Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga, kehamilan pertama pastinya suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh Lisa Surihani dan pasangannya Yusry. Namun tiada siapa yang tahu disebalik kegembiraan menerima berita tentang kehamilan yang dinantikan itu, rupanya Lisa melalui detik sukar yang dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman Instagram Mingguan Wanita semalam.
Pelakon cantik jelita ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah kegugurannya pada kehamilan pertama menerusi video sedutan episod Program Tanya Doktor Imelda yang akan bersiaran pada Khamis ini dengan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”
Dalam sedutan video yang dimuat naik itu, Lisa dilihat sebak saat menceritakan detik tersebut.
“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri, sewaktu saya mengandung anak yang pertama saya sebenarnya mengandung kembar.
“Bila saya membuat pemeriksaan dan saya diberitahu oleh doktor saya yang salah satu bayi dalam kandungan saya sudah tiada heart beat…
“Saya bersyukur saya dapat lahirkan Yahaira Leonne tapi saya nak tahu kenapa ia boleh berlaku?
“Sebab saya tanya, What does it mean? Adakah ia bermaksud ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa
Untuk mengetahui cerita penuh Lisa dan juga perbincangan lanjut mengenai topik “ Punca dan Tips Tangani Keguguran”, jangan lupa saksikan episod Tanya Doktor Imelda pada Khamis ini, 18 Julai jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Foto: IG LISA SURIHANI & IG MINGGUAN WANITA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Ujian terbesar bagi mak dan ayah apabila anak tersayang ‘pergi’ terlebih dahulu menemui pencipta.
Salam takziah buat pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob yang berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam. Ini juga merupakan kali kedua penyanyi ini diuji dengan kehilangan anak perempuan tersayang.
Ciuman Terakhir Mama
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik kapsyen ringkas serta beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah anaknya telah dimasukkan di dalam van jenazah. Tanpa berkongsi punca kematian anaknya.
“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah. Aamin.” ujarnya.
Rakan-rakan artis dan para peminat turut bersimpati mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah. Antaranya seperti Zarina Zainuddin, Sharifah Shahora, Ezlynn, Wan Rashidah, Sharifah Shahira, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Selain Noor Shafiela, Safura turut mempunyai dua orang cahaya mata, Nurul Natasha Abd Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi menerusi perkahwinan terdahulu. Manakala perkahwinannya bersama pelakon Sahronizam Noor dikurniakan empat orang cahaya mata, Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7 dan Nur Aisyah Mariam yang juga telah meninggal dunia pada 2008.
Waaahh… dahsyat tengok kesan bilik air sebelum dan selepas yang dihasilkan oleh seorang mak-mak ini. Sangat berkesan dan cukup bersih!
Ya, sebenarnya pekerjaan mak-mak jadi lebih mudah kalau tahu caranya, apa lagi jika dapat tahu produk murah tetapi berkesan macam yang Doktor Hani Mynis kongsikan kali ini.
Nah, inilah masanya nak pulun kemas rumah dengan cara jimat… jom tengok barang apa yang mak-mak perlu cari untuk bersihkan tandas pula!
Cuci Tandas Kotor Dengan Cara Paling Berkesan
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu.
Tapi berita baik nya, dapat lah hani buat tutorial untuk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air.
Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco.
1. Ni pun dah bersihkan sikit dengan air. Gambar sebelum lagi menakutkan, macam tengok cerita hantu.
Pastikan kikis dulu untuk hasil yang lebih bersih tanpa kerak.
2. Tuang clorox straight from bottle dia. Tak perlu bancuh dulu dengan air.
Hati-hati masa guna clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.
Biarkan peluntur tu bertindak balas dgn kotoran sambil kita buat kerja lain. 10-30 minit pun ok. Dibiarkan semalam lagi bagus.
3. Baca instruction kat botol dulu sebelum guna ya!
Safety first!.
4. Biarkan 15 minit dia bertindak balas lepas tu jirus dengan air. Jangan terkena kulit ya.
5. Lepas 15 minit jirus air kat acid stain remover tadi baru mula sental dengan magic span ya.
Haaa… mudah bukan? Selepas ini tak perlu pun nak upah orang luar cuci tandas sebab mak-mak pun boleh buat sendiri. Yang penting cari dulu barang-barang yang membantu mudahkan kerja mak-mak itu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi sayangkan anak, mak ayah rela melakukan apa sahaja. Sanggup manjakan dengan memberi segala kemewahan yang ada melebihi keperluan diri sendiri. Namun sungguhpun berkemampuan biarlah ia berpada-pada.
Bayi Lelaki Dimanjakan Kemewahan
Seorang bayi lelaki di Britain dimanjakan dengan kemewahan apabila dikatakan hanya mandi dengan susu dan madu, menghisap puting diperbuat daripada emas yang berharga £1,000 (RM5,334) serta memiliki banyak pakaian berjenama, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Kasey Akram, 32, berkata, dia suka memanjakan anak lelakinya, Jareem yang berusia setahun.
Sanggup Belanja Beribu-Ribu ‘Pound’ Untuk Anak
Suri rumah sepenuh masa itu telah membelanjakan beribu-ribu pound untuk anaknya dan berkata bahawa dia tidak boleh berhenti melakukannya.
Beberapa barangan milik Jareem yang paling mewah termasuk seutas rantai Versace berharga £750 (RM4,001), gelang bertatahkan berlian berharga £925 (RM4,934) serta puting susu emas.
“Sebaik sahaja mempunyai anak lelaki, obsesi saya berubah daripada menjaga penampilan kepada memberi tumpuan untuk anak.
“Dia kanak-kanak lelaki paling comel di dunia. Saya bertengkar dengan rakan-rakan kerana jumlah wang yang dibelanjakan untuk Jareem.
“Saya akan memakai pakaian terpakai manakala dia memakai baju-T berharga £50 (RM266),”
“Apa sahaja yang Jareem inginkan, dia akan dapat dan saya akan usaha tunaikan,” kata Kasey yang merupakan seorang suri rumah.
Kasey juga membawa anaknya untuk menggunting rambutnya sekali dalam dua minggu dan menegaskan ia dipotong oleh pengurus kedai gunting rambut.
Bahkan turut membawa Jareem ke salun kuku untuk mendapatkan rawatan kuku “mini pedicure” daripada kakitangan di sana.
Mengutamakan Anak Melebihi Keperluan Diri
Kasey turut menjelaskan dia sangat mengutamakan Jareem melebihi keperluan dirinya. Apabila katilnya patah, dia tidak menggantikannya katil tersebut, sebaliknya membelanjakan £300 (RM1,590) untuk membeli katil traktor anaknya dan dia sendiri tidur di tilam atas lantai.
Selain memberi Jareem diet organik, Kasey juga tidak membenarkannya minum air paip kerana bimbang tahap estrogen.
“Dia tidak pernah minum air paip sepanjang hidupnya dan saya memecat pengasuh saya kerana dia memberinya air paip,”
“Jika saya mahu membelanjakan wang untuk anak saya itu pilihan saya, saya tidak kisah jika saya berjalan-jalan dengan kasut Primark asalkan putera saya mempunyai yang terbaik,”ujar Kasey.
Wanita itu yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model berkata, dia pernah memiliki hasrat untuk tidak mempunyai anak, namun semua berubah selepas dia mengandungkan Jareem pada 2020.
Isu abang bas 'crush' murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik...