
Bukan mudah untuk meraih PHD dalam keadaan diri yang sarat hamil, menguruskan anak-anak, kerjaya dan rumahtangga. Semuanya memerlukan komitmen dan keazaman yang tinggi, serta kerjasama yang tak berbelah bahagi daripada suami tersayang.
Jika masih ingat dengan watak Anna Althafunnisa dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang dilakonkan oleh Oki Sentiana Dewi, 31, Pelakon dan Pendakwah terkenal dari seberang Indonesia ini berkongsi berita gembira, berjaya menggengam ijazah dalam Doktor Falsafah (PHD), pada 23 Oktober baru-baru ini. Lebih istimewa, berita gembira tersebut turut diraikan dalam keadaan diri yang sedang sarat hamil 8 bulan.
4 Tahun Habiskan Pengajian
Ternyata kejayaan tersebut bukan dalam tempoh yang singkat. Disamping pelbagai komitmen yang ada, 4 tahun pendakwah ini bertungkus lumus menyiapkan kajian dan penulisan Tesis PhD yang bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”.Sekaligus berjaya menjadi Doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah Jakarta.
Ustazah Dr Oki Setiana Dewi berkahwin dengan Ory Vitrio pada 2013. Setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata, Maryam Nusaibah Abdullah 6, Khadeejah Faatimah Abdullah,4 dan Ibrahim Muhammad Abdullah,3.
Baca Lagi Di Sini:
Bab Jodoh: Ini Pegangan Datuk Ustazah Norhafizah Musa & Mengapa Suaminya Dikatakan Pilihan Istimewa Dari Allah

MW: Tahniah diucapkan buat Ustazah Dr Oki Setiana Dewi atas pencapaian ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain agar terus berusaha mencapai kejayaan dan mencari ilmu meskipun setelah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Sumber: Oki Sentiana Dewi, Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah Jakarta
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Gaduh Pasal LAKSA, Ikan Apa Pun Boleh Yang Penting Tumis Betul-Betul”

Isi Kandungan
ToggleRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali memang hebat memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baru-baru ini, isu berkaitan ikan yang paling sesuai digunakan di dalam masakan laksa menjadi viral di laman Facebook. Ia susulan terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Jangan Bergaduh Pasal Laksa
Berikutan perkara tersebut, ia mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan puteri raja berasal dari Johor.
Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak,”
“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah johor dan pahang! saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa Pahang juga sedap sangat, tidak ditumis. Cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah Laksa Johor! Saya suka Laksa Beras dan Laksa Tepung, dimasak atas kayu api, baunya sedap,” ujar baginda.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “Orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.
Baca Lagi Di Sini:
Laksa Beras Home Made MUDAH 5 Bahan, Guna Acuan Maruku!
Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini
MW: Ada benarnya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh pasal laksa. Gunalah ikan apa pun, ikut selera, bajet dan citarasa masing-masing. Paling penting ramuan kena cukup dan tumis betul-betul, seperti kata Tuanku Permaisuri Agong.
Sumber: Air Tangan Tunku Azizah, Kosmo
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya Yang Jadi ‘Tragedi Adik Bongsu Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan’

Isi Kandungan
ToggleSejak semalam, berita kemalangan maut yang menimpa Muhamad Anas Hadif, anak bongsu usia tiga tahun yang terjatuh dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh masih mengejutkan orang ramai.
Tertanya-tanya bagaimana anak kecil ini boleh terjatuh ke dalam lubang kumbahan yang tidak bertutup itu.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh abang arwah, Muhamad Syakir Zuhairi Ahmad Hafiz, 7 ketika kejadian dia dan adik bongsunya itu keluar dari rumah terlebih dahulu. Mereka bermain di luar rumah, kemudian, adik ketiganya, Muhamad Asyraf, 6 menyertai mereka.
Waktu bermain itulah, tiba-tiba Anas terlanggar batu sebelum terjatuh ke dalam lubang kumbahan. Segera mereka jerit minta tolong.
“Saya nampak selipar Anas dalam lubang dan saya dengan Asyraf terus jerit minta tolong. Anas sudah jatuh dalam lubang itu.”
“Kami takut sangat masa itu. Asyraf nampak tangan Anas lepas itu terus hilang.” Kongsinya mengenang kembali detik cemas yang dilalui sebelum ini.
Kami Redha, Anggap Ini Kemalangan
Akui ibu ini, Sofiah Mohd Teridi, 32, kejadian yang menimpa anak bongsunya, adalah sesuatu di luar dugaannya. Dia redha dan menganggapnya satu kemalangan.
“Saya dah larang mereka bermain di bawah (luar rumah), namun perkara sudah berlaku.”
Waktu kejadian itu, dua anaknya itu tak bersekolah kerana kurang sihat. Ketika itu dia berada di rumah dengan suaminya, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa, 32.
Sebaik terdengar jeritan dua orang anaknya meminta tolong, hatinya dah mula rasa tak sedap. Langkahnya bertambah longlai bila melihat selipar anak bongsunya terapung dalam lubang berkenaan.
Anas Jadi Lebih Manja, Petanda Mahu Pergi Buat Selamanya
Dia masih tak dapat melupakan, malam sebelum kejadian, anak bongsunya itu minta dipeluk ketika tidur. Dan pagi-pagi hari seawal 7.30 pagi arwah anaknya dah minta makan nasi.
“Selalunya jam 9 ke 10 pagi dia minta makan nasi. Hari itu dia makan dengan selera.” Ibu ini juga sedar yang sejak seminggu lalu anak bongsunya itu menjadi sangat manja.
“Berulang kali dia cakap ‘Anas sayang mama’ sambil cium saya. Bila saya kata sayangkan dia, dia terus senyum.”
Tiga Beradik Rindukan Anas, Takkan Main Lagi Di Situ
Sampai saat ini, adik beradik ini masih terkenangkan arwah adik bongsu mereka. Malah merindui kehadiran adik kecil mereka itu.
Tentunya anak-anak ini, Mohamad Syafiq Ahmad Hafiz, 10, Muhamad Syakir Zufairi, 7, dan Muhamad Asyraf, 6 masih trauma dengan kejadian yang menimpa adik, dan maklumkan takkan lagi bermain di kawasan tragedi.
Sementara ibu mereka, masih lagi dalam keadaan terkejut, namun redha dengan ujian yang menimpa keluarga mereka.
Maklumnya, ketika anak bongsunya terjatuh dia tiada di tempat kejadian. Jadi, dia tak pasti sama ada lubang itu sememangnya ditutup atau sebaliknya.
Baru Sebulan Berpindah Di Kuarters
Keluarga ini baru sebulan berpindah di kuarters berkenaan. Tidaklah mereka arif dengan keadaan di kawasan kuarters tersebut.

Maklum Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz kepada Harian Metro, melalui siasatan yang dibuat penutup lubang itu dari jenis yang boleh dibuka. Dari hasil pemantauan sebelum ini mendapati ia sentiasa tertutup.
“Lubang itu bertutup dan ia dipercayai dialihkan oleh kumpulan kanak-kanak petang semalam yang bermain di kawasan berkenaan, jadi lubang itu bukan dibiarkan tanpa ditutup.
“Siasatan mendapati lubang itu tidak ditutup sejak petang semalam dan ia adalah satu kemalangan,” katanya.
Mengimbas tragedi yang berlaku semalam, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh telah menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan bagi memudahkan mayat mangsa dikeluarkan dari lubang kumbahan itu.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 9.36 pagi.
Kata ibu ini, mereka sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama warga PDRM Ipoh yang membantu mereka.
MW : Al Fatihah untuk allahyarham Muhamad Anas Hadif. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber/Foto : Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hitung Hari Nak Bersalin.’ Isteri Terkilan, Suami Tak Sempat Tatap Wajah Anak Ketiga

Isi Kandungan
Toggle“Hitung hari nak bersalin.’ Isteri terkilan suami tak sempat tatap wajah anak ketiga sementelah segala persiapan telah dibuat arwah sejak awal lagi.
Janji Allah itu pasti, bila sudah tiba ajalnya, tidak akan terlambat walaupun sesaat. Namun sebagai isteri tentu sedih menerima pemergian suami secara tiba-tiba apatah lagi dalam keadaan sarat mengandung.
Artikel Berkaitan: Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat, Suami PERGI Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar AYAH
Hitung Hari Nak Bersalin
Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor, Pulau Pinang, semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada minggu hadapan.
Menurut, Norhanazielah Hanazi, 28, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Isteri Terkilan
Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.
“Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.
“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya.
Suami Tak Sempat
Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.
Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.
Baca Di Sini:
Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
Viva Remuk Dilanggar, Pemilik Lamborghini ‘Hadiahkan’ Ibu Tunggal Kereta Myvi
Kehilangan Anak Dalam Pantang, Isteri Syafiq Sempat Kucup, Belai Anak Buat Kali Terakhir
Tatap Wajah Anak Ketiga
“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.
Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.

Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.
Mingguan Wanita : Semoga Nurhanazielah tabah menerima takdir ini dan kuat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Sumber : Kosmo Online
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI