Malang tidak berbau. Walaupun tinggal sehelai sepinggang, syukur empat beranak Allah lindungi, selamat selepas rumah dijilat api. Biar pun sedih dengan kejadian yang menimpa, namun empat Beranak bersyukur tak terhingga kerana masing-masing selamat daripada kebakaran.
Syukur Allah Lindungi Kami
“Syukur Allah SWT lindungi kami, kerana-Nya kami empat beranak terselamat selepas rumah hangus terbakar,” kata Norlida Abdul Wahab, selepas kediamannya di Kampung Sura Hujung di sini, musnah terbakar jam 4 pagi tadi.
Ketika kejadian, Norlida, 39, bersama tiga anaknya berusia tujuh hingga 12 tahun sedang tidur.
“Allah SWT kejutkan saya ketika itu dan saya terasa bahang dalam bilik tidur sedangkan pada malam itu, hujan sangat lebat.
“Saya bangun untuk ke bilik air dan ketika turun ke dapur, saya terkejut melihat api membakar sebahagian dinding dapur,” katanya ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, dia terus mengejutkan anak-anaknya sebelum membawa mereka menyelamatkan diri.
Ads
“Ketika kejadian, suami, Zulkifli Mohamad, berusia 52 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, sedang bertugas di sebuah tapak projek perumahan.
“Saya meminta bantuan jiran namun jiran gagal membantu kerana api marak dengan cepat.
Menurutnya, berikutan kejadian, keluarganya tinggal sehelai sepinggang.
Ads
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.
Punca Kebakaran Masih Disiasat
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 4.12 pagi dan tiba sembilan minit kemudian.
Ads
Menurutnya, pihaknya dapat mengawal api daripada merebak dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 6.23 pagi.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
MW: Syukur pada Allah semua selamat dan tiada nyawa yang terkorban. Semoga Keluarga ini tabah menghadapi ujian ini.
Terkini, YB Senator Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan dirinya disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai positif Covid-19.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 september hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Kongsinya,
Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik.
Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah.
Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.
Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.
Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya. Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.
Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa. Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.
Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.
Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya.
MW : Semoga Dr Zulkifli segera sembuh. Jika anda pernah hadiri majlis yang melibatkan Menteri Agama ini, jangan berlengah-lengah ya buat pemeriksaan saringan Covid-19 sesegera mungkin. Semoga kita semua dilindungi daripada wabak Covid-19 ini.
Lumrah wanita setelah bergelar seorang ibu menjadi seorang yang sangat penyayang apatah lagi pada anaknya yang dikandung ke sana, ke mari sepanjang sembilan bulan. Baru-baru ini tular di media sosial seorang ibu tergamak mencampak anaknya masuk ke dalam laut.
Kita siapa untuk menghukum, jika dia tiada masalah atau mentalnya sihat, mana mungkin seorang nak sanggup buang anak macam tu saja? Sudah pasti tindakan yang dia lakukan di bawah sedar.
Ikuti perkongsian Ayn Shariff ini dan hadam baik-baik ya:
VIRAL MAK BUANG ANAK, SANG SUAMI TOLONG BACA
Ramaikan netizen condemned. Kita tak ada dalam situasi dia. Ramai saja tengok dekat situ. Antaranya netizen komen teruk, bodoh, tak guna and so many outburst. Kita ada kelemahan masing-masing.
Please? Again kita tak ada dalam situasi dia. Kita tak rasa, kita tak tahu how struggle she is. Dia baru bercerai dengan suami dia kan. Salah dia ke curang? Salah suami ke?
Siapa pun salah, kita siapa untuk menghukum? Don’t simply judge. Always mind our words. Nanti Allah bagi kita ujian lagi teruk. So how? Think before type.. semua terjadi dengan izin Allah
Eh mana mungkin seorang emak, nak buang anak macam tu. Dia mesti betul-betul depressed. Tahu tak syaitan bila sudah masuk badan. Kita tak akan dapat fikir dengan waras.
Sebab itu bila hawa nafsu, bisikan syaitan sudah kuasai diri ramai manusia TEWAS. Bukan kes cerai saja jadi macam ni. Suami curang, isteri penat suami macam hampeh, tak nak bagi kerjasama. Pun ada terjadi juga.
Jadinya, dalam rumah tangga memang sangat penting isi tangki kosong si isteri? Maksudnya perbetulkan emosi dia. Pupuk nilai-nilai positif. Selalulah bahagiakan si isteri.
Bukan dengan nilai ringgit saja boleh bahagia. Banyak lagi cara untuk bahagiakan pasangan kita. Pernah dengarkan isteri jantung keluarga.
Ya memang betul, tanpa bebelan si isteri tanpa isteri di sisi memang akan sunyi. Sometimes agak annoying, iyalah lelaki ni memang tak suka bebel-bebel kan kalau tak bebel perangai eloklah sikit.
Ketahuilah sang suami di luar sana. Bila isteri masih membebel, masih ambil tahu masih nak bercakap uruskan diri mu, hargailah. Jangan kau sia-siakan.
Tatanglah isterimu bagai minyak yang penuh. Senang-senangkan lah hati dia, nescaya akan datang rezeki yang melimpah ruah.
Okay one more. Kalau nak dilayan macam raja, layanlah isteri juga seperti permaisuri. Kita ini sebagai lelaki perlu pandai main peranan. Senang kata sentiasalah jaga hati si isteri.
Jangan bagi dia bad mood, pujuk dan bertanyalah kenapa. Sebab orang perempuan ni bila diam ada lah benda yang dia tak puas hati.
Bila selalu sangat pendam, sebab tu lah kita selalu dengar. Kes bunuh anak, dera anak dan sebagainya. Emosi tak terkawal. Cubit peha kiri, peha kanan terasa.
Marah dekat suami, anak jadi mangsa. Eh berpantun pula
Jangan ambil mudah dengan emosi isteri. Selalu tunjuk cinta, kasih dan sayang terhadapnya. Perempuan ini jiwa dan hatinya lembut. Dan mereka inilah perlukan kasih dan sayang seorang suami.
Siapa lagi kita nak tagih kasih sayang kalau bukan dekat suami sendiri kan. Show your loves! Sayangi dan hargailah isteri anda
Post ni bukan nak salahkan kaum lelaki. It’s just for reminder. Together we change
Semoga kita sama-sama Allah panjangkan jodoh, beri kebahagiaan dunia akhirat. Tetapkan hati pasangan hingga akhir hayat.
Ameen
MW: Kejadian ini membuatkan ramai mak-mak di luar sana terbuka mata dan sedar bahawa betapa pentingnya kesihatan mental yang sihat. Jangan biarkan diri mak-mak tertekan, luahkan pada orang yang dipercayai. Cuba berkongsi masalah dan selesaikan dengan baik.
Ajal, maut di tangan Tuhan. Seorang bapa meninggal dunia dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah apabila terlibat dalam kemalangan. Manakala pemandu BMW yang melanggar mangsa hilangkan diri.
Semoga pesalah dapat dicari dengan segera. MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan ini.
Permaisuri: Seorang lelaki maut, manakala empat individu lain parah dan seorang cedera selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Kilometer (KM) 38 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Tong di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Abdullah Zulekipli Jusoh, 61, meninggal dunia selepas kereta Honda City dipandunya bertembung kereta BMW yang datang dari arah Kota Bharu.
Pertembungan itu turut menyebabkan perlanggaran dua lagi kereta iaitu Honda Insight dan Perodua Axia.
Ketika kejadian, Abdullah yang berasal dari Felda Belada dalam perjalanan menghantar anaknya, Mohd Hasiffudin, 13, ke sekolah.
Mohd Hasiffudin yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, parah, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dan masih dikesan polis.
Turut parah adalah pemandu serta penumpang Honda Insight iaitu Sharifah Fauziah Zani, 40; suaminya, Mohd Muslim Mohd Yunus, 41, dan anak mereka Nur Insyirah Husna, 6, yang dari Segamat, Johor.
Sementara pemandu Perodua Axia, Mohd Alghafa Shafiee, 31, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila BMW dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal dan bertembung kenderaan mangsa.
“Honda Insight dan Perodua Axia di belakang kereta mangsa pula gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.
“Pemandu BMW melarikan diri sejurus kemalangan dan usaha mengesan sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.
MW: Al-Fatihah untuk mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Diharap pemandu BMW dapat dikesan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Kisah inspirasi Ustazah Basikal dan suami mengayuh basikal merentasi 14 negara menuju Mekah demi impian ke Tanah Suci, penuh cabaran, pengorbanan dan tawakal.