxic people” dalam perhubungan dan hidup mereka.
Kerana wanita matang akan lebih menghargai diri, ketenangan minda, maruah diri, kebahagiaan dan kehormatan. Wanita matang tahu bahwa menggengam itu jauh lebih sakit dari melepaskan.
Wanita matang akan cepat “move on”.
Dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Kerana dia tahu tidak ada satupun hal dari masa silam yang boleh diubah.
Tidak akan berlama dalam kesedihan.
Kerana waktu beredar dan hati kita bakal berubah. Waktu itu sendiri adalah “ubat” terbaik buat hati yang parah. Suatu hari nanti kita bakal tersenyum sendiri untuk hal yang menyakitkan hari ini. Dan jadi bersyukur untuk orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Tuhan telah mengaturkan segalanya dengan sangat baik.
Terus melangkah setiap hari.
Biarpun adakalanya langkah itu sangat kecil. Dia tidak pernah akan berhenti. Dia tahu bahwa bahagia pasti akan tiba.
IKLAN
Lebih menghargai diri.
Lebih menyanyangi diri. Telah terlalu banyak yang dikorbankan buat orang lain selama ini. Wanita matang lebih mahu menjaga hatinya sendiri. Dia tidak akan membuatkan dirinya menangis lagi. Hidup ini terlalu singkat untuk kita mengabdikan diri kepada seorang hamba. Love yourself ya!
Sentiasa perbaiki ibadahnya.
Mencukupkan solat dan puasanya. Berusaha untuk menambahkan sedekahnya setiap hari. Menjaga kesihatannya. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk dirinya sendiri. Bukan kerana mahu bertanding dengan orang lain. Tetapi mahu menjadi lebih baik dari dirinya yang dulu.
Sebenarnya penghargaan bukan terletak pada kebendaan atau wang ringgit, sebaliknya cukuplah dengan ucapan terima kasih. Bukan susah pun mahu menghargai orang lain, semudah ungkapan terima kasih saja, tetapi itu pun masih ramai sukar untuk lakukan.
Betul ke bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, maka jika tidak dihargai pun tidak apa-apa? Then, macam mana kita hendak menilai “keikhlasan” kita itu?
Boleh dikatakan, bila kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau pulangan daripada manusia, maka di saat itulah kita melakukan perkara tersebut dengan ikhlas…
Tapi selama mana kita akan “ikhlas”?
Ini sesuatu yang subjektif… Ada orang, mungkin tidak dihargai langsung pun tidak apa disebabkan “keikhlasan” dia itu tinggi…
Tapi bagi kita yang biasa-biasa sahaja ini, akan mula menilai keikhlasan kita apabila kita tidak dihargai dengan sewajarnya dan sepatutnya…
Sebab apa kita menilai “keikhlasan” kita?
Penghargaan Tak Perlukan Kebendaan
Sebab kita rasa penat, rasa tidak dilayan atas apa yang kita sudah korbankan… Kita mula tertanya-tanya dalam hati, “Susah sangat ke hendak menghargai?”
Penghargaan ini bukan terletak pada kebendaan atau wang ringgit… Orang yang ingin dihargai ini, dia rasa cukup dengan ucapan “terima kasih” atau pertanyaan “awak sihat ke tidak, awak penat ke tidak” ataupun nasihat, “rehatlah, jaga kesihatan itu”…
Tapi percayalah, “penghargaan” sebegini pun orang susah nak buat…
MW: Ikhlas atau tidak bergantung kepada individu, namun sebagai manusia biasa apa salahnya menghargai orang lain. Sekurang-kurangnya orang yang lakukan banyak pengorbanan terasa dihargai serta disayangi. Betul tak? Renung-renungkan.
Pertama kali dipertemukan, penulis tidak menyangka pemilik nama sebenar Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, 32, merupakan seorang usahawan berjaya yang telah pun bergelar jutawan. Dia yang hadir bersama isteri dan anak-anak kelihatan cukup sederhana. Bahkan, sepanjang sesi fotografi berlangung, Muhammad Azlan ternyata sangat ramah dan bersikap rendah diri.
Ikon Usahawan Muda yang kisah hidupnya dibukukan dengan judul ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ ini memegang prinsip, menjadikan kemiskinan sebagai motivasi manakala kekayaan sebagai inspirasi.
“Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti. Saya juga bersyukur apabila kisah pengalaman hidup yang berasal dari keluarga miskin tegar dan kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.
“Kita perlu sedar keberkatan, kesempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada bagaimana hubungan kita dengan Allah S.W.T. Jika kita ada masalah hubungan dengan Allah, rezeki sempit. Sememangnya sebagai manusia, kita tidak pernah sunyi daripada kesilapan dan kelemahan, namun Allah melihat bagaimana kita mengubah kesilapan dan mengatasi kelemahan itu dengan bertindak untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki kekurangan itu agar lebih cemerlang,” kata peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd ini, membuka bicara.
Muhammad Azlan Abdullah @ Ali, 32, Peneraju Syarikta Al Amin Properties Sdn Bhd
Digelar ‘Kasut Mulut Buaya’
Anak kelahiran Besut, Terengganu ini, akui hidupnya sejak kecil sangat susah. Namun ibu dan ayahnya tidak pernah lelah untuk menghantar mereka seramai 16 adik beradik ke sekolah.
“Saya sangat menghargai jasa emak iaitu Siti Aishah Ismail, 57, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 73 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan.
“Saya masih ingat sewaktu zaman sekolah rendah biasanya bila tak mampu bayar yuran, pihak PIBG akan tolong bayarkan. Maklumlah saya ni murid miskin jadi sering kena buli dengan murid yang hidup senang. Saya ke sekolah dengan memakai kasut koyak, kami adik beradik cuma ada sepasang kasut sekolah. Dalam setahun kami hanya akan pakai sepasang kasut itu saja dan saya akan pakai walaupun kasut saya itu koyak sehinggakan kawan-kawan panggil saya dengan gelaran ‘kasut mulut buaya’,” ungkap Muhammad Azlan yang tidak pernah patah semangat untuk meneruskan alam persekolahan walaupun kehidupannya susah.
Emak Menangis, Ulat Jatuh Daripada Poket Baju
Fasa kehidupan paling menyedihkan apabila dia bekerja sebagai pengutip sampah dan daripada situlah yang membuatkan Muhammad Azlan mula mengorak langkah untuk menjadi seorang yang berjaya. Bapa kepada empat orang anak ini juga sentiasa mengingati pesanan ibunya walau di mana dia berada mesti menjaga tiga perkara iaitu yang pertama jaga solat, kedua jaga al-Quran dan ketiga bersikap jujur serta amanah.
Tatkala diminta mengulas mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam fasa kehidupannya yang sukar iaitu menjadi pengutip sampah, Muhammad Azlan begitu bersemangat untuk berkongsi dengan pembaca.
“Saya bekerja di bawah sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2005 ketika usia saya sekitar 19 tahun. Saya selalu bawa balik makanan kurang elok yang dah diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam, ikan dan sayur untuk keluarga.
“Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis. Saya tanya kenapa menangis, dia cakap dia melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh baju saya itu.
“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya yang menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar. Kemudian saya berhenti kerja. Saya datang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang terletak di Ampang. Selang beberapa bulan kemudian saya bekerja sebagai buruh binaan di Taman Melawati. Kemudian saya pulang ke kampung dan sambung pelajaran,” ungkapnya.
Nekad Berhenti Belajar
Ketika menyambung pelajaran di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Bachok, Muhammad Azlan, sudah mula mencari wang poket sendiri. Malah dia juga pernah mengusahakan kebun jagung.
“Saya pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar secara bersendirian berhampiran KIST sewaktu saya belajar di sana. Apabila kebun jagung itu membuahkan hasil, saya nekad untuk berhenti belajar supaya dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada bisnes kebun jagung. Namun takdir Allah mengubah segala-galanya. Ribut kuat melanda Bachok lalu memusnahkan segalanya dengan sekelip mata.
“Pada waktu itu, jagung-jagung sudah mula menguning. Saya terduduk. Harapan saya untuk meraih untung hancur berkecai, satu-satunya motosikal buruk yang saya miliki terpaksa dijual untuk melunaskan hutang sewa tanah. Selepas itu, saya hanya berjalan kaki jika nak ke mana-mana.
“Pada waktu itu, hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan saya dan saya rasakan berada di titik paling bawah dalam roda kehidupan. Saya hilang kebun, hilang status sebagai pelajar dan tidak miliki pekerjaan. Hanya Allah disisi saya. Saya pujuk hati, mempercayai takdir Allah,” luah Muhammad Azlan.
Titik Perubahan
Muhammad Azlan menerangkan pada waktu itu hanya ibunya saja yang tidak memarahi dirinya.
“Bila mak dan ayah tahu saya berhenti belajar, hanya mak yang tak marah saya, tapi mak mahu saya berikan yang terbaik, Saya beritahu mak, saya kena keluar merantau. Saya beritahu pada mak saya tak akan pulang jika saya tak berjaya kecuali mak sakit.
“Saya tak akan lupa, segalanya bermula pada Ramadan 2010. Saya bertekad meninggalkan rumah dengan berbekalkan RM1.30 yang diberikan oleh mak, dengan harapan dapat mengubah nasib diri dan kelurga. Ketika itu saya meminta mak agar jangan sedih dan selalu doakan kejayaan saya. Saya yakin, sebelum diberi nikmat, pastilah akan diuji oleh Allah SWT terlebih dahulu.
“Selepas melangkah keluar, kawan saya telah berikan motor dan saya lari ke wakaf sawah padi. Tak tahu nak buat apa, saya pergi ke sebuah kedai dan perhatikan siapa yang boleh belanja saya makan.
“Tatkala itu saya nampak seorang yang saya kenal. Saya tengok Cikgu Halim Md Saman (bekas cikgu saya), saya ceritakan semuanya pada dia. Cikgu minta jualkan tanah miliknya. Pada hari pertama, saya berjaya jual dua lot tanah dan ketika itu saya dapat RM4,000. Saya ambil RM2,000 untuk belanja bekerja dan RM2,000 pula saya infak pada orang,” ungkap Muhammad Azlan yang kemudian membina kehidupan baru selepas bertemu dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan yang membuka jalan rezeki kepada dirinya dalam bidang hartanah.
Bersama keluarga tersayang.
Amalan Jemput Rezeki
Muhammad Azlan akui terdapat beberapa amalan yang membantunya untuk mendapatkan rezeki yang luas. Antaranya, dia mengakui bahawa dia tidak akan memulakan sesuatu kerja selagi belum bersedekah.
“Alhamdulillah, rezeki dating mencurah-curah.Kisahnya, saya mendapat panggilan telefon daripada seseorang yang mahu menjual tanah seluas lima ekar di Kg.Raja Besut dengan harga serendah RM428,000. Saya memecahkan tanah itu menjadi beberapa lot dan menjualnya semula. Urus niaga itu bernilao RM1.5 juta. Dalam masa setahun itulah, seorang budak miskin Berjaya jadi jutawan,” kata Muhammad Azlan yang menjadikan Cikgu Ramli iaitu orang yang bertanggungjawab mendidik dan mendorong dirinya dalam bidang perniagaan sebagai mentor.
Tujuh Tip
Muhammad Azlan juga turut berkongsi tujuh tip amalan yang dilakukan agar rezeki sentiasa dekat dengan diri.
“Pertama saya sangat menjaga kebajikan mak dan ayah saya serta keluarga terdekat. Kedua, tak tinggalkan al-Quran walaupun sehari dalam hidup saya. Yang ketiga, istiqamah dalam amalan sedekah tak kira sedikit atau banyak wajib dilakukan setiap hari. Keempat, rutin Solat Dhuha setiap hari, kelima berbaik sangka, keenam memanjangkan silaturrahim dan ketujuh bersikap pemaaf terhadap kawan atau lawan,” kongsinya.
Terangnya lagi disebalik kejayaan dirinya sebenarnya ada dua wanita dalam dirinya yang amat penting.
“Pertama ialah ibu saya yang sentiasa mendorong saya untuk pergi ke depan. Kedua, isteri saya Nurul Fitriyah Mohd Sabri, 32, yang sentiasa menyokong penuh gerak kerja saya, memberikan sokongan dan tidak pernah letih bersama saya,” terang bapa kepada Nurul Natasya Al Humairah, 6, Nurul Athirah Al Athiyah,5, Mohamad Athiqullah Al Amin, 4 dan Nurul Syahirah Al Afiah,1 tahun.
Buku Motivasi Rahsia Kejayaan
Ikon usahawan berjaya ini juga menerangkan kini dia hadir dengan sebuah Buku Motivasi dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’.
“Buku ini mengisahkan seratus peratus kehidupan realiti yang saya bermula dari bawah sampai sekarang. Dimana saya melalui liku-liku hidup dan turut berkongsi rahsia-rahsia bagaimana untuk berjaya. Semuanya diabadikan dalam buku ini,” terang Muhammad Azlan.
Buku motivasi ini berharga RM35 senaskah dan RM10 kos penghantaran. Boleh dibeli secara Online di laman web muhammadazlan.com dan hubungi di nombor telefon 013 288 9442, 013 240 9443 dan 013 226 9442 . Buku ini mengandungi 360 mukasurat sarat dengan gambar dan kisah. Boleh didapati di semua kedai buku. Selain itu mereka yang berminat juga bolehlah layari Facebook Muhammad Azlan Al-Amin.
Banyak lagi cerita menarik yang dikongsikan oleh Ikon Usahawan dan jutawan muda ini, baca sambungannya didalam Majalah Mingguan Wanita terbaru isu November, volume 1 yang kini telah berada di pasaran.
Jika sebelum ini mak ayah pernah dengar tentang tabung masjid, tabung sedekah subuh.. ini pula namanya tabung Lailatul Qadar. Idea ini dikongsikan oleh Coach Smart Parenting Malaysia, Zaid Mohamad.
Katanya, cara untuk menghidupkan amalan bersedekah di dalam kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak di akhir 10 Ramadan ini adalah dengan mewujudkan tabung Lailatul Qadar ini. Hadamkan bagaimana konsep yang diterangkan ini.
TABUNG LAILATUL QADAR
Hasil berforum semalam dengan Ustaz Azian (bekas imam Masjid USJ9), beliau cadangkan satu idea yang sangat menarik, praktikal dan menguntungkan.
Salah satu cara mudah untuk “mengena” amalan sedekah kita di malam Lailatul Qadar ialah dengan menyediakan Tabung Lailatul Qadar.
Kemudian minta semua ahli keluarga untuk menyumbang sejumlah wang ke dalam tu SETIAP malam especially di 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan putus, setiap hari masukkan walaupun seringgit.
Niatkan bahawa bila habis Ramadhan nanti, hasil kumpulan dalam tabung itu akan diserahkan kepada pihak yang layak (anak yatim, asnaf, masjid dan sebagainya) Tak perlu serah sekarang. Boleh tunggu kemudian.
Tapi deposit setiap malam. Jika terkena deposit kita pada Lailatul Qadar, pahalanya LEBIH BAIK dari seribu bulan. Bukan sama, tapi lebih baik!
Note: of course boleh aje bagi infaq direct setiap malam (eg secara online). Tabung ni lebih untuk mengajak ahli keluarga especially anak-anak kecil untuk turut sama bersedekah.
.
Ini Pengiraannya
Contoh pengiraan kasar ikut Maths moden jika terdeposit hanya RM1 : RM1 x 1000 bulan x 30 hari = RM30K. Kalau nak nilai RM1 juta, boleh deposit RM33 sehari.
Saya dah sediakan tabung tersebut untuk keluarga saya. Jom semua pakat sediakan juga, dan KONGSI gambar tabung anda dan ayat penerangan di atas untuk menggalakkan rakan-rakan FB anda buat juga.
Saya izinkan copy/paste & share, termasuk gambar sekali. Semoga usaha kita mendapat bantuan Allah untuk menemui Lailatul Qadar tahun ini.
Mohon betulkan kalau salah. KONGSI-KONGSIKAN!
MW : Okay, mak ayah.. dah boleh mula sediakan tabung Lailatul Qadar untuk ahli keluarga masing-masing ya. Semoga dimakbulkan apa yang mak ayah hajatkan ya.