Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Doakan BILAL Penyakit Pada Tahap Akhir.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Bukan mudah menggalas tanggungajawab menjaga anak yang mengalami penyakit kronik, lebih-lebih lagi kini memasuki tahap akhir.

Penyakit Tahap Akhir

Berat derita ditanggung Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.

Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.

Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Mohon Doakan BILAL, Penyakit Pada Tahap Akhir

Pelbagai Masalah Kesihatan Lain

Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.

IKLAN

“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.

“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Mohon Doakan BILAL, Penyakit Pada Tahap Akhir

Kos Perbelanjaan Bulan Tidak Mencukupi

Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.

“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di Klinik Pakar Kulit.

IKLAN

“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.

“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.

“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.

 

“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.

Derita Kepala Membesar Seberat 28Kg, Mohon Doakan BILAL, Penyakit Pada Tahap Akhir

Cekal Demi Anak

Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.

IKLAN

“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.

“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.

“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.

Mesti Baca:“Heat Intolerance” Badan Rasa Panas Kerana PENYAKIT, Bukan Sebab Cuaca!
Baca Lagi Di Sini:Suami Hidap Penyakit Misteri. “Selesa Tidur Dalam Kereta, Panas Bila Naik Rumah.”
Artikel Menarik:‘Terpaksa’ Menunjuk-Nunjuk Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri Adalah PENYAKIT!

Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini dalam menjaga anaknya. Semoga adik Mohammad Bilal Yusra diangkat deritanya diberi kesembuhan hendaknya.

Sumber: Hmetro
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.