Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali memang hebat memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baru-baru ini, isu berkaitan ikan yang paling sesuai digunakan di dalam masakan laksa menjadi viral di laman Facebook. Ia susulan terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Jangan Bergaduh Pasal Laksa
Berikutan perkara tersebut, ia mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan puteri raja berasal dari Johor.
Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak,”
“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah johor dan pahang! saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa Pahang juga sedap sangat, tidak ditumis. Cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah Laksa Johor! Saya suka Laksa Beras dan Laksa Tepung, dimasak atas kayu api, baunya sedap,” ujar baginda.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
Ads
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “Orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.
MW: Ada benarnya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh pasal laksa. Gunalah ikan apa pun, ikut selera, bajet dan citarasa masing-masing. Paling penting ramuan kena cukup dan tumis betul-betul, seperti kata Tuanku Permaisuri Agong.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila suami, enam anak dan pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.
Rebecca Sedih Bila Covid-19 Serang Keluarga
Berita sedih tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri status di akaun Instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan, saya mewakili suami Datuk Norazam Sulaiman serta seluruh keluarga ingin memberitahu keluarga kami diserang penyakit Covid-19.
“Datuk Norazam Sulaiman, enam anak saya Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmet Al Reaggan dan Nor Aurora Riana positif Covid-19. Selain itu tiga daripada enam orang pembantu saya turut dijangkiti wabak tersebut.
Bersyukur, Rebecca & Dua Anak Negatif Covid-19
“Hasil ujian calitan yang dilakukan saya dan dua orang lagi anak negatif Covid-19.
“Saya tersangatlah sedih sekarang ini dan terlalu berdukacita. Tapi, apapun, saya bersyukur diri saya negatif termasuk dua orang anaknya yang lain.
“Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan kami sekeluarga lebih-lebih lagi suami saya yang keadaannya sedikit teruk daripada yang lain. Saya tahu suami saya kuat,” kongsinya.
Minta Maaf & Minta Kontak Rapat Jalani Ujian Calitan
Rebecca juga turut meminta maaf dan menyarankan kepada mana-mana pihak yang ada kontak rapat dengan mereka dalam tenpoh tujuh hari sebelum ini agar segera menjalani ujian calitan untuk tujuan keselamatan bersama.
“Kalau anda kontak rapat dalam tempoh tujuh hari ke kebelakangan ini, tolong buat ujian calitan,” tulisnya.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Rasa cinta & tanggungjawab, Dayang martabatkan ritma melayu klasik jadi rujukan generasi baru. Hakikatnya bergelar seorang penghibur bukannya mudah. Apatah lagi untuk mengekalkan kualiti pada naskhah yang dihasilkan.
Siapa yang tidak kenal dengan sosok tubuh kecil molek Dayang Nurfaizah suaranya begitu menambat jiwa si pendengar.
Walaupun lebih 20 tahun dalam industri hiburan namun Dayang tidak pernah puas untuk menghasilkan karya terbaik. Air tangannya sentiasa dinanti oleh para peminat setia wanita yang berasal dari Sarawak ini.
Rasa Cinta & Tanggungjawab
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini, setiap kali tampilkan karya sentiasa mendapat perhatian ramai.
Baru sahaja tampil dengan album kontemporari klasik berjudul Belagu II yang juga merupakan kesinambungan daripada Belagu yang dihasilkan pada tahun lalu.
“Penghasilan album ini adalah salah satu daripada usaha saya untuk memartabatkan ritma Melayu klasik supaya terus malar segar dan menjadi rujukan generasi sekarang dan akan datang.
“Atas rasa cinta dan tanggungjawab, saya cuba merakamkan kembali lagu-lagu Melayu klasik ini dengan nafas dan susunan muzik baharu tanpa mengubah keindahan dan nilai sedia ada dalam karya-karya ini,” kongsi Dayang kepada Mingguan Wanita.
Bekerjasama Dengan Pemuzik Budapest Scoring Orchestra Untuk Belagu II
Ditemubual pada majlis pradengar album Belagu II baru-baru ini, dayang mengakui melalui proses yang cukup panjang dan rumit.
“Pembikinan album ini dibuat denagn sangat teliti, bermula daripada proses pemilihan lagu, nyanyian sehinggalah kepada gubahan muziknya.
“Proses yang panjang, tetapi sangat berbaloi melihat hasilnya.
“Saya juga tidak pernah terfikir dapat menimba pengalaman berharga bekerjasama dengan Budapest Scoring Orchestra, apatah lagi dalam projek istimewa pembikinan lagu Melayu klasik ini.
”Bangga bukan sahaja kerana peluang itu, tetapi apabila melihat bagaimana karya Melayu klasik kita dimainkan pemuzik luar yang turut sama mengakui akan keindahannya,” sambung Dayang.
Bakal Jayakan Konsert Istimewa
Dayang akui jadual seninya pada tahun ini agak padat, dirinya bakal tampil dalam sebuah konsert istimewa, Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 11 Mac depan.
Dayang juga bakal beraksi di pentas AJL37 sebagai finalis menerusi lagu duetnya bersama Amir Masdi, Debu, pada 12 Februari depan.
“Jadual pada awal tahun 2023 ini agak padat dan menyaksikan saya terlibat dengan beberapa acara penting dan memerlukan persediaan yang sangat rapi.
“Mungkin orang fikir sebagai penyanyi berpengalaman, saya tidak ada masalah menyiapkan diri.
“Namun sebenarnya ia bukan perkara yang saya boleh ambil mudah. Sebaliknya memberi lebih tekanan kerana mahu memastikan penampilan saya itu hadir bersama kualiti yang diharapkan,” sambungnya.
Romantisnya ungkapan suami buat Neelofa. Selamat ulang tahun buat Noor Neelofa Mohd Noor yang ke 35. Ibu kepada dua cahaya mata ini cukup bertuah kerana mendapat...